Sunday, May 31, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SMK LAJAU 2009 MERIAH

Sambutan Hari Guru SMK Lajau 2009, yang dirasmikan oleh Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron berlangsung meriah pada 29 Mei 2009 di Dataran Gemilang SMK Lajau. Pelbagai acara menarik seperti pertandingan Futsal dan Bola Jaring diadakan. Terdapat persembahan pancaragam oleh murid-murid sekolah ini. Paling menarik ialah cabutan bertuah untuk guru-guru sekolah ini, hampir semua guru mendapat hadiah cabutan, kepada yang kurang bernasib baik juga disediakan "token" khas. Para guru juga mengadakan jamuan secara "pot luck" di Bilik Guru, dan murid-murid dengan "pocket luck" masing-masing.

Kepada seluruh warga guru dan murid SMK Lajau, selamat bercuti dua minggu, jangan lupa study dan jangan lupa siram sayur Program Bumi Hijau, moga sayur subur dan ayam kampung terus membesar, raya nanti boleh kita korbankan sama-sama menikmati lauk kari ayam kampung.....

PENGETUA SMK LAJAU DI PERSIDANGAN PKPSM KEBANGSAAN DI PULAU PINANG


Sahar Misron,di PKPSM Pulau Pinang 25-28 Mei 2009

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron bersama-sama tiga pengetua dari Labuan iaitu pengetua SM Sains Labuian, Pengetua SMK Labuan dan Pengetua SM St. Anthony, menghadiri Persidangan PKPSM Kebangsaan di Hotel Bayview Resort, Pulau Pinang dari 25-28 Mei 2009. Persidangan dirasmikan oleh TPM, yang juga Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Mei, jam 8.30 malam. Beliau mempertimbangkan elaun pengetua dari RM150.00 sebulan kepada RM600.00 sebulan, moga-moga menjadi kenyataan. Penutupan disempurnakan oleh TYT Pulau Pinang, pada 28 Mei 2009. Semasa persidangan, antara penceramah ialah Dato' Norizan Bapoo Hashim, TKKPM , juga ahli perniagaan seperti Datuk Syed Aidid yang berkongsi pengalamannya lahir sebagai ahli perniagaan berjaya hasil dedikasi dan kesungguhan "guru-gurunya" di sekolah, gayanya tersendiri mencuit khalayak, pengetua daripada seluruh negara.Terus maju Datuk Syed Aidid....

Friday, May 22, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT WP LABUAN ESOK 23 MEI 2009 DI UK

Sambutan Hari Guru Peringkat WP Labuan akan diadakan esk jam 730 pagi di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan. Perasmian oleh YB Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof bin Haji Mahal. Warga guru,guru bersara, ketua Jabatan, Parti Komponen Barisan Nasional, Ketua Kampung, Pengusaha Kantin, YDP PIBG,ketua masyarakat, dijemput merayakan perayaan hari guru ini. Majlis dijangka berlangsung sehingga jam 1130 pagi.

Wednesday, May 20, 2009

ZON 3 MENANG BERGAYA

Pasukan Bola Sepak Zon 3 yang terdiri daripada guru dan staf SM Teknik, SMK Lajau dan SK Lubok Temiang menang bergaya mengalahkan pasukan Pusat Kokurikulum Labuan 3-1 di Padang SM Teknik sebentar tadi, sempena Perayaan Hari Guru W.P Labuan. Pengetua SM Lajau, Sahar Misron turut bermain dalam perlawanan ini. Walaupun kemenagan ini tidak membawa pasukan Zon 3 ke perlawanan separuh akhir,kerana memerlukan kelebihan 4 jaringan, setidak-tidaknya demi maruah harus dipelihara nama. Dua hari sebelumnya pasukan ini dibelasah 4-0 oleh pasukan Zon 4 di padang yang sama. Tidak mengapa tahun hadapan cuba lagi, kena berlatih ya.....

Sunday, May 17, 2009

SMK LAJAU MERAIH HADIAH PERKHEMAHAN KADET POLIS 15-17 MEI 2009

Pasukan Kadet Polis SMK Lajau meraih beberapa hadiah dalam Perkhemahan Kadet Polis seluruh Labuan 15-17 Mei 2009.Majlis perasmian oleh Pengarah Pelajaran Labuan, Mohammad Zaki Mohd. Yusuf, manakala DSP Sharifuddin Yusup pula membacakan perutusan Ketua Polis Negera. Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron turut hadir bersama-sama rakan pengetua yang lain iaitu pengetua SMK pantai, SM St Anthony dan SMK Labuan.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT DATANG PELAJAR PRA-U SEMELA

SELAMAT DATANG kepada pelajar Pra-U SEMELA yang mendaftar di SMK Lajau pagi tadi, 11 Mei 2009. Semoga anda selesa menjadi warga SMK Lajau..... selepas ini mereka akan mengikuti Kursus Orientasi Pra-U SEMELA pada minggu ini. Kenali SEMELA dan sayanginya sepenuh hati, belajarlah dengan IKHLAS seikhlas guru-guru kalian. Mari bersama kita berdoa SEMELA terus menjulang KECEMERLANGAN PENDIDIKAN di Wilayah ini, dan di Malaysia tercinta ini.

Selangkah ke Universiti 2010... InsyaAllah, doa seluruh warga.

PENGETUA SMK LAJAU DAN GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK HADIRI KURSUS KAJIAN TINDAKAN DI UK

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron dan Guru Kanan Sains dan Matematik Ang Bee Uan, menghadiri Kursus Kajian Tindakan di Tingkat 8, Ujana Kewangan (UK), Labuan dari 11 - 13 Mei 2009 bersama-sama pengetua/guru besar serta guru kanan mata pelajaran seluruh Labuan. Ceramah disampaikan oleh Ketua Sektor Penilaian EPRD, KPM, Dr. Soon Seng Thah yang merupakan pakar Kajian Tindakan KPM.

Pada hari Khamis, pengetua SMK Lajau akan ke Kota Kinabalu, menyampaikan Ceramah Induksi kepada peserta dari Labuan, Sabah dan Sarawak pada sebelah petang dan malam, sebelum kembali ke Labuan pada keesokan harinya. Sebelum berkongsi dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Labuan untuk berkongsi pengalaman tentang penubuhan koperasi pada 16 Mei 2009.

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT DATANG KE PROGRAM PRA-U SEMELA 2009

KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKAN MENDAFTAR PROGRAM PRA-U SEMELA KAMI WARGA SMK LAJAU MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN KALIAN ESOK 11 MEI 2009. DATANGLAH SEAWAL JAM 600 PAGI UNTUK MENGELAKKAN KESESAKAN PENDAFTARAN. KEPADA MEREKA SEDIKIT PANDUAN SEMASA PENDAFTARAN:

PAKAIAN: BAJU WARNA PUTIH, KAIN(P)/SELUAR (L) WARNA HITAM, KASUT BERTUTUP WARNA HITAM(Digalakkan Kasut Kulit BERKILAT), TUDUNG: WARNA PUTIH, TALI LEHER (L) WARNA "DARK MAROON" PELAJAR LELAKI DIGALAKKAN BERAMBUT POTONGAN SAIZ 3 (SESUAI UNTUK PASUKAN BERUNIFORM)
KEPADA YANG BELUM MEMPUNYAI UNIFORM INI, BOLEHLAH BERPAKAIAN KEMAS DENGAN WARNA PAKAIAN CERAH.

PASTIKAN ANDA TIDAK MEMAKAI SELIPAR, SANDAL ATAU BERSELUAR PENDEK.....

PENDAFTARAN ESOK UNTUK TAKLIMAT PEMILIHAN SUBJEK PROGRAM PRA- U SEMELA, JUGA PERATURAN SERTA MINGGU ORIENTASI.

KEPADA MEREKA YANG SEDANG MENGIKUTI PROGRAM PLKN, BOLEH MENDAFTAR SELEPAS TAMAT PROGRAM ITU.

SELAMAT MENDAFTAR, SELAMAT MENJADI WARGA SMK LAJAU....

PASTIKAN ANDA TANAMKAN NIAT: "MENGIKUTI PROGRAM PRA-U UNTUK KE UNIVERSITI 2010"

Tuesday, May 5, 2009

PASUKAN PANTUN SMK LAJAU BOLEH TAHAN HEBAT, NAIB JUARA FESTIVAL BAHASA PERINGKAT NEGERI

Pasukan Pantun SMK Lajau masih menyengat, Naib Juara 2009 Peringkat Negeri.... walaupun tewas, khabarnya "tewas bermaruah" kepada SMK Labuan... Tahun depan JUARA! SMK LAJAU PUNYA!

Pasukan Kompang JUARA kostum, kompang Formasi Tempat ketiga, Syukur masih boleh bertahan....1,2,3, OK tu.... berlatih lagi, nanti pengetua ganti kompang lama, pakaian kena kekalkan kerana masih juara!

RUJUK CATATAN KEJAYAAN PELAJAR SMK LAJAU DALAM BLOG "saharmisron.blogspot.com"

KOMEN TELUS DI BLOG http://saharmisron.blogspot.com.