Sunday, February 28, 2010

KEPUTUSAN STPM MENURUN KUANTITI

Keputusan STPM yang diumumkan minggu lalu mencatatkan penurunan dan SMK Lajau tidak berjaya mempertahankan rekod 100% tahun sebelumnya. Namun dari segi kualiti agak memuaskan, 7 pelajar mendapat 3.00 pointer ke atas, 6 mendapat 5 prinsipal,7 mendapat 4 prinsipal, 28 yang lulus, manakala 7 gagal daripada 35 calon yang mengambil STPM tahun lalu.Dijangka hampir 20 pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA tahun ini. Tahniah kepada yang berjaya dan yang gagal boleh mengambil ulangan persendirian tahun ini. Namun, kita tetap bersyukur dan menerima keputusan ini dengan hati terbuka setelah warga sekolah berusaha dengan penuh keikhlasan.Kita terima ketentuan Ilahi dan mengatur strategi meningkatkan pencapaian 2010.

Mudah-mudahan SPM menyebelahi kita, sama-sama berdoa seluruh warga.Kita berdoa kuantiti 100% lulus dan GPS meningkat....

Tuesday, February 23, 2010

DEBARAN WARGA SMK LAJAU MENUNGGU KEPUTUSAN STPM DAN SPM

Debaran warga SMK Lajau kembali lagi, menanti keputusan STPM esok 25 Februari dan SPM minggu hadapan. Kepada calon STPM bolehlah datang dengan berpakaian kemas dan berkasut untuk mengambil keputusan selepas jam 10.30 pagi di Bilik Semarak SMK Lajau esok. Sama-sama berdoa kita masih di landasan: SEMELA "Sederap Meluncur Laju", dan menerima dengan reda apa jua keputusannya, selepas warga guru PraU dan pelajar PraU berusaha 1000% kan?