Tuesday, February 22, 2011

KEPUTUSAN STPM SMK LAJAU 2010

TAHNIAH KEPADA PARA PELAJAR PROGRAM PRA-U YANG CEMERLANG STPM 2010 SERAMAI 7 ORANG, DENGAN PENINGKATAN KELULUSAN DARI 80% KEPADA 87.93%, TAHNIAH KEPADA WARGA GURU/STAF, PARA IBU BAPA, PIBG, JPN LABUAN SERTA MEREKA YANG MENYOKONG PEMBANGUNAN SEKOLAH INI. KITA TERUSKAN USAHA "SMK LAJAU SEDERAP MELUNCUR LAJU", BAGI PELAJAR PRA-U "TAGLINE" "SELANGKAH KE U" ATAU "U FOR ME"


Monday, November 8, 2010

SMK LAJAU NAIB JOHAN TARIK TALI MERAKYATKAN SENI DI KML

Pasukan Tarik Tali SEMELA menjadi Naib Juara Tarik Tali dalam Program Merakyatkan Seni di KML yang dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia pada hari Sabtu 6 November 2010, pasukan SMK Lajau hanya diwakili pelajar Tingkatan 2, mengalahkan pelajar Taingkatan 6 SMK Labuan dan sekolah-sekolah lain , hanya tewas kepada pelajar Tingkatan 4, 5 zSM Teknik Labuan. TAHNIAH. Pasukan membina menara SEMELA mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada semua ahli pasukan dan guru pengiring Cg Chieng Mee King dan Cg Marlizah Abd Karim......

Monday, November 1, 2010

Panggilan Telefon Pagi

Pagi-pagi terima panggilan telefon Pemangku Pengarah Pelajaran Labuan, En Ismail Abdullah, berdebar juga bila beliau kata emergency....Rupanya seorang pegawai Jabatan Pelajaran En. Mohd Nor kemalangan di depan Petronas (yang mana pun tak pasti), isteri pegawai ini bertugas di SMK Lajau, Pn Siti Zubaidah Salleh. Semasa menjawab panggilan PK Pentadbiran dan seorang guru berada di depanku, dalam jam 645 pagi. Aku terus ke kereta, semasa itu Pn Siti sedang memberi arahan pagi kepada murid-murid, dan bersedia menyanyikan Lagu Negaraku, aku beri isyarat tunggu dulu, kerana kalau nyanyi dah tentu kena tunggu dua minit lagi. Aku perlu segera ke tempat kejadian. Dengan kelajuan terkawal, aku terus menuju lokasi, syukurlah lorong kecemasan kosong, aku menyalakan lampu kecemasan dan dapat sampai dalam masa kurang lima minit di seberang jalan Petronas Jalan Pulau Buah. Sudah ada seorang Anggota Polis dan penarik kereta, kulihat keretanya (Hilux) remuk agak teruk di bahagian hadapan, tayarnya hampir tercabut, mujurlah sebatang paip besar menghadang Pacuan 4 Roda, aku lihat airbag terkeluar, tiada pemandunya, aku dimaklumkan pemandunya telah dihantar ke hospital, tiada kesan darah di tempat duduk pemandu. Seorang yag berpakaian seragam KTAK memperkenalkan diri sebagai saudara En Ismail (Beliau menelefon En Ismail) Aku terus menghubungi Puan Siti Zubaidah, tidak diangkat....aku hubungi Pn Dona pun tidak berjawab, mungkin ada kelas, aku hubungi Pn Ang...katanya Cg Siti telah ke hospital dengan Pn Nurfiah dan Pn Jubia. Aku hubungi En Ismail beliau sudah di hospital...Aku mengambil beg hitam dan mengambil dokumen-dokumen dari Hilux. Aku terus uruskan untuk kenderaan ditarik selepas Sarjan Amir selesai mengukur dan mengambil gambar lokasi, kenderaan perlu ditarik kerana melintang di sebelah jalan....Aku mengambil butiran pemandu kereta tarik dan juga seorang lelaki yang menjadi saksi utama kemalangan, En Harry yang mengatakan bahawa semasa kemalangan pemandu tidak sedar, hinggalah sampai di hospital...Syukurlah tada kecederaan walaupun kenderaan agak teruk di bahagian hadapan, airbag dengan izin Allah menjadi penyelamat, juga paip air besar di tepi jalan sebagai penahan. Aku ditemani Pengetua SMK Pantai En Yusup yang sempat kutelefon dan En Erwin (bekas stafku) yang kini di JPN Labuan yang kebetulan lalu di temat kejadian.

Aku dan En Yusup ke hospital melihat keadaan En Mohd Nor, keadaannya agak lemah dan mungkin dalam keadaan masih terkejut, aku serahkan barangan kepada isterinya Cg Siti Zubaidah. Syukurlah En Mohd Nor selamat hanya calar sedikit di siku kanannya...

Panggilan pagi kadangkala amat memeranjatkan kita tetapi kita kena tenang menghadapi sebarang kemungkinan....

Thursday, September 2, 2010

RAYA KIAN HAMPIR, PMR, SPM DAN STPM PUN

Minggu depan umat Islam seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kepada semua selamat menyambutnya. Kepada anak-anak didikku yang akan menghadapi PMR, SPM dan STPM 2010 raya tu jangan beraya sakan, persiapan menghadapi peperiksaan yang penting dalam perjalanan hidup kalian memerlukan pengorbanan. Mohonlah restu ibu bapa/penjaga, guru-guru sebelum menghadapi peperiksaan. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Jangan lupa mengerjakan solat wajib dan buatlah kebaikan walaupun sekecil zarah pun, InsyaAllah kalian akan berjaya. Kepada Puan Hjh Jubia di Kota Suci Mekah, usah lupa berdoa kejayaan anak-anak SMK Lajau dan seluruh warga sekolah

Thursday, May 20, 2010

KEMBALI MENCATAT DI BLOG

Sudah agak lama saya tidak mencatat di Blogspot, pagi ini teringin menyambung rutin lama. Banyak perkembangan sekolah sekarang ini saya masukkan dalam Facebook termasuk beberapa acara seperti Majlis Pengiktirafan Pelajar SMK Lajau, Karnival ALUMNI SMK Lajau, Promosi Kesihatan anjuran PERWILA di SMK Lajau dan SMK Pantai dan banyak lagi. Kepada rakan-rakan Blog saya cuba aktifkan semula Blogspot SMK Lajau dan blog peribadi saya.

Wednesday, April 7, 2010

MSSWPL

Perasmian MSSWPL semalam 7 April 2010 oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan. Pencapaian SMK Lajau setakat ini 1 EMAS, 2 PERAK, 1 GANGSA....ada peningkatan pada tahun ini. Imbuhan EMAS RM100.00, PERAK RM75.00, GANGSA RM50.00....Perbarui Rekod RM300.00

Sunday, March 14, 2010

Petang semalam, sedang aku menyiram pokok sayur-sayuran di sekolah tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Rupanya Pengarah Pelajaran menelefon kerana katanya ada orang hendak bercakap. Kak Izan dari ACMS Pulau Pinang bercakap di talian, berkenaan Temuduga Lepasan SPM/STPM pada 16 dan 17 Mac di Jabatan Pelajaran Labuan Aras 10, Blok 4 Ujana Kewangan. Syarat masuk yang paling minimum kerana hanya perlu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM/STPM. Untuk temuduga bawa sahaja kad pengenalan serta Sijil/Slip SPM/STPM serta salinannya.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE UK ESOK DAN LUSA, Jangan lepaskan peluang terbuka anak-anak Labuan!