Wednesday, January 14, 2009

LARIAN SEMELA MERIAH

Larian SEMELA yang berlangsung pagi ini 14 Januari 2009, bermula dan berakhir di Dataran Gemilang sekolah ini berlangsung dalam suasana meriah. Pelepasan disempurnakan oleh Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin MIsron, YDP PIBG (juga Ketua Kampung Lajau, Tuan Haji Sudin bin Omar serta mantan YDP (juga Ketua Kampung Lubok Temiang). Sesungguhnya kehadiran mereka berdua amat dihargai dalam usaha menyokong anak-anak SEMELA berlari.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua dan YDP PIBG, hadiah berupa hamper dalam empat kategori dari nombor 1 hingga 10. Dalam ucapan penutupan Pengetua menyarankan agar larian ini dibuat dua atau tiga kali setahun bagi memastikan badan sihat otak cergas dalam kalangan warga SMK Lajau.

Terima kasih kepada semua guru bertugas di sekolah dan di Check Point, terima kasih kepada ibu-ibu murid di sepanjang jalan Lubok Temiang.

Selepas selesai upacara penyampaian hadiah, warga guru dan staf sekolah serta pengawal keselamatan dan pembersih kawasan dijamu dengan hidangan kongsi Krismas dan Tahun Baru Cina. Terima kasih Puan Dona, Puan Felecia, Puan Ang, Cikgu Cheng, Cikgu Vera. Masakan pula oleh Ustaz Rusalawati dan Cikgu Habibah... Berselera semua warga sekolah nampaknya, terima kasih ya kepada semua. Kalau tiap-tiap bulan ada jamuan, makin montel-montel warga SEMELA...

Lepas kenyang makan Pengetua, PK, Ketua Bidang serta Ketua Panitia bermesyuarat untuk pemulihan Tingkatan 1 2009, lanjutan Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah petang sebelumnya....Jam 4.00 selesai mesyuarat.. Terima kasih semua,jasa baktimu disanjung...

Tuesday, January 13, 2009

"LARIAN SEMELA"/"ROAD RUN" SMK LAJAU 14 JANUARI 2009

Larian SEMELA/"Road Run" SMK Lajau akan diadakan pada pagi 14 Januari 2009 bermula di Dataran Gemilang sekolah ini, melalui Kampung Tanjung Aru, Kampung Lubok Temiang, Merinding, Kampung Ganggarak dan Kampung Lajau. Larian ini mendapat bantuan dan kerjasama pihak polis, JPA3, Hospital Labuan, Labuan FM dan ketua-ketua kampung serta PIBG sekolah ini.

Murid-murid sekolah ini giat berlatih untuk persediaan larian esok, banyak hadiah menarik menanti para pemenang dalam kategori 15 dan 18 tahun lelaki dan perempuan. Semoga semua warga sekolah bersungguh-sungguh berlari esok untuk merebut tempat mewakili sekolah ke peringkat negeri yang dijangka pada 22 Januari 2009.

Kita doakan keselamatan setiap peserta yang mengambil bahagian serta para petugas yang terdiri daripada para guru dan ibu bapa. Kami yakin murid SMK Lajau BOLEH! BOLEH dan BOLEH!

Ibu bapa yang menyaksikan anak-anak mereka berlari digalakkan memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak dan memastikan tiada yang "melencong" balik ke rumah.

KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SMK LAJAU KE SK LUBOK TEMIANG

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron telah membuat kunjungan hormat ke SK Lubok Temiang bertemu dengan Guru Besar baru Encik Matlong Matusin yang memulakan tugasnya mulai hujung Disember 2008 lalu.Beliau bertukar dari SK Sungai Lada, W.P Labuan. Kunjungan itu amat besar maknanya kerana mereka berbincang dari hati ke hati untuk sama-sama memajukan kedua-dua sekolah, dengan konsep "win win situation" Untuk makluman, SK Lubok Temiang ialah "feeder school" kepada SMK Lajau sejak lebih 10 tahun lalu, yang mana majoriti muridnya akan meneruskan pelajaran ke SMK Lajau.

Kedua-duanya bertukar-tukar maklumat dan pandangan dalam usaha penambahbaikan kedua-dua sekolah menuju kecemerlangan bersama. Kita berdoa semoga kedua-dua sekolah sebaris dengan sekolah-sekolah lain di Wilayah Persekutuan Labuan dari segi kecemerlangan akademik, sukan dan kokurikulum. Antara program yang difikirkan ialah program ramah mesra antara warga dua buah sekolah ini yang yang akan direncanakan dalam waktu terdekat.

Selamat maju jaya.

Saturday, January 10, 2009

BARISAN KEPIMPINAN BARU PIBG SMK LAJAU, W.P LABUAN

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau yang berlangsung di Dataran Gemilang SMK Lajau menyaksikan berisan kepimpinan baru, yang mana Yang Dipertuanya bertukar tangan dalam suasana harmoni tanpa pertandingan yang dimenangi oleh Tuan Haji Sudin Haji Omar yang juga Ketua Kampung Lajau. Tuan Haji Alias Hussein yang awal-awal lagi meminta tidak lagi dipilih kerana sudah dua peggal menerajui PIBG walaupun anak beliau tidak lagi bersekolah di sekolah ini. Tahniah kepada Tuan Haji Sudin Hj Omar dan barisan kepimpinan barunya.

Sebelumnya Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Labuan Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof telah merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ini dengan ucapan perasmian yang bersahaja berjaya memukau ibu bapa yang jumlahnya mencecah 161 orang tidak termasuk kehadiran guru yang kehadirannya melebihi 30 orang. Dalam ucapannya beliau meminta ibu bapa memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak serta memberi motivasi kepada anak mereka serta memastikan disiplin anak-anak terkawal. Dalam ucapan Alu-aluan Tuan Haji Alias Hussein juga menyentuh kepentingan pelajaran anak-anak di sekolah ini dengan mengaitkannya dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron juga merayu ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak dalam pelajaran untuk kecemerlangan bersama serta mencapai visi sekolah "SMK Lajau terbaik Tahun 2010. Beliau percaya kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat ini menyuntik motivasi dalam kalangan murid sekolah ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan guru yang amat komited dalam menjalankan tugas demi anak-anak Labuan tercinta.

Sebelumnya Ustaz Tarmizi Yahya, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah menyampaikan ceramah tentang bantuan pendidikan anak-anak dalam memberi kefahaman bantuan baitulmal yang boleh dipohon oleh mereka yang berkelayakan. Respons ibu bapa sangat menggalakkan sekali.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga hampir 50 hamper dimenangi oleh mereka yang bernasib baik, dan dicabut secara berselang-seli.

Gambar Mesyuarat akan menyusul kemudian.....

Wednesday, January 7, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LAJAU KALI KE-8 PADA 10 JANUARI 2009

Wednesday, January 7, 2009
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LAJAU KALI KE-8 PADA 10 JANUARI 2009

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau akan diadakan pada 10 Januari 2009 mulai jam 7.30 pagi. Atur cara program ialah, Ceramah Insurans Takaful/Jabatan Agama Islam Labuan jam 7.30 pagi hingga 845 pagi, diikuti dengan Perasmian oleh Pengarah Pelajaran Labuan, Encik Mohammad Zaki bin MOhd. Yusof, dan selepas itu Mesyuarat Agung dijangka bermula jam 10.00 pagi. Mesyuarat kali ini akan ada Pemilihan AJK PIBG Sesi 2009/2010. Petang ini, 7 Januari, Mesyuarat AJK PIBG dipengerusikan oleh YDP Tuan Haji Alias Hussein membincangkan persediaan Mesyuarat Agung. Turut hadir ialah Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin MIsron.

Semua ibu abapa murid/penjaga serta semua guru dan staf SMK Lajau DIJEMPUT menghadiri mesyuarat ini. Datanglah beramai-ramai untuk kemajuan anak-anak SMK Lajau. Jamuan disediakan, dari minum pagi ke makan tengah hari

Friday, January 2, 2009

SELAMAT DATANG KE SMK LAJAU DAN SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH

Pendaftaran murid Tingkatan 1 SMK Lajau jam 8.00 pagi 3 Januari 2008. Selamat datang ke SMK Lajau kepada murid baru dan selamat bersekolah semula kepada murid lain. Selamat menjadi warga SMK Lajau kepada murid Tingkatan 1, yang jumlahnya 100 orang. Warga SMK Lajau mengalu-alukan kedatangan kalian. Sama-sama menaikkan imej SMK Lajau, semoga semuanyanya cemerlang.

Thursday, January 1, 2009

MESYUARAT PROFESIONAL GURU 1/2009 31 DISEMBER 2009

Mesyuarat ini diadakan pada 31 Disember 2009. Perbincangan hal profesional berlangsung dengan selesa dan tenang. Terima kasih kepada semua guru. Cuma pencapaian PMR agak kurang memberangsangkan, hanya dua subjek English dan Sejarah yang meniangkat, subjek lain menurun.Keseluruhannya pencapaian PMR hanya meningkat 0.06%. Harapan semua SPM bertahan 100% dan STPM meningkat kualiti dan kuantiti. Kita sama berdoa.