Tuesday, February 10, 2009

KEPUTUSAN BADMINTON DAN POLO AIR MSSWPL SMK LAJAU

Pasukan Badminton SMK Lajau bertanding dalam pertandingan Badminton MSSWPL pada 10 Februari 2009. Pemain yang melangkah ke Suku Akhir, Mohd. Aidil Awang L15,Norazrinah Ramon P15, dan dalam beregu Hidayah dan Fazrina P15 berjaya ke pertandingan akhir.

Pasukan Polo Air SMK Lajau pula tewas kepada pasukan SMK Pantai.

PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK LAJAU KE AKHIR

Pasukan Sepak Takraw SMK Lajau Bawah 15 tahun, berjaya melangkah ke akhir Pertandingan Peringkat Negeri semalam 10 Februari 2009, dengan membenamkan pasukan Sepak Takraw SM St. Anthony, menang tanpa bertanding serta melenyapkan impian Pasukan Sepak Takraw SMK Mutiara, yang juga merupakan Sekolah Pusat Sukan Labuan 21 - 13, 21 - 18, Hebat! Hebat!.... Mesti menang dalam akhir bertemu SMK Labuan pada 12 Februari. Pertandingan bawah 18 Tahun akan berlangsung hari ini, moga menang.

Tahniah kepada Cikgunya Cikgu Isa Sidin, Puan Anizah Ahmad, Ustaz Zahari Awang,Encik Polorin Jueh.

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA CALON PELAJAR CEMERLANG DENGAN PENGETUA

Majlis Permuafakatan Ibu bapa Pelajar Cemerlang PMR, SPM< STPM dengan Pengetua SMK Lajau diadakan di Bilik Semarak, SMK Lajau jam 2.15 petag hingga 3-15 petang, 10 Februari, dalam suasana muhibah dan kemesraan. Pihak sekolah berharap ibu bapa sama-sama memantau perkembangan pelajaran anak-anak semasa di rumah. Perjumpaan seperti ini akan dibuat berterusan bagi memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam. Pengetua akan memberi imbuhan RM200.00 seorang yang mendapat straight A's dan Band 6 MUET, serta belanja pizza bagi MUET Band 5, tidak termasuk hadiah lain daripada sekolah.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, para guru dan murid SMK Lajau yang hadir dalam majlis ini.

Monday, February 9, 2009

DUNIA INI KECIL RUPANYA...

Memang benarlah kata orang dunia ini kecil rupanya. Hampir enam tahun aku di Labuan, petang ini seperti biasa aku membeli nasi bungkus di gerai Kerupang, nasi bungkus kata orang Labuan "tapau"... sedang tapau makanan, aku terdengar penjual itu seorang perempuan dalam lingkungan 30 an, bercerita bapanya meninggal dunia baru-baru ini akibat jatuh dan terus koma. Apabila pelanggan yang berbual itu berlalu pergi aku bertanya, "Johor di mana?" Dia menjawab, "Batu Pahat", aku bertanya lagi "Batu Pahat di mana?", katanya di "Senggarang!" Terkejut aku, lalu tercetus "Sungai Lurus?" Dia mengiakan... Sungai Lurus Laut, katanya.

"La, sekampung kita, anak siapa? "Anak Misran"... dah dekat dengan "Misron, bapaku. "La, anak Wak Misran?" Terlopong aku, rupanya Wak Misran baru sahaja meninggal dunia, orang tua yang begitu lama tidak aku temui. Rupanya penjual di gerai itu anak Wak Misran, gelaran namanya As, aku ingat-ingat lupa.... kerana usianya jauh lebih muda, masa aku dewasa dia masih budak-budak lagi, lagipun aku awal-awal lagi sudah keluar merantau, sama ada semasa belajar di Tingkatan 6, maktab perguruan , universiti, hingga ke London...

lepas tu balik ke Kuala Lumpur lagi, memang aku bertuah berjumpa dengan orang kampungku di Labuan, yang juga masih ada pertalian keluarga yang agak jauh, malah semasa Kampung Sungai Lurus Laut yang asal belum dimakan laut, kami tinggal sebelah rumah, berjiran dan bersaudara. Mungkin dia pun tidak menyangka akan berjumpa dengan orang kampungnya. Aku pula di kampung dikenali sebagai "Harris", mana orang kenal "Sahar" hanya kenalan rapatku dan keluargaku sahaja yang tahu kalau di kampung.Pelik juga aku bila dia panggil, "ini abang Harris ya".... dalam keluargaku orang kampung lebih mengenali kakakku, Sanah (Kak Non), abang Salleh, dan Kak Ros, serta adik bongsuku Idah (Zuraidah), aku dan adikku Azmi orang tak berapa kenal... mungkin kerana kami di tengah keluarga...itulah akibat merantau awal-awal masa sekolah... Macam Kak Non, kakakku seorang Ustazah ramai kenal sebab anak sulung,guru As juga, begitu juga Idah anak bongsu kerana umurnya tidak jauh beza dengan As....AS, nama penuhnya pun aku tak tahu, esok-esoklah aku tanya....

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Wak Misran, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman (umurnya 78 Tahun masa meninggal). As juga menyampaikan khabar, Madi abang sulungnya yang pada mata kasarku , se3orang nelayan pantai yang tabah dan gigih kerana keberaniannya meredah Selat Melaka, mencari rezekinya di laut, juga Al-Fatihah kepada arwah abang Madi.....

Dunia ini kecil rupanya, Pulau Labuan menemukan jiran/saudara sekampung....Walaupun sudah bertahun aku membeli makanan, tak pernah pula kami bercerita asal-usul, nasib baik telingaku menangkap perbualannya dengan pelanggannya tadi....Pulau Labuan Indah tempat kami mencari rezeki, siapa sangka dari Kampung Sungai Lurus ke Labuan, ada kenangan yang menjaluri diari hidup kami.

Sunday, February 8, 2009

KEPUTUSAN BOLA JARING

Khabarnya, pasukan Bola Jaring SMK Lajau, bawah 18 dan bawah 15 semuanya hanyut... hanya pasukan bawah 15 menang sekali dengan SMK Pantai...kena post mortem ni.... kot hanya berlatih seminggu tak?..... yang pelik bin ajaib ada yang kalah 8 berbalas 9, tetapi ada yang kalah 0-- 19, apa dah jadi? Kena berlatih berterusan sepanjang tahun, kan pengetua dah pesan....takkan "badi", lagipun pengetua tak turun, kan dah kena "warning" tahun 2007, pengetua turun naib johan saja...atau kali ini pengetua kena tengok kerana hilang "badi?"....Tetapi kalau berlatih berterusan kita yakin tentu boleh menang kan?.... Pelajar Tingkatan 1,2 dan 4, berlatih lagi selepas ini, supaya tidak lagi "kilar"...Anyway tahniah kepada penerajunya Cg Maimon, Cg Fazidah, Cg Hasnor dan yang lainnya......

Keputusan P15 SMK Lajau kalah kepada SMK Taman Perumahan Bedaun 2-7, kalah kepada SM Sains 0-18, dan menang dengan SMK Pantai 5-3. Dalam pertandingan Perempuan 18 Tahun, kalah semua iaitu kepada, SM St. Anthony 1-9, dengan SM Sains 8-9, dan SMK Pantai 3-5. Tahun depan tak boleh kalah lagai tau.

Kita doakan pasukan badminton dan sepak takraw menang ya, balas balik, juga pasukan catur yang akan terus berjuang mulai esok... Khabarnya Sameon belum pernah kalah selepas 4 pusingan, teruskan kecemerlangan, ada peluang johan individu... Doa banyak-banyak, solat jangan lupa!

Pasukan kompang kena berlatih dari sekarang(sudah tiga tahun berturut johan), pasukan pidato LHDN(dua tahun berturut johan) juga kena berlatih dari sekarang......yang lainnya pasukan kuiz PNB, drama, mulakan latihan ya.......Latihan sukan pun kena juga kan, pandai-pandai atur masa dan strategi......SMK Lajau BOLEH MENANG! BOLEH MENANG! MENANG!...slogan baru ke?

Saturday, February 7, 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK LAJAU

Kem Kepimpinan Pengawas SMK Lajau diadakan dari 6-8 Februari 2009 di Dataran Gemilang dan Dewan Mini sekolah ini. 35 peserta menghadiri kursus ini. Kursus ini diharapkan akan memantapkan pengurusan pengawas sekolah ini.

Kem Komandan ialah Ustaz Ramizu Osman, semua guru pengawas terlibat, dengan dibantu oleh unit UBK, guru disiplin dan guru-guru lain. Antaranya Cikgu Anizah, cikgu Jubia, Cikgu Norsiah, Cikgu Mohd Firlii, Ustaz Zahari, Cikgu Isa, Cikgu Matsani, Cikgu Ratna, Cikgu Norhayati, Cikgu Kartini, Cikgu Hasnor, Cikgu Habibah, Cikgu Roziani, Cikgu Khairunnisak, Cikgu Al-Ghaffar,. Malah Pengetua, Cikgu Sahar Misron, Pk 1 Puan Dona Undoh dan PK Hem, Puan Siti Zubaidah Salleh turut hadir.

Tuan Pengetua menyampaikan Ceramah "Minda Pemimpin" pada jam 8.30 hingga jam 11.00 malam semalam dalam suasana santai. Aktiviti lain seperti "Tressure Hunt", Qiamulail, Muhasabah Diri, Solat Berjemaah, Kawad kaki, Latihan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah, Lagu Sekolah, juga persembahan kumpulan, dan malam tadi Barbeque dan banyak aktiviti lain.

Majlis Penutupan Rasmi akan disempurnakan oleh Tuan Pengetua jam 10.30 pagi ini. Semua warga SMK Lajau, khususnya guru dan staf dijemput untuk memeriahkan majlis penutupan.

Gambar akan menyusul nanti.

Thursday, February 5, 2009

GAMBAR BENGKEL ABM DI KOTA KINABALU






Habis Bengkel ABM di Imperial International Hotel Kota Kinabalu dari 2-5 Februari 2009,kami pulang ke Labuan, menyambung tugas.. Gambar di Kota Kinabalu