Tuesday, March 10, 2009

STPM TERBAIK SMK LAJAU 100% LULUS

Tahniah kepada seluruh warga SMK Lajau, Labuan yang mencipta kejayaan gemilang dalam STPM 2008 dengan kejayaan 100% lulus bagi 48 pelajar Tingkatan 6 tahun lalu, 10 pelajarnya pula mendapat 3 pointer ke atas, 11 mendapat 5 prinsipal, 13 mendapat 4prinsipal, mudah-mudahan mereka semua masuk ke universiti. Kepada yang kurang menyerlah usaha lagi, kerana bukan penamatnya di sini....

Tahniah kepada semua pelajar yang menyumbang 100% lulus yang sama-sama kita hasratkan...Salam untuk kedua ibu bapa dan keluarga, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada semua guru kalian serta staf sokongan SEMELA.Jangan lupa menjadi ahli ALUMNI SMK Lajau, isi borang ya...

Senarai nama pelajar 3 pointer ke atas akan menyusul...Kita berdoa SPM juga menampakkan sinarnya... lusa tu...Sama-sama berdoa dan bersyukur atas kejayaan ini.

Olahraga kurang menyerlah, satu gangsa daripada Noraini 200 meter perempuan 18... ok juga, jangan "kilar"

Monday, March 9, 2009

SMK LAJAU NO 3 PERBARISAN MAULIDUR RASUL

Tahniah kepada Pasuka Perbarisan SMK Lajau yang memenangi tempat ke-3 dalam Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul dalam perbarisan dari Dataran Labuan ke Masjid An-Nur, Labuan. Tahniah! Tahniah! Tahniah!, khususnya guru pembimbing ustaz Ramizu, Ustaz Aminudin, Ustaz Zahari dan Ustazah Rusilawati....Ini pertama kali dapat tempat dalam sejarah SMK Lajau, begitu sms Ustaz Ramizu kepada Pengetua sebentar tadi....10 Mac 2009...Hebat juga pelajar dan guru Lajau ya!....Tahun depan Johan ya, InsyaAllah. Tempat kedua SM Sains dan Johan SMK Mutiara, tahniah juga daripada kami.

Warga SMK Lajau berbangga dengan kejayaan kalian... Teruskan kecemerlangan. Sepanduk digantung di Dataran Gemilang sehingga cuti sekolah nanti.

Keputusan STPM, khabarnya akan diumumkan esok?

Sunday, March 8, 2009

MENANTI SEBUTIR PINGAT....

SMK Lajau bertanding dalam acara padang MSSWPL di padang SM Teknik pada 6 dan 7 Mac, dan akan diteruskan dengan buruan sebutir pingat pertama dalam acara balapan di Kolej Matrikulasi Selasa ini 10 Mac 2009... Atlet yang dihantar hanya atlet berpotensi mendapatkan pingat dan untuk menimba pengalaman bagi atlet tingkatan satu dan dua. Moga sebutir pingat pertama emas kilauannya nanti, kita sama-sama berdoa.. Terima kasih kepada semua guru yang menguruskan atlet ke kejohanan MSSWPL tahun ini.

PUISI UNTUK SAHABAT

PUISI UNTUK SAHABAT
(T.Alias Taib dalam kenangan)

duduk di bangku lapangan terbang ini
terkenangkan sahabat yang telah kembali
ke rahmatullah setahun lalu
tenang cerianya
seorang penyair yang menyimpan sejuta cerita
dari "pasar pengalaman"
yang sempat dikongsikan dengan teman-teman
tiada lagi senda gurau sindir tajammu
bernas fikiran segar ketika berhujah
terima kasih sahabat yangsempat meninggalkan
kenangan pada antologi puisi usaha bersama
"SEINDAH MERDEKA" di smksi
akan kuingati semuanya sahabat ketika
berkunjung ke rumahku di au2b
di ruang tamu itu sambil meniarap menyiapkan kertas kerja
teks komponen sastera sekolah menengah yang sempat terbitnya
untuk anak-anak generasi seluruh negara
budi baikmu terakam dalam
ingatan ini
Al-Fatihah sahabat
semoga tenanglah di alam barzaq...

SAMSA HARRIS
LTL Labuan 12 Mac 2006