Sunday, August 23, 2009

SELAMAT BERPUASA

Selamat berpuasa untuk warga Islam sedunia, seMalaysia, seLabuan,SMK Lajau Labuan, semoga salam Ramadhan ini membawa barakah dengan amal ibadat memantapkan perpaduan seluruh ummah.

Wednesday, August 19, 2009

PERJUMPAAN WARGA PENDIDIKAN W.P LABUAN DENGAN TIMBALAN MENTERI PELAJARAN

Satu perjumpaan seluruh warga pendidikan W.P Labuan dengan YB Timbalan Menteri Pelajaran YB Dr. Hj Mohd. Puad Zarkashi diadakan di Dewan SJKC Chi Wen malam tadi jam 8.40 malam 19 Ogos 2009. YB menyampaikan amanat beliau dan menerima soalan dan pandangan warga pendidikan dalam majlis tersebut. Turut hadir Pengarah Pelajaran Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd Yusof, pegawai-pegawai JPN Labuan, pengetua-pengetua dan guru-guru besar. Selepas majlis itu, YB Timbalan Menteri Pelajaran bersama Pengarah Pelajaran Labuan, pegawai JPN Labuan, pengetua dan guru besar menikmati makan malam makanan laut di Restoran Anjung Warisan, Tanjung Aru.Pagi ini YB Menteri Pelajaran akan membuat lawatan ke Kolej Matrikulasi Labuan, dan akan terus ke Nabalu dan Kundasang, Sabah.

Thursday, August 13, 2009

MINGGU PEPERIKSAAN DAN SELESEMA H1N1....

Pelajar SMK Lajau baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan STPM dan ujian tingkatan lain, dalam bara hangat wabak Selesema H1N1 yang agak membimbangkan kami di Labuan, namun seluruh warga telah diingatkan sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan diri, juga pemeriksaan suhu badan, yang demam perlu dapatkan rawatan hospital atau klinik....yang demam sama ada berehat di rumah atau di hospital, ikut arahan doktor.

Pelajar yang didapati demam akan diminta pulang, dengan diambil oleh ibu bapa atau dihantar pulang guru bertugas...Esok Jumaat kita sama-sama seperti minggu-minggu yang lepas, sama-sama membaca yassin dan solat hajat.... esok juga ada taklimat pihak SPRM Labuan....Semoga warga SMK Lajau dijauhi wabak "menakutkan" ini, hari ini sudah 51 kematian, kebanyakannya yang berisiko .... Moga Allah jaauhkan daripada warga sekolah, warga Labuan, warga Malaysia dan warga dunia....InsyaAllah...

Friday, July 24, 2009

PENGETUA SMK LAJAU BERKURSUS DAN BERSEMINAR DI IAB INDUK

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron menghadiri Kursus Pengurusan Pendidikan Khas untuk Pengetua Sekolah Menengah di Institut Aminuddin Baki,Induk dari 12-17 Julai 2009, selepas itu beliau menghadiri pula Seminar Nasional Pengurusan Pendidikan ke-16 di tempat yang sama dengan tema seminar "Distributed Leadership" dari 21-24 Julai 2009, bersama-sama Ketua Sektor Akademik, Maimoon Matnoh serta empat guru besar/penolong kanan mewakili W.P Labuan. Majlis Perasmian seminar disempurnakan oleh TKPM, Y. Bhg. Datin Asariah Mior Shaharuddin, manakala majlis penutupan oleh Pengarah IAB, Dr. Hj Khair Mohamad Yusof.

Dapatan kursus dan seminar akan dikongsikan dengan warga SMK Lajau dalam waktu terdekat. Semoga manfaatnya dikongsi bersama demi memartabatkan pendidikan di wilayah ini.

Monday, July 20, 2009

TAHNIAH ANAK-ANAK SMK LAJAU KEJAYAAN KALIAN KEBANGGAAN KAMI

Tahniah kepada anak-anak SMK Lajau yang menjadi JOHAN Pertandingan Kuiz Pengguna W.P Labuan untuk kali kedua berturut-turut 2008 dan 2009. Tahniah juga kepada anak-anak sekolah ini Naib JOHAN Pertandingan Pidato PNB dan Naib JOHAN Kuiz PNB....Tahniah juga kepada guru-guru pengiringnya... Memang kalian HEBAT....itu kan dah boleh dikatakan "SMK Lajau terbaik!" mudah-mudahan kejayaan ini berterusan.....Walaupun dalam Pertandingan Lagu Puisi kurang menyengat, tahun 2010 kita rampas balik JOHAN yang pernah kita menangi, berlatih dari tahun ini lagi....

Anak-anak SMK Lajau BOLEH!

Thursday, July 9, 2009

PEMANTAUAN BERKELOMPOK KE SMK MUTIARA

Pagi ini 09 Julai 2009 Pegawai Angkat SMK Lajau, Subari Dwar, Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron, PK1 SMK Lajau, Dona Undoh, KB Sains dan Matematik SMK Lajau, Ang Bee Uan, membuat pemantauan berkelompok ke SMK Mutiara, Labuan. Pemantauan ini bertujuan untuk penambahbaikan sekolah-sekolah di Labuan dalam akademik.

Kumpulan dari Zon 3 ini membuat pemantauan pengurusan kurikulum, dan sempat membuat pencerapan di dalam kelas. Terima kasih kepada pengetua SMK Mutiara, Hjh Zam Zam Hj. A. Rashid, PK 1 En. Jamatin serta suru-gurunya termasuk Cikgu Masri, Cikgu Hjh Rokiah, Cikgu Shamsiah dll, minum pagi dan makan tengah hari yang enak lazat... Gambar pengetua, PK1, KB Sains dan Matematik SMK Lajau di Bilik Dokumentasi SMK Mutiara.

Wednesday, July 1, 2009

HARI INI TERCATAT SEJARAH TERSENDIRI DI SMK LAJAU

Hari ini, Rabu 1 Julai 2009 tercatat sejarah tersendiri bagi SMK Lajau sejak beroperasi pada Tahun 1996, seorang pelajar SPM Tahun 2008 Sdr. Huzaisys Abd Rani disahkan mendapat straight A setelah semakan semula mata pelajaran EST diterima Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), dengan gred 2A melalui surat yang diterima pihak sekolah petang ini berserta slip terbaru. Sehubungan itu beliau mencatat sejarah menjadi pelajar pertama yang mendapat 11 A dalam Peperiksaan SPM.

Berita gembira ini dikongsikan untuk seluruh warga guru, staf dan murid SMK Lajau. Pengetua sempat menghantar SMS kepada Pengarah Pelajaran, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof memaklumkan berita ini serta Ketua Sektor SPA, Puan Maimoon bt Matnoh siang tadi. Semoga kejayaan pelajar ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan kepada pelajar lain dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM Tahun 2009.

Tahniah kepada Sdr Huzai dan keluarganya serta seluruh warga SMK Lajau dan semua pihak yang memberi sokongan.