Monday, April 27, 2009

DOAKAN KEJAYAAN PASUKAN KOMPANG FORMASI SMK LAJAU, LABUAN

Doakan kejayaan Pasukan Kompang Formasi SMK Lajau yang akan berentap pada hari Rabu ini. Pasukan ini membawa misi tersendiri untuk muncul kali keempat berturut-turut sebagai JUARA W.P Labuan.Pasukan di bawah bimbingan Cg Khairunnisak dan Cg Nor Asiah kita doakan cemerlang kerana pasukan sekolah lain menunggu masa untuk menghancurkan harapan kita ini.Lawan habis-habisan, seperti biasa Pengetua hanya akan datang selepas selesai pertandingan, acara penyampaian hadiah akan hadir....petua tu.....elakkan pemain kompang longlai tengok misai pengetua...Pengetua dan seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan kalian.. Esok penyessuaian gelanggang baca-baca sikit tau....

Saturday, April 25, 2009

SMK LAJAU MERAIH BEBERAPA ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

SMK Lajau meraaih beberapa anugerah kecemerlangan akademik dalam PMR, SPM dan STPM. Majlis yang disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Labuan YB Datuk Yussuf Hj Mahal di Konvensyen Hall Ujana Kewangan Labuan petanag ini (25 April 2009). Antara anugeraha yang diraih SMK Lajau ialah peningkatan PMR sebanyak 1.6%, STPM pencapaian dari 88% kepada 100%, serta 10 panitia mata pelajaran SPM lulus 100%. Yang paling manis pencapaian "terbaik" Matematik Tambahan 100% berjaya mengatasi SM Sains Labuan, kejayaan tersendiri panitia dan warga sekolah, biarlah bersaing secara sihat kan. Anugerah diterima oleh Pengetua SMK lajau, Sahar Misron mewakili warga guru, staf dan murid sekolah ini.

Penghargaan kepada 10 panitia akan mendorong panitia lain meningkat kepada pencapaian kuantiti 100% dalam peperiksaan tahun 2009 ini. Beberapa ketua panitia turut hadir, termasuk Cg Cheng, Cg Humaida...Tahniah kepada semua panitia yang mendapat anugerah. Susulannya majlis penyampaian kepada ketua panitia akan disampaikan dalam Perhimpunan Mingguan pada 27 April 2009.

Sunday, April 19, 2009

PENUTUPAN PPDa 18 April 2009 dan PERKHEMAHAN KADET BOMBA DI SM TEKINIK LABUAN pada 19 APRIL 2009

Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba Sekolah Menengah W.P Labuan petang ini 19 April 2009, di Dewan SM Teknik Labuan, yang disempurnakan Pengarah Pelajaran Labuan, Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof. Hadir sama Pengarah Bomba dan Penyelamat Labuan.

Peserta perempuan dari SMK Lajau muncul peserta TERBAIK wanita. Tahniah daripada Pengetua dan seluruh warga SMK Lajau, memang anak didik SMK Lajau BOLEH. Teruskan kecemerlangan kalian.

Pagi semalam upacara Penutupan PPDa di sekolah yang sama, Pasukan Nasyid SMK Lajau mendapat tempat ketiga, di belakang SMK Labuan dan SM Teknik. Hebat memang kalian ini, AMIN!

Meskipun Pengetua tidak dapat hadir dalam kedua-dua majlis tersebut kerana menghadiri Mesyuarat Agung PERWILA (Persatuan Penulis W.P Labuan) tetapi pengetua tetap "bersama" kalian, untuk memberikan semangat, juga doa dan harapan. Syukur juga Pengetua mengekalkan jawatan Ketua 2 PERWILA tanpa bertanding. Bolehlah layari blog PERWILA.

Wednesday, April 15, 2009

PERJUMPAAN KETUA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI LABUAN DENGAN PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH

Ketua JNJK Labuan yang baru Tuan Haji Jumali bin Hj. Sidek bertemu dengan pentadbir sekolah menengah Labuan di Aras 8 Ujana Kewangan hari ini, 15 April 2009 dalam suasana mesra tetapi profesional, dengan taklimat Pegawai Nazir Sabah Puan Lee Li Leng yang mempromosikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Hampir semua pengetua, penolong-penolong kanan dan guru kanan mata pelajaran sekolah menengah Labuan hadir perjumpaan ini. Teruskan hubungan profesional ini tanpa rasa curiga....

ALAHAI KALAH LAGI PASUKAN BOLA SMK LAJAU

Kalah lagi pasukan bola SMK Lajau, kali ini dengan SMK Labuan dengan 3 jaringan berbalas 5. Dua hari berturut-turut, sebelumnya kalah dengan SMK Mutiara 0 - 7, dengan Faridzul, pemain terkerdil menjaringkan penalti pula, boleh jadi icon sekolah...Memang kerdil murid ni, tapi ligat di padang, dan mewakili sekolah dalam olahraga, hingga Pengarah Pelajaran Labuan pun teruja dengan kekerdilannya, yang tidak mustahil menjadi aset olahraga dan sukan sekolah. Buktikan kecil-kecil cili padi. Kan rancangan 5 tahun SMK Lajau untuk melahirkan bintang olahraga yang menyinar di negeri dan kebangsaan? Usahakan cikgu Zamri dan rakan-rakan.

Monday, April 13, 2009

ALAHAI TEWAS TERUK PASUKAN BOLA SEPAK SMK LAJAU

Dalam perjalanan pulang, pengetua sempat bertanya kepada pemain bola sepak sekolah ini yang baru selesai bertanding............Khabarnya pasukan bola sepak SMK Lajau dibelasah teruk oleh SMK Mutiara (Sekolah Sukan) dengan 7 jaringan tanpa balas (7-0) Kata pemain terkerdil Hafizul, 3 jaringan sendiri, apa dah jadi.....Ini tentu kes kurang latihan, kan pengetua dah pesan latihan sepanjang tahun. Walau bagaimana pn mereka berjanji untuk terus bermain dan menebus kekalahan.... perlawanan seterusnya dengan SMK Labuan... Ada harapan ke? Moga kemenangan milik anda....

Thursday, April 2, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH JPN LABUAN DI TANG DYNASTY

Mesyuarat Pengurusan Sekolah JPN Labuan, diadakan di Tang Dynsty, Kota Kinabalu, Sabah dari 3-5 April 2009. Semua pengetua, guru besar serta pegawai JPN Labuan terlibat dalam mesyuarat ini. Mesyuarat dipengerusikan Pengarah Pelajaran Labuan, Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, A.M.N. Pengetua SMK Lajau,Sahar Misron hadir dalam mesyuarat ini, beliau tamat Kursus Menerajui Perubahan di Palace Hotel dari 30 Mac - 3 April 2009.