Monday, November 8, 2010

SMK LAJAU NAIB JOHAN TARIK TALI MERAKYATKAN SENI DI KML

Pasukan Tarik Tali SEMELA menjadi Naib Juara Tarik Tali dalam Program Merakyatkan Seni di KML yang dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia pada hari Sabtu 6 November 2010, pasukan SMK Lajau hanya diwakili pelajar Tingkatan 2, mengalahkan pelajar Taingkatan 6 SMK Labuan dan sekolah-sekolah lain , hanya tewas kepada pelajar Tingkatan 4, 5 zSM Teknik Labuan. TAHNIAH. Pasukan membina menara SEMELA mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada semua ahli pasukan dan guru pengiring Cg Chieng Mee King dan Cg Marlizah Abd Karim......

Monday, November 1, 2010

Panggilan Telefon Pagi

Pagi-pagi terima panggilan telefon Pemangku Pengarah Pelajaran Labuan, En Ismail Abdullah, berdebar juga bila beliau kata emergency....Rupanya seorang pegawai Jabatan Pelajaran En. Mohd Nor kemalangan di depan Petronas (yang mana pun tak pasti), isteri pegawai ini bertugas di SMK Lajau, Pn Siti Zubaidah Salleh. Semasa menjawab panggilan PK Pentadbiran dan seorang guru berada di depanku, dalam jam 645 pagi. Aku terus ke kereta, semasa itu Pn Siti sedang memberi arahan pagi kepada murid-murid, dan bersedia menyanyikan Lagu Negaraku, aku beri isyarat tunggu dulu, kerana kalau nyanyi dah tentu kena tunggu dua minit lagi. Aku perlu segera ke tempat kejadian. Dengan kelajuan terkawal, aku terus menuju lokasi, syukurlah lorong kecemasan kosong, aku menyalakan lampu kecemasan dan dapat sampai dalam masa kurang lima minit di seberang jalan Petronas Jalan Pulau Buah. Sudah ada seorang Anggota Polis dan penarik kereta, kulihat keretanya (Hilux) remuk agak teruk di bahagian hadapan, tayarnya hampir tercabut, mujurlah sebatang paip besar menghadang Pacuan 4 Roda, aku lihat airbag terkeluar, tiada pemandunya, aku dimaklumkan pemandunya telah dihantar ke hospital, tiada kesan darah di tempat duduk pemandu. Seorang yag berpakaian seragam KTAK memperkenalkan diri sebagai saudara En Ismail (Beliau menelefon En Ismail) Aku terus menghubungi Puan Siti Zubaidah, tidak diangkat....aku hubungi Pn Dona pun tidak berjawab, mungkin ada kelas, aku hubungi Pn Ang...katanya Cg Siti telah ke hospital dengan Pn Nurfiah dan Pn Jubia. Aku hubungi En Ismail beliau sudah di hospital...Aku mengambil beg hitam dan mengambil dokumen-dokumen dari Hilux. Aku terus uruskan untuk kenderaan ditarik selepas Sarjan Amir selesai mengukur dan mengambil gambar lokasi, kenderaan perlu ditarik kerana melintang di sebelah jalan....Aku mengambil butiran pemandu kereta tarik dan juga seorang lelaki yang menjadi saksi utama kemalangan, En Harry yang mengatakan bahawa semasa kemalangan pemandu tidak sedar, hinggalah sampai di hospital...Syukurlah tada kecederaan walaupun kenderaan agak teruk di bahagian hadapan, airbag dengan izin Allah menjadi penyelamat, juga paip air besar di tepi jalan sebagai penahan. Aku ditemani Pengetua SMK Pantai En Yusup yang sempat kutelefon dan En Erwin (bekas stafku) yang kini di JPN Labuan yang kebetulan lalu di temat kejadian.

Aku dan En Yusup ke hospital melihat keadaan En Mohd Nor, keadaannya agak lemah dan mungkin dalam keadaan masih terkejut, aku serahkan barangan kepada isterinya Cg Siti Zubaidah. Syukurlah En Mohd Nor selamat hanya calar sedikit di siku kanannya...

Panggilan pagi kadangkala amat memeranjatkan kita tetapi kita kena tenang menghadapi sebarang kemungkinan....