Thursday, June 25, 2009

SMK LAJAU NO 3, "COOKING WITH NATURE" PERINGKAT LABUAN

Berita terkini, belum rasmi: SMK Lajau no 3 Pertandingan "Cooking With Nature" peringkat W.P Labuan, johan SM Sains Labuan dan no 2 SMK Mutiara Labuan. Pertandingan dalam siri Karnival Sains Peringkat Labuan 2009 yang berlangsung di SMK Mutiara. Tahniah kepada "pemasak-pemasak" SMK Lajau.

Saturday, June 20, 2009

PASUKAN NASYID SMK LAJAU NO 3 PERINGKAT NEGERI Pasukan KRS No. 6 Kebangsaan

Pasukan Nasyid SMK Lajau mendapat tempat ke-3 pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Labuan yang berlangsung di Taman Damai Labuan. Tahniah kepada pasukan nasyid dan guru pengiring Ustaz Ramizu Osman.Terima kasih juga kepada Sdr. Wirdayanah yang membimbing pasukan ini, beliau ialah AJK ALUMNI sekolah ini, bekas pelajar SMK Lajau yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Memang SMK Lajau boleh..... boleh menang jika mahu! Boleh kan?...Teruskan menang.

Berita terkini, Pasukan KRS SMK Lajau meraih hadiah ke-6 Ketua Pelatun Terbaik daripada 16 pasukan mengambil bahagian. Terima kasih kepada guru pembimbing Cg Hjh Jubia, Cg Anizah, Cg Kartini, Cg Vera Biusing, Cg Khairunnisak, dan rakan guru yang lain.... Tidaklah "kilar" kan.... no 6 kebangsaan ok lah tu....

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK LAJAU DI UK

Hari Anugerah Cemerlang PMR, SPM, STPM SMK Lajau diadakan di Bilik Reflessia, Ujana Kewangan (UK) Labuan, disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, Pengarah Pelajaran W.P Labuan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan tentang budaya kasih sayang antara guru, murid, ibu bapa akan membawa kecemerlangan kepada murid, kerana hubungan baik memudahkan proses pembelajaran. Beliau yakin SMK Lajau akan terus cemerlang pada masa akan datang setanding dengan sekolah-sekolah lain di Labuan.

Dalam ucapan Alu-aluan pula Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron menjanjikan RM300.00 kepada mana-mana pelajar yang mendapat semua A dalam PMR,SPM, dan STPM tahun 2009 dan seterusnya. Tahun hadapan dicadangkan program pengiktirafan ini diadakan di lokasi lebih besar supaya semua pelajar dan ibu bapa akan dapat hadir.

Hari Anugerah ini dihadiri para pengetua, para guru besar, AJK PIBG, ibu bapa pelajar serta pelajar cemerlang dan wakil setiap tingkatan bagi menyemarakkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam tahun 2009 nanti.

Wednesday, June 17, 2009

AL-FATIHAH: CIKGU NORMADIAH YUSOFF KEMBALI KE RAHMATULLAH

Cikgu Normadiah Yusoff, pegawai di Jabatan Pelajaran Labuan, yang mengidap kanser telah meninggal dunia di Hospital Labuan jam 1235 malam tadi, kita sedekahkan Fatihah kepada rohnya. Jenazahnya disemadikan di Kg. Belukut, Labuan pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.

PASUKAN ROBOTIK SMK LAJAU NAIB JOHAN PERINGKAT LABUAN

Pasukan Robotik SMK Lajau menang Naib Johan "National Robotics Competition" Pertandingan Peingkat W.P Labuan bagi kategori menengah atas "Robot Energizing" serta tempat ke-4, ke-5,ke-6, dan ke-8 kategori "Robot Planting" menengah rendah... Banyak dapat hadiah kan, asyik sebut SMK Lajau, SMK Lajau... sahaja, walaupun kecil tapi banyak kali disebut kan.?.... Tahniah kepada murid yang mewakili sekolah ini. Tahniah juga kepada dua guru pembimbing Cikgu dan Cikgu Ang Bee Uan dan Cikgu Chieng Mee King. Kami juga bangga anak Cikgu Ang menang Johan walaupun mewakili SM St Anthony. Tahniah kepada mereka......

Kemenangan ini juga hadiah kepada pengetua SMK Lajau, Sahar Misron yang menyambut ulang tahun ketiga bertugas di sekolah ini semalam, 16 Jun 2009. Beliau hadir memberi sokongan moral kepada murid dan guru pembimbing.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Labuan, Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof. Turut hadir pengetua serta guru besar seluruh Labuan. Pertandingan diadakan di Dewan Mutiara SM Sains, Labuan anjuran Syarikat SASBADI dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga lebih menyerlah pada masa akan datang....SEMELA TERBAIK!

Monday, June 15, 2009

TIGA TAHUN SAHAR MISRON PENGETUA SMK LAJAU

Hari ini 16 Jun 2009, genap tiga tahun Sahar Misron, menerajui SMK Lajau, Labuan. Pastinya pelbagai kenangan pahit manis, suka duka, masam manis, dan seumpamanya bagi menjadikan SMK Lajau sebuah sekolah terbaik di W.P Labuan. Begitu cepat masa berlalu. Kepada semua warga SMK Lajau, hasrat yang satu telah, sedang dan akan terus digembleng ke arah menjadikan murid sekolah ini berdaya saing, berdaya maju, tahan menghadapi cabaran dan rintangan, tidak jemu belajar, tidak jemu mendisiplinkan diri, tidak mudah berputus-asa dengan semangat kerjasama penuh ikhlas dan kejujuran tanpa jemu warga guru/staf mendidik murid hanya Allah sahaja yang membalasnya. Terima kasih semua.......

Mulai hari ini juga satu pendekatan baru mendisiplinkan murid mula dilaksanakan iaitu pelaksanaan "kupon saman" kesalahan disiplin murid dilancarkan dengan rasminya. Semoga pelaksanaannya akan lebih memantapkan disiplin dan sahsiah serta ketrampilan murid sekolah ini, perlu dilaksanakan dengan ikhlas bukan bertujuan mencari kesalahan murid tetapi dengan niat menjadikan murid sekolah ini mempunyai sahsiah dan disiplin yang tinggi dan sedia berubah!

KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH

Sudah dua minggu bercuti, hari ini semua pelajar SMK Lajau kembali bersekolah seperti biasa. Malangnya perhimpunan rasmi mingguan terpaksa dibatalkan kerana hujan tiba-tiba, semua pelajar masuk ke kelas dengan guru tingkatan masing-masing. Semoga semua murid sudah puas bercuti dan sekarang tiba masa untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran pula, tak lama lagi PMR, SPM, STPM pula kan, tak lama masa cepat berlalu.

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron sempat bercuti selama seminggu. Terima kasih kepada semua penolong kanan dan ketua bidang yang bergilir-gilir menjalankan sementara tugas pengetua. Syukurlah semua sempat bercuti kan? Guru yang bersalin pula sudah kembali bertugas kembali, dan guru ganti terpaksa menamatkan tugas mereka.... ada rezeki sambung lagi. Terima kasih kepada mereka....Cikgu Mizbah dan Cikgu Hamimah...

Petang pertama bertugas semula, pengetua menghadiri Taklimat Infoblast oleh pihak TM, Puan Judith....pada sebelah petang. Ustaz Ramizu pula sempat memaklumkan dua murid kemalangan di jalan raya ..... Kepada semua murid pastikan tidak menunggang motosikal atau memandu kereta tanpa lesen, kan pengetua sudah ingatkan sebelum cuti tempohari... biarlah bersusah payah sedikit, berjalan kaki atau menaiki bas, keselamatan perlu diutamakan...Kepada ibu bapa pelajar/penjaga pelajar SMK Lajau pastikan anak-anak yang tidak berlesen tidak memandu kenderaan....demi keselamatan anak-anak kita....

Selamat belajar semula pelajar SMK Lajau, selamat mengajar/mendidik kepada semua guru SMK Lajau.

Kepada ahli KRS sekolah ini yang akan bertolak ke Negeri Sembilan Khamis ini, teruskan latihan, semoga berjaya di peringkat kebangsaan, minta restu guru dan ibu bapa ya....Kami warga sekolah mendoakan kejayaan kalian.