Saturday, June 20, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK LAJAU DI UK

Hari Anugerah Cemerlang PMR, SPM, STPM SMK Lajau diadakan di Bilik Reflessia, Ujana Kewangan (UK) Labuan, disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, Pengarah Pelajaran W.P Labuan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan tentang budaya kasih sayang antara guru, murid, ibu bapa akan membawa kecemerlangan kepada murid, kerana hubungan baik memudahkan proses pembelajaran. Beliau yakin SMK Lajau akan terus cemerlang pada masa akan datang setanding dengan sekolah-sekolah lain di Labuan.

Dalam ucapan Alu-aluan pula Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron menjanjikan RM300.00 kepada mana-mana pelajar yang mendapat semua A dalam PMR,SPM, dan STPM tahun 2009 dan seterusnya. Tahun hadapan dicadangkan program pengiktirafan ini diadakan di lokasi lebih besar supaya semua pelajar dan ibu bapa akan dapat hadir.

Hari Anugerah ini dihadiri para pengetua, para guru besar, AJK PIBG, ibu bapa pelajar serta pelajar cemerlang dan wakil setiap tingkatan bagi menyemarakkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam tahun 2009 nanti.

5 comments:

Jajaa ! said...

cikgu .
x der gambar ker ?

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Gambarnya kemudian kerana kamera ada pada Ustaz Zahari.... Sabar ya...

Jajaa ! said...

ohh okeyy .
sbb gmbr sya ada .
tpi tidak byk (:

Anonymous said...

knp x rm500 klu dpt smua A???pljr susah2 perah otak smpai putus wyr kpala XD

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Terima kasih atas komen-komen ya....akan sampai RM500.00 malah mungkin lebih, ada peringkatnya.. kan dulu mula RM200.00, untuk tahun 2009 RM300, tahun 2010 mungkin melonjak
RM500.00, seterusnya RM1000.00 seorang, sabar ya...ada hadiah lain juga......Ambil peluang ya pelajar SMK lajau yang dikasihi..