Friday, December 26, 2008

DEBARAN PMR KIAN TERASA

PMR akan diumumkan pada 30 Disember 2008. Semua calon PMR SMK Lajau boleh mengambil slip keputusan pada hari tersebut mulai jam 12.00 tengah hari. Sila pastikan anda tidak berhutang dengan pihak sekolah,dan buku SPBT telah dikembalikan untuk membolehkan slip diambil, jika tidak keputusan lisan sahaja dikeluarkan. Juga pastikan anda berpakaian kemas, berkasut (selipar Jepun/ selipar ke pasar dilarang), bagi murid lelaki berambut pendek, murid perempuan beragama Islam bertudung ya, sila berpakaian kemas sekemas-kemasnya.

Sama-sama berdoa ada peningkatan dalam PMR seperti yang kita.... guru, murid, dan ibu bapa harapkan....

Ingat pesanan Pengetua, dan Pengetua kata...... straight "A" akan mendapat RM150.00.... tak mahu ke?... Calon SPM dan STPM pun sama, tunggu ya...

Tuesday, December 23, 2008

PEJABAT SMK LAJAU SUNYI SEPI PADA HUJUNG TAHUN

Keadaan pejabat sekolah SMK Lajau seminggu dua ini sunyi sepi kerana semua guru bercuti. Hanya Pengetua, Sahar Misron,Penolong Kanan Kokurikulum, Rayini Yusof, Pembantu Tadbir, Azahari Abd. Rahman, Pembantu Am Pejabat, Norhasrina Musa, dan Pembantu Makmal, Awang Kadir yang bertugas minggu ini.

Kepada warg guru dan staf yang lain, selamat becuti dan selamat menyambut Hari Krismas lusa...Khususnya Cikgu Dona, Cikgu Felecia, Cikgu Winnie, Puan Anggie, Cikgu Polorin, Cikgu Vera Biusing, dan yang lainnya.....

SELAMAT DATANG GURU BARU KE SMK LAJAU, SELAMAT BERTUKAR CIKGU NOOR IRNI, CIKGU JUMAH DAN CIKGU NURAIZA

Selamat datang ke SMK Lajau kepada Puan Humaida bt Mohd. Ujang, guru baru yang telah melapor diri dengan Pengetua SEMELA untuk mula bertugas di sekolah inipada petang ini, 23 Disember 2009. Semoga kehadiran cikgu akan memantapkan lagi setiakawan dan setiawarga SMK Lajau untuk menjadikan sekolah ini sekolah terbaik bukan sahaja di Labuan malah di Malysia. Semoga kedatangn Puan Humaida diterima dan disenangi seluruh warga guru, staf dan murid sekolah ini. Mari bersama-sama berganding bahu dengan seluruh warga memajukan sekolah ini.

Jangan lupa kepada Puan Humaida dan warga guru lain menghadiri Mesyuarat Profesional Guru Bil. 1/2009 pada 31 Disember 2009, bermula jam 8.30 pagi.....

Kepada Puan Noor Irni Ishak, selamat bertukar ke Perak, semoga terus cemerlang di sekolah baru.... Cikgu Jumah ke SM St. Anthony dan Cikgu Nuraiza ke SM Mutiara. Selamat bertukar, datanglah jenguk ke SEMELA ....Seluruh warga SMK Lajau mendoakan kesejahteraan Cikgu-cikgu seluruh keluarga.

Saturday, November 22, 2008

BERITA KEJAYAAN SMK LAJAU DALAM AKHBAR SABAH TIMES DAN BERITA LABUAN FM

Berita tentang penerimaan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan oleh SMK Lajau tersiar dalam Akhbar Sabah Times 22 November 2008, juga tersiar dalam berita Labuan FM pada hari yang sama. Semoga berita ini sebagai promosi kepada SMK Lajau agar lebih cemerlang pada masa akan datang. Tempat kedua dengan hadiah RM15,000.00 serta tropi dan sijil adalah penghargaan kepada seluruh warga SMK Lajau atas kejayaan bersama ini

Wednesday, November 19, 2008

PENGETUA, PK DAN KB MENGHADIRI KURUS PROD

Pengetua, PK, dan KB SMK Lajau menghadiri Kursus ProD, bersama dengan pengetua, dan guru besar seluruh Labuan di Tingkat 8 Ujana Kewangan Labuan pada 17 dan 18 November 2008. Taklimat disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Mary Yap Kain Ching,mengupas tentang 360 Degree Leader dan 5 Hierarki Kepimpinan. Ceramah diselang-seli dengan bengkel amat menarik peserta.Pengarah Pelajaran Labuan Yang Bhg. Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof turut hadir. Fasa 2 dan 3 dijangka menyusul

Monday, November 3, 2008

JAMUAN AKHIR GURU DAN STAF SMK LAJAU 7 NOVEMBER 2008

Kelab Guru dan Staf SMK Lajau akan mengadakan Majlis Makan Malam Akhir Tahun di Hotel Grand Dorsett Labuan pada 7 November 2008, jam 7.30 malam. Pelbagai acara menarik telah diaturkan.....

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LAJAU 7 NOVEMBER 2008

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lajau Berhad akan diadakan pada jam 8.00 pagi 7 November (Jumaat), mesyuarat akan dihadiri semua murid SMK Lajau yang merupakan ahli koperasi.

PENGETUA SMK LAJAU, KB KEMANUSIAAN DAN PEMBANTU TADBIR SMK LAJAU HADIR HARI KUALITI KPM




Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron, KB Kemanusiaan Hamka Mat Daud serta Pembantu Tadbir Azahari Abd. Rahman menghadiri Hari Kualiti KPM di Pusat Pameran MARDI di Serdang untuk mewakili warga SMK Lajau bagi menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Kategori Sekolah Harian Sabah dan W.P Labuan pada pagi ini 4 November 2008, dengan meraih tempat kedua, mendapat hadiah bernilai RM15,000.00. Johan SMK Merpati, Sandakan dan tempat ketiga SMK Sukau, Kinabatangan, Sabah.

Petang semalam mereka menghadiri Raptai Hari Kualiti di Dewan D Pusat Pameran berkenaan.

Tahniah kepada seluruh warga sekolah yang bersama-sama memastikan SMK Lajau meraih hadiah terbesar Tahun 2008 ini. Warga sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof,yang mencalonkan sekolah serta Haji Mohd. Hamka Hj. Hamzah, Puan Rohana Khalid yang memberi bimbingan dan cabaran kepada pengurusan sekolah

Friday, October 31, 2008

SMK LAJAU NAIB JOHAN PENGURUSAN KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM

SMK Lajau meraih tempat kedua Anugerah Gemilang Pengurusan Kokurikulum Badan Beruniform menerusi Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dalam Majlis Anugerah Gemilang di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof. Majlis berlangsung petang ini, 31 Oktober 2008.

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron hadir bersama dengan rakan pengetua dan guru besar serta penolong kokurikulum, pegawai JPN serta ibu bapa murid.

Tahniah pasukan KRS SMK Lajau... "indak kilar ya"...

Al-FATHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH ISTERI DATO' SUHAILI, MANTAN YB AHLI PARLIMEN W.P LABUAN

Warga SMK Lajau mengucapkan takziah kepada mantan YB Ahli Parlimen WP Labuan Dato Suhaili Abd. Rahman yang kehilangan isteri beliau yang meninggal dunia baru-baru ini.Kami sedekahkan Al-Fatihah untuk isteri Y. Bhg. Dato', semoga rohnya dicucuri rahmat.

TAHNIAH PENGARAH PELAJARAN W.P LABUAN

Warga SMK Lajau merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Pelajaran, Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof yang menerima kenaikan pangkat ke Gred DG52, mudah-mudahan cepat pula ke Gred DG54, kami seluruh warga SMK Lajau mendoakan kejayaan tuan.

Warga sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Pengarah atas anugerah bintang A.M.N baru-baru ini, kami menumpang gembira.....Semoga terus cemerlang

SMK LAJAU MENERIMA ANUGERAH SEMPENA HARI KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN

Pengtetua SMK Lajau, Sahar Misron serta Hamka Mat Daud, Ketua Bidang Kemanusiaan serta Azahari Abd. Rahman, Pembantu Tadbir SMK Lajau akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pagi minggu ini untuk menghadiri Hari Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerima anugerah yang akan diumumkan pada 4 Oktober 2008.

Anugerah yang akan diumumkan kelak merupakan hadiah untuk seluruh warga SMK Lajau untuk tahun bersejarah, 2008 ini. Kita tunggu apakah anugerah yang akan kita terima kelak.

Tahniah kepada seluruh warga SMK Lajau, yakinlah kepada visi sekolah "SMK Lajau Terbaik Tahu 2010" untuk kita capai.

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH PERINGKAT LABUAN

Pengetua SMK Lajau serta semua pengetua, guru besar dan pegawai Jabatan Pelajaran W.P Labuan bermesyuarat Pengurusan Sekolah di Hotel Beverley, Kota Kinabalu, Sabah dari 26 - 28 Oktober 2008. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof.

Mesyuarat berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Banyak keputusan berkaitan pengurusan sekolah membantu pengetua dan guru besar dalam mengurus sekolah.

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron membentangkan perkongsian dengan tajuk "e-majalah" iaitu penerbitan majalah sekolah "SEMELA" dalam bentuk digital. Pengarah meminta semua sekolah untuk menerbitkan majalah sekolah dalam bentuk digital mulai tahun hadapan.

Sunday, October 12, 2008

PROGRAM RIMUP DAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA SMK LAJAU

Program RIMUP serta Rumah terbuka Hari Raya SMK Lajau akan diadakan pada 20 Oktober 2008. Selain murid SMK Lajau, program ini juga akan melibatkan murid SMK Pantai dan SM Teknik. Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof akan merasmikan penutupan program ini pada jam 130 petang 20 Oktober nanti. Semua pengetua dan guru besar seluruh Labuan juga dijemput hadir.

Pada hari berkenaan semua warga SMK Lajau bolehlah berpakaian raya lengkap..... berbaju Melayu, bersongkok, bersamping.... ceria-ceriakan raya anda....

SEMOGA CEMERLANG CALON PMR SMK LAJAU

Hari ini bermula PMR Tahun 2008, yang akan berlangsung sehingga 17 Oktober 2008. Setulus doa daripada Pengetua serta warga guru, staf, dan murid SMK Lajau kepada semua calon PMR sekolah ini. Semoga semua calon PMR ini akan beroleh kecemerlangan, mudah-mudahan semua lulus semua subjek PMR. Kepada mereka, jaga kesihatan, jaga keselamatan diri, jaga disiplin dan jawab dengan berhati-hati....Moga berjaya.

Wednesday, October 1, 2008

AKTIVITI SEBELUM DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI SMK LAJAU

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SMK Lajau yang beragama Islam. Sempena hari raya tahun ini beberapa aktiviti dilaksanakan oleh warga sekolah. Antaranya, pada hari Isnin 29 September, 2008 beberapa orang guru termasuk pengetetua sekolah bersama-sama membakar lemang yang disediakan bersama. Amacam ok ke lemang teman-teman? Aktiviti ini dirancang oleh Kelab Guru dan Staf SMK Lajau.

Pada malam Hari Raya pula sekumpulan pelajar seramai 11 orang diketuai oleh Ustaz Ramizu Osman mengadakan takbir dari rumah ke rumah termasuk rumah pengetua, Encik Sahar Misron, rumah Cikgu Jubia, Ustaz Aminudin, Ustaz Ramizu, Cikgu Nor Asiah, Cikgu Norsiah. Harap aktiviti seperti ini diperluaskan lagi pada tahun hadapan. Tahniah ustaz Ramizu Apa kata warga SEMELA mengadakan korban lembu/kambing pada Hari Raya Aidil Adha tahun hadapan? Bolehkan?....

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang beragama Islam, tetapi kepada calon PMR, SPM dan STPM raya sikit-sikit sahaja.

Friday, September 26, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1429, maaf zahir batin. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bercuti raya dab jangan lupa kepada calon PMR, SPM, dan STPM buat juga persediaan peperiksaan.

Jangan lupa raya ini datang ke Rumah Terbuka Pengetua SMK Lajau,Encik Sahar bin Misron di alamat: Lot 19, SDDS, SEC (Sabah Gas) Durian Tunjung, W.P Labuan pada
4 Oktober 2008 (Sabtu) dari jam 1100 pagi hingga jam 400 petang,
kalau tak sempat malam pun boleh ya....

Tuesday, September 16, 2008

SMK LAJAU MENERIMA ANUGERAH PENGISIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

SMK Lajau menerima Anugerah Pengisian Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2008, yang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Labuan di Tingkat 8 UK petang ini dalam majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Labuan. Tahniah kepada seluruh warga SMK Lajau, jasamu diiktiraf Pengarah Pelajaran. Tahun 2009 lagi hebat....

Sunday, September 14, 2008

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMK LAJAU

Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Lajau berlangsung mulai 16 Ogos hingga 16 September 2008 dengan pelbagai aktiviti seperti perasmian bulan kemerdekaan, pembacaan perutusan AGUNG, YB Menteri Pelajaran, KPPM, aktivitinya seperti kuiz sejarah, bicara tokoh (Tuan Haji Alias Hussein, Ketua Kg. Lubok Temiang, bekas tentera) nyanyian lagu patriotik,dan banyak lagi. Penutupan bulan kemerdekaan pada 16 September 2008.




PENGETUA SMK LAJAU HADIR GOTONG-ROYONG DAN MAJLIS IHYA RAMADHAN DI PUSAT KOKURIKULUM

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron hadir gotong-royong Program Ihya Ramadhan yang diadakan di Pusat Kokurikulum W.P Labuan di Kg. Ganggarak pada hari Ahad 14 September 2008 mulai jam 8.00 pagi. Majlis tersebut yang diadakan pada waktu berbuka puasa petang minggu lalu dihadiri oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof serta isteri. Antara pengetua yang hadir ialah Pengetua SM Sains Labuan dan Pengetua SMK Labuan serta pegawai JPN dan guru-guru agama Islam Labuan. Pelajar yang terlibat berkampung di pusat ini sejak 12 September 2008 lagi dan berakhir 14 September 2008.

Wednesday, September 3, 2008

MESYUARAT PKPSM 1/2008

Mesyuarat PKPSM Cawangan W.P Labuan diadakan di SM St. Anthony, petang ini 3 September 2008, dipengerusikan oleh Timbalan YDP En. Yusup Hj. Mohamad, Pengetua SMK Pantai. Pengetua SMK Lajau, En. Sahar Misron, Pengetua SM St. Anthony, Pengetua SMK Labuan En. Ammar Che Soh, Pengetua SM Teknik, Puan Hajah Siti Musliha Liudin dan Pengetua SM Taman Perumahan Bedaun, Puan Hajah Rosni Wahab hadir. Pengetua SM Sains Labuan dan Pengetua SMK Mutiara tidak hadir kerana tugas luar Labuan.

Thursday, August 28, 2008

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WARGA SMK LAJAU

Satu Kursus Pengurusan Jenazah untuk warga SMK Lajau akan diadakan pada pagi 30 Ogos 2008 di Dataran Gemilang SMK Lajau. Seluruh warga SMK Lajau dijemput menghadiri kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, pengalaman, kemahiran untuk menguruskan jenazah. Penceramah berpengalaman akan membimbing peserta kursus ini. Beberapa orang murid akan turut menyertai kursus ini.

Sunday, August 24, 2008

PENGETUA SMK LAJAU MENGHADIRI SEMINAR CEGAH JENAYAH DI LANGKAWI

Pengetua SMK Lajau bersama guru besar SK Pekan 1 dan guru besar SK Sg. Bedaun menghadiri Seminar Pencegahan Jenayah di Langkawi dari 24 hingga 28 Ogos 2008. Selamat bersemiar.

Monday, August 18, 2008

MURID-MURID TERCINTA SMK LAJAU

Cuti sekolah diharapkan tidak lupa untuk mengulang kaji setiap hari. Anggaplah belajar itu sesuatu yang menyeronokkan, barulah mudah segala maklumat dan ilmu menyerap di minda dan dapat diingati dalam tempoh yang lama.

Belajar juga perjuangan yang menuntut pengorbanan..... gunakan peluang alam persekolahan untuk membina jati diri yang kukuh sebagai persediaan menjalani hidup akan datang yang lebih mencabar.

PENGETUA SMK LAJAU HADIR PERHIMPUNAN BULANAN BOMBA LABUAN

Pengetua SMK Lajau sempat hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba Labuan, yang disekalikan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada anggota bomba yang menang pertandingan. Turut hadir pengetua SMK Labuan. kehadirab Pengetua SMK Lajau dan SMK Labuan mengeratkan perhubungan dengan anggota bomba Labuan dan berkenalan dengan pengarahnya yang baru Tuan Azizan yang baru sebulan bertukar ke W.P Labuan.

Sunday, August 17, 2008

PASUKAN KOMPANG FORMASI SMK LAJAU NAIB JOHAN PERTANDINGAN DI UMS KAL

Pasukan Kompang SMK Lajau petang semalam meneruskan langkah cemerlang apabila muncul Naib Juara dalam Pertandingan Kompang Sempena KONVO UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan meraih wang tunai RM600.00 serta sijil...Johan Pasukan Kompang Tunas Budaya SK Sg. Bedaun yang menggondol RM800.00. Pasukan Kompang SMK Lajau dalam latihan pesat ke pertandingan kebangsaan di Negeri Sembilan pada 23 Ogos 2008 nanti bersama pasukan SK Sg Bedaun.

Tahniah kepada 16 hero SEMELA serta pembimbingnya semalam Ustaz Ramizu Osman dan Puan Jumah Ismail. Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron sekeluarga turut memberi sokongan moral di UMS KAL petang semalam. Pertandingan semalam adalah untuk memanaskan badan sebelum ke Negeri Sembilan.

Tahniah daripada seluruh warga SMK Lajau.

SELAMAT BERCUTI WARGA MURID DAN GURU SMK LAJAU

Selamat bercuti warga murid dan guru SMK Lajau mulai 18 hingga 24 Ogos 2008. Cikgu-cikgu rehat-rehatkan minda, manakala murid-murid tersayang buatlah ulang kaji untuk persediaan peperiksaan dalaman sekolah, PMR, SPM, STPM.... Semoga ceria selalu

Wednesday, August 6, 2008

PENILAIAN ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN KEWANGAN DA PERAKAUNAN ZON SABAH/W.P LABUAN 2008

Panel penghakiman dari Bahagian Audit Dalam KPM dan Bahagian Kewangan KPM untuk Anugerah Pengurusan Kewangan dan Perakaunan membuat penilaian anugerah pada 5 Ogos 2008 di SMK Lajau. Sekolah ini sebuah sekolah yang dicalonkan dari W.P Labuan, bersama 6 lagi sekolah menengah di Sabah. Seluruh warga SMK Lajau berterima kasih kepada panel yang menghakiminya, kalah menang adat bertanding. Semoga kejayaan SMK Lajau kelak menaikkan semangat seluruh warga untuk memajukan sekolah ini. Sama-sama kita doakan.

KEM MATEMATIK DAN SAINS SMK LAJAU MERIAH

Kem Matematik dan Sains SMK Lajau yang berlangsung di Dewan Mini dan dataran Gemilang sekolah ini pada 2 dan 3 Ogos agak meriah, dengan menghimpunkan warga guru khususnya panitia berkenaan dan warga murid Tingkatan 3 dan 5, dengan penyertaan 50 0rang murid dengan pelbagai aktiviti yang amat menyeronokkan. Perasmian penutupan pada petang Ahad disempurnakan oleh Pengetua SEMELA, Encik Sahar bin Misron. tahniah dan terima kasih seluruh warga SEMELA.

Saturday, July 26, 2008

GALERI PEMBELAJARAN SEMELA DALAM PEMBINAAN

Sebuah Galeri Pembelajaran sedang dalam pembinaan di SMK Lajau, dijangka siap dalam tempoh dua bulan. Galeri ini berukuran 60 kali 20 kaki bakal menempatkan maklumat tentang sekolah dan warganya serta maklumat pendidikan berguna untuk dimanfaatkan bagi menjadikan warga SMK Lajau terus cemerlang dan terbaik.

Kita tunggu galeri ini siap nanti.....

Cuba cadangkan nama galeri ini....

PENGETUA SMK LAJAU BERSIDANG DI JOHOR BAHRU

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron akan menghadiri persidangan Pengetua Kebangsaan di Hotel Zon Regency Johor Bahru dari 28 Julai hingga 31 Julai 2008, bersama-sama tiga lagi pengetua dari W.P Labuan iaitu Tuan Haji Ali Deros, En. Jirim Toysim dan En. Ammar Che Soh. Semoga hasil persidangan itu nanti akan dapat digunakan untuk memantapkan lagi pengurusan sekolah ini demi anak-anak SMK Lajau.

Kepada warga SMK Lajau yang ditinggalkan sementara oleh Pengetua, teruskan minggu ujian kalian sepanjang minggu hadapan. Patuhi segala arahan Puan Dona Undoh, Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum yang menjalankan sementara tugas pengetua SEMELA. Kepada semua warga guru dan staf, kewajipan dan tanggungjawab yang dilaksanakan amat dihargai dan mohon direstui Ilahi.

KEBITARAAN SMK LAJAU DALAM PIDATO TERSERLAH

Kebitaraan SMK Lajau dalam pidato kian menyerlah,langkahan cemerlang ke arah menjadikan sekolah ini medan melahirkan pemidato-pemidato hebat terbukti lagi. Setelah kejayaan pidato LHDN baru-baru ini, Pagi ini seorang lagi pelajar Tingkatan 6 SMK Lajau iaitu Nurul Azlyanah bt Yahya dari Tingkatan 6 Rendah pengajian Perniagaan, menjulang juara Pidato Permodalan Nasional Berhad(PNB) yang berlangsung di SMK Pantai. Tahniah kepada pelajar ini serta guru pembimbingnya Puan Siti Sarini Yunos.

Tahniah daripada seluruh warga SMK Lajau atas kejayaanmu.

Ayuh warga murid dan guru SMK Lajau teruskan langkah cemerlang kalian, kerana setiap individu di SMK Lajau mempunyai keistimewaan tersendiri.

HARI ANUGERAH CEMERLANG MERIAH

Hari Anugerah Ceerlang (HAC) SMK Lajau yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Rncik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof di dataran Grmilang berlangsung meriah pagi tadi. Turut hadir Pengetua SM St. Anne,Puan Chan Kwai Fong, Pengetua SM St. Anthony Encik Jirim Toysim, Pengetua SM Teknik Labuan Puan Siti Musliha bt Liaudin dan Pengetua SMK Labuan Encik Ammar Che Soh. PIBG diwakili oleh YDP Puan Hajah Hasnah bt Sambas. Para ibu bapa turut hadir meraikan kejayaan anak masing-masing, walaupun terdapat sebilangan bekas pelajar STPM tahun lalu yang tidak dapat bersama kerana melanjutkan pelajaran di universiti, ibu bapa mengambil hadiah bagi pihak anak masing-masing.

Dalam ucapan Alu-m aluan Pengetua SMK Lajau yakin murid SMK Lajau mampu bersaing untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang. Pengarah Pelajaran juga amat yakin SMK Lajau boleh menjadi sekolah cemerlang, yang nanti akan melahirkan insan berguna dan para pemimpin pada masa akan datang.

Para hadirin dihuburkan dengan tarian sembah tamu, deklamasi puisi tentang dadah, pertunjukan pakaian beragam, hasil jahitan murid Rekaan Jahitan Pakaian, dan persembahan pancaragam oleh murid SMK Lajau yang berbakat besar dalam muzik.

Terima kasih kepada seluruh warga guru, staf dan murid SMK Lajau yang berhempas-pulas membuat persediaan menjayakan majlis, terima kasih kepada mereka yang hadir.

Friday, July 25, 2008

MURID SMK LAJAU BERBAKAT MUZIK

Petang tadi kelihatan murid-murid SMK Lajau menunjukkan bakat bermain alat-alat muzik dan menyanyi untuk persiapan Hari Anugerah Cemerlang pagi esok 26 Julai 2008. Alangkah gembiranya kalau bakat-bakat murid tu tukar sikit ke arah pencapaian prestasi akademik, tentu SMK Lajau "meletup" seperti yang dihasratkan oleh para guru dan ibu bapa...

Kadang-kadang tak sangka murid yang agak "lemah"akademik boleh menghafal banyak lagu yang susah liriknya, sebenarnya mereka berbakat dalam apa bidang kalau mahu. Nampaknya Pengetua kena merayu semula kepada Jabatan Pelajaran Labuan dan PPK agar mata pelajaran Muzik ditawarkan di sekolah ini. Juga kena buka pusat karaoke sebagai sampingan serta untuk meningkatkan keupayaan akademik mereka.

Guru-guru yang membuat persiapan pentas seperti Ustazah Rusilawati, Puan Faridah Hanum,Puan Izawaty, Puan Anizah, Puan Siti Zubaidah, Puan Dona Undoh, malah Pengetua agak sependapat murid-murid ini sebenarnya boleh berjaya dalam akademik jika mereka mahu berusaha seperti mereka berusaha bermain muzik dengan pancaragam yang hebat kelihatannya. Bagusnya mereka, apabila Azan berkumandang di Masjid Kampung Lajau mereka berhenti bermain muzik, ini yang bagusnya mereka.

Wednesday, July 23, 2008

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK LAJAU

Hari Anugerah Cemerlang SMK Lajau akan diadakan pada 26 Julai 2008, jam 800 pagi di dataran Gemilang SMK Lajau. Perasmian oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof. HAC kali ini untuk memberi pengiktirafan prestasi cemerlang dalam akademik dan sahsiah murid.

Saturday, July 19, 2008

SMK LAJAU JUARA PERTANDINGAN ROKET KATEGORI SASARAN

SMK Lajau meneruskn kecemerlangan ke arah menjadi terbaik dengan menjuarai kategori roket sasaran dalam pertandingan yang berlangsung pagi tadi. Guru pembimbing Puan Izawaty Ismail menyampaikan berita gembira itu sebentar tadi. Majlis penutupan dirasmikan oleh Ketua Sektor SPPK, Encik Ismail Abdullah di SM Sains labuan. Juara keseluruhan roket disandang SMK Pantai. Pertandingan sempena karnival sains peringkat negeri

Friday, July 18, 2008

TAKLIMAT PENYELIDIKAN

Satu taklimat tentang penyelidikan oleh Prof. Madya Dr. Zuria Mahmud dan Prof Madya Dr. Ruhizan Mohamad Yassin dari Fakulti Pendidikan UKM diadakan di Kolej matrikulasi Labuan mulai semalam 18 Julai 2008 dan akan disambung hari ini. Lima puluh guru yang dijangka akan mengikuti kursus sarjana dengan UKM mengikuti taklimat ini. Dua guru SMK lajau terlibat iaitu, Puan Siti Zubaidah Salleh dan Puan Rohainah Baniamin. Pengetua SMK Lajau Encik Sahar Misron turut hadir mewakili Koperasi Pelajaran W.P Labuan.

SMK LAJAU NAIB JOHAN MEMASAK

SMK Lajau menjadi Naib Johan Memasak "Cooking with nature" yang berlangsung di SM Sains Labuan semalam 18 Julai 2008. Johan SMK Mutiara. Tahniah kepada wakil SMK Lajau dan guru pembimbing Puan Norhasina Zainol.

Tuesday, July 15, 2008

PERKONGSIAN COACHING DAN MENTORING PUAN MARY YAP KAIN CHING

Satu sesi perkongsian pengalaman dan ilmu oleh Puan Mary yap kain Ching telah diadakan di Jabatan Pelajaran W.P Labuan dari jam 230 hingga 515 petang ini. Perkongsian ini melibatkan sembilan sekolah menengah di labuan dan sebuah sekolah rendah. Perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pengetua, guru besar dan penolong kanan 1 sekolah terlibat.

Pengarah Pelajaran W.P Labuan turut hadir dalam majlis ini.

Puan Mary Yap berkongsi pengalaman semasa menerajui sekolah sebelum bersara. Pada masa ini beliau bersama Institut Aminuddin Baki sebaai Perunding Kanan. Semoga program yang bermula pada bulan Julai dan berakhir Disember 2008 akan memberi manfaat besar menjadikan pendidikan di wilayah ini pada tahap cemerlang. Perkongsian inilah yang amat diharap-harapkan oleh warga pendidik di W.P Labuan.

Semoga terus membimbing kami.

Friday, July 11, 2008

KURSUS AHLI LEMBAGA KOPERASI

Seramai 70 orang ALK seluruh labuan menghadiri Kursus Wajib di sebuah hotel terkemuka di Labuan pada 11 dan 12 Julai 2008. Kursus disampaikan oleh dua penceramah dari Maktab Kerjasama Malaysia Kota KInabalu. Seramai 13 wakil Koperasi Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Berhad, koperasi sekolah menengah, koperasi teksi, koperasi Matrikulasi Labuan menghadiri kursus ini.

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron dilantik Penghulu Kursus, sementara Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran sebagai Timbalan Penghulu.

Selamat berkursus...... dapatkan maklumat untuk memajukan koperasi masing-masing.

SMK LAJAU PENGELOLA TARIAN PERINGKAT NEGERI

SMK Lajau menjadi Pengelola Pertandingan Tarian Peringkat W.P Labuan, yang akan dilangsungkan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan esok 12 Julai 2008. Seluruh warga SMK Lajau berganding tenaga membuat persiapan akhir petang ini, termasuk "rehearsal"

Pengarah Pelajaran W.P Labuan akan merasmikan majlis ini tengah hari esok. Dijangka hadir semua pengetua dan guru besar seluruh Labuan, para ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekolah rendah dan menengah. Pengetua SMK Lajau akan menyampaikan Ucapan Alu-aluan.

Siapakah yang akan menang esok bagi kategori sekolah rendah dan menengah. Mereka akan mempersembahkan dua kategori, tarian tradisional dan tarian etnik/rakyat..... sama-sama kita saksikannya esok. datanglah beramai-ramai.

Wednesday, July 9, 2008

DEMAM FUTSAL MELANDA SMK LAJAU

Kehangatan menjulang Naib Juara Futsal Terbuka W.P Labuan menjalar kepada aktiviti kokurikulum di Dataran Gemilang SMK Lajau. Petang ini demam Futsal menyerang murid lelaki SMK lajau, yang mana pertandingan Futsal SMK Lajau berlangsung di Dataran Gemilang. Pasukan Futsal tumbuh bagai cendawan merecup pada musim hujan. Kebetulan bulan ini ialah Bulan Kecergasan seluruh negara.

Ketika pemain Futsal lelaki bermain di gelanggang simen, murid perempuan menjadi penyokong setia. Malah siap dengan lintas langsung menerusi siaran audio sekolah. Meriah benar. Segala-galanya diurus oleh murid SEMELA, guru hanya memberi bimbingan minimum.

Semoga muncul banyak pasukan Futsal sekolah ini yang boleh bertanding dan menang ke peringkat kebangsaan, tidak mustahil ke peringkat antarabangsa kelak....Apakah pasukan Futsal sekolah ini sama gah dengan pasukan kompang sekolah yang sudah tiga tahun berturut-turut menjadi Juara Peringkat Negeri? Sama-sama kita tunggu kebangkitannya.Nanti kita tetapkan "niche area" sekolah kita, kompang? futsal atau pidato??.....

Tuesday, July 8, 2008

PERSIDANGAN PKPSM KEBANGSAAN DI JOHOR BAHRU

Pengetua SMK Lajau bersama-sama Pengetua SM Sains Labuan, SMK Labuan serta SM St. Anthony akan mewakili W.P Labuan dalam Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Malaysia di Hotel Zon Regency Johor Bahru dari 28 hingga 31 Julai ini(tarikh baru). Persidangan ini mempertemaukan wakil pengetua dari seluruh negara.

YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pelajaran dijangka hadir dalam majlis ini. Apakah ada pengumuman mengejutkan daripada YAB Perdana Menteri, khususnya tentang kebajikan pengetua-pengetua kali ini? sama-sama kita tunggu........

Monday, July 7, 2008

TUSYEN PPSMI SMK LAJAU BERMULA 7.7.2008

Tusyen PPSMI SMK Lajau yang melibatkan tiga mata pelajaran iaitu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Sains bermula semalam. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut kebolehan yang hampir setara.

Beberapa murid calon PMR memberikan respons yang positif, dan yakin program ini memberikan manfaat kepada mereka. Terima kasih kepada guru-guru SMK Lajau yang sentiasa berusaha menaikkan imej sekolah ini.

Sunday, July 6, 2008

PASUKAN FUTSAL SEMELA NAIB JOHAN TERBUKA W.P LABUAN

Pasukan FUTSAL SMK Lajau (SEMELA) menjadi Naib Johan Pertandingan Futsal Terbuka W.P Labuan setelah tewas 0-1 dengan pasukan Futsal lawan dalam perlawanan akhir petang ini. Tahniah kepada semua pemain yang mengharumkan nama SMK Lajau.

Saturday, July 5, 2008

SMK LAJAU JUARA KUIZ PENGGUNA PERINGKAT W.P LABUAN

SMK Lajau, W.P Labuan meneruskan rentak juara minggu ini, setelah kemenangan pemidato dalam pidato LHDN, diikuti pasukan kompang formasinya, kali ini Pasukan Kuiz Pengguna sekolah ini pula bergelar juara. Kali ini pasukan Kuiz Pengguna SEMELA pula menumbangkan pasukan SMK Mutiara (kedua) dan pasukan SM St. Anne(ketiga), dengan kemenangan bergaya setelah mengumpul mata jauh di depan dengan 26 mata meninggalkan dua pasukan dengan 12 mata sahaja, sehingga kedua-dua pasukan diberi soalan tambahan menentukan tempat kedua dan ketiga.

Juara membawa pulang sijil, tropi dan wang tunai RM400.00, tempat kedua dengan RM280 dan ketiga RM200.00. Manakala kelab pengguna SMK Lajau pula menerima RM500.00 bagi juara, tempat kedua SMK Mutiara RM400.00 dan ketiga, SM St. Anne RM300.00.

Pasukan kuiz pengguna akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada bulan Ogos nanti.

Perasmian Majlis oleh YB Ahli Parlimen Labuan YB Datuk Yussuf Hj. Mahal, turut hadir Pengarah Pelajaran Labuan En. Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof serta Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna W.P Labuan, juga pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron.

Warga SMK Lajau bangga dengan kejayaan kalian. Penghargaan kepada guru Pembimbing Cikgu fazidah Ahmad dan Cikgu Nor Asiah Abd. Ghani. Tahniah dan cipta kejutan di peringkat kebangsaan kerana YB Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yussuf Hj. Mahal membisikkan sesuatu kepada pengetua SMK Lajau semasa sesi bergambar di pentas tadi

PASUKAN FUTSAL SMK LAJAU MENANG DUA PERLAWANAN KUMPULAN

Pasukan FUTSAL SMK Lajau (SEMELA) menang dalam dua perlawanan awal, menang perlawanan pertama 2-1, dan kemudian mengalahkan pasukan Patau-Patau 1-0 petang tadi. Perlawanan ketiga peringkat kumpulan bersambung esok. Pasukan SEMELA hanya memerlukan seri untuk ke peringkat seterusnya. Pengurus pasukannya ialah staf sekolah Saudara ERWIN SARINGAT.
Turut menyaksikan perlawanan kedua petang tadi ialah pengetua SMK Lajau.

Tahniah dan terus berjuang, warga SMK Lajau mendoakan kejayaan kalian.

Thursday, July 3, 2008

SMK LAJAU JUARA KOMPANG FORMASI PERINGKAT NEGERI

SMK Lajau, W. P Labuan sekali mengekalkan juara Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri yang berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, untuk tiga tahun berturut-turut. Tempat kedua SMK Labuan dan tempat ketiga SMK Taman Perumahan Bedaun. bagi kategori sekolah rendah SK Sungai Bedun mengekalkan kejuaraan tahun keempat berturut-turut, tempat kedua SK Bukit Kalam dan ketiga SK Pekan 2.

SMK Lajau dan SK Sungai Bedaun akan mewakili W.P Labuan ke peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan (sekolah menengah) dan Kelantan (sekolah rendah)

Penutupan rasmi dan penyampaian hadiah oleh Pegarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof. Turut hadir pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron, Guru Besar SK Sungai Bedaun, Puan Sinduri bt Jalil serta pengetua-pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah di Labuan.

Warga SMK Lajau merakamkan ucapan tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada pemain kompang SMK Lajau serta tiga guru pembimbing, Puan Norsiah, Cik Khairunnisa, dan Puan Nor Asiah serta jurulatih mereka.

Wednesday, July 2, 2008

PENGETUA DAN GURU SMK LAJAU MENGHADIRI BENGKEL PEMBESTARIAN PENDIDIKAN DI UK

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron, serta empat guru menghadiri Bengkel Pembestarian Pendidikan di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan pada 2 dan 3 Julai 2008. Empat guru ialah En. Mohd Firlii Firzuan Abdullah, Encik Hamka Mat Daud, Puan Rohainah Baniamin dan Puan Nurfiah Awang Tangah. Bengkel ini anjuran bersama Jabatan Pelajaran W.P labuan, Fakulti Pendidikan UKM, dan Bahagian Teknologi Pendidikan W.P Labuan.

Perasmian Majlis oleh Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hadir sama Yang Berbahagia Pengarah pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof.

Beberapa kertas kerja dibentangkan oleh pakar-pakar pendidikan UKM, antaranya Y. Bhg. Profesor Datin Dr. Amla Mohd. Salleh, membentangkan Kertas Dasar/Kertas Konsep, Dr. Mohd. Arif Ismail, En. Muhammad (UITM) serta Profesor Madya Zuria Mahmud (UKM)Esok bengkel ini bersambung lagi di tempat yang sama.

Tuesday, July 1, 2008

TAHNIAH KEPADA PEMIDATO SMK LAJAU JOHAN PIDATO LHDN PERINGKAT W.P LABUAN

Tahniah kepada pemidato SMK Lajau, yang sekali lagi untuk tahun kedua berturut-turut menjadi JUARA dan tempat ketiga Pidato LHDN Peringkat W.P Labuan (pelajar Tingkatan 6)yang berlangsung di Grand Dorsett petang semalam, 1 Julai 2008, mengalahkan pemidato SMK Labuan.

Dalam pertandingan ini NURUL SULRESZA AIDA BT ZULKIFLI mendapat tempat PERTAMA, menggondol hadiah RM700.00 untuknya dan sebuah komputer untuk sekolah. Lebih manis, NORHAZLINA MOHD. FUAD pula mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM300.00 serta sebuah komputer untuk sekolah.Sekaligus mengulangi prestasi pencapaian tahun 2007. Hadiah sumbangan LHDN. Hadir dalam majlis ini Pengarah LHDN Tuan Haji Hishamuddin dan Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof. Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron tidak dapat hadir kerana urusan rasmi yang lain. Guru pembimbing ialah Puan Nurul Nazihah Sia Abdullah dan Puan Nor Asiah Abd. Ghani.

Sekalung tahniah daripada seluruh warga SMK Lajau. SMK LAJAU TERBAIK! TAHNIAH!!!!!!

Sunday, June 29, 2008

MURID SMK LAJAU NAIB JUARA DEKLAMASI SAJAK PPDa

Mohd. Faizal, murid SMK Lajau menjadi Naib Juara Pertandingan Deklamasi Sajak PPDa di SM Sains Labuan. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof semalam, 28 Jun 2008. Warga SMK Lajau bangga dengan kejayaan Mohd. Faizal......tahun depan juara tau...

Thursday, June 26, 2008

SMK LAJAU MENYERTAI FUTSAL TERBUKA W.P LABUAN

Pasukan FUTSAL SMK Lajau akan bertanding dalam Pertandingan Futsal Terbuka W.P Labuan yang akan diadakan pada 5 dan 6 Jun 2008. Pengurus, merangkap jurulatih Pasukan SMK Lajau ialah Saudara ERWIN, yang merupakan staf SMK Lajau.

Pasukan Futsal SMK Lajau sedang giat berlatih dan meletakkan sasaran tinggi untuk menjuarai pertandingan ini kelak. Mudah-mudahan hasrat mereka akan tercapai bagi meningkatkan imej sekolah ini.

Warga SMK Lajau mendoakan kejayaan kalian. Selamat berjuang wira-wira SEMELA tercinta.

Wednesday, June 25, 2008

LAWATAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI DAN PPK KE SMK LAJAU

Lawatan pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, bersama Timbalan Ketua Nazir W.P Labuan membuat lawatan PPSMI pada 25 Jun 2008. Satu sesi perbincangan dengan guru-guru bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan pegawai-pegawai tersebut memberi manfaat kepada pihak sekolah untuk penambahbaikan pengurusan kurikulum ke arah pencapaian visi sekolah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri Pengetua dan Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum. Seluruh warga SMK Lajau merakamkan ucapan terima kasih kepada tiga pegawai ini yang pasti menyumbang positif kepada pembangunan sekolah.

Monday, June 23, 2008

PERJUMPAAN PENGETUA SMK LAJAU DENGAN PELAJAR STPM 2007

Satu perjumpaan pengetua SNK Lajau, Encik Sahar bin Misron dengan lima pelajar STPM sekolah ini bagi sesi 2006/2007 diadakan di salah sebuah restoran makanan segera di Labuan pada maam ini. Pelajar yang berkesempatan berjumpa dengan pengetua SMK Lajau ialah saudari Nor Athirah, Wirdayana, Salina, Mazline dan Ajis Khan.

Mereka berbincang tentang hala tuju mereka untuk menyambung pengajian di pelbagai universiti tempatan seperti UITM Shah Alam, UMS Kampus Antarabangsa Labuan, UMS Kota Kinabalu, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mereka difahamkan adalah antara 20 pelajar STPM yang berjaya menyambung pengajian di universiti pada tahun ini. Mereka mengambil pelbagai bidang seperti undang-undang, perbankan antarabangsa, komunikasi, akaun, dan seumpamanya. Mereka berjanji akan menjaga nama baik diri, keluarga, guru-guru dan SMK Lajau. Kebanyakannya ialah ahli ALUMNI SMK Lajau yang ditubuhkan pada bulan Mac lalu.

Seluruh warga SMK Lajau mendoakan kejayaan kalian. "Take care and keep in touch. Good luck"

KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENYEDIAAN MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA

Pengetua SMK Lajau dan Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum menghadiri kursus di atas di Bilik Reflesia, Ujana Kewangan W.P Labuan pada 23 dan 24 Jun 2008. Ceramah diberikan oleh Puan Zaleha bt Abu Hassan, Datin Rohani bt Mustaffa serta Puan Zuharah, mereka merupakan pengetua jemputan dari Negeri Selangor. Peserta terdiri daripada pengetua, guru besar serta penolong kanan seluruh Labuan

Bengkel perancangan strategik turut diadakan pada sebelah petang ini dan pagi esok, diikuti sesi pembentangan pada sebelah petang esok.

Sekalung penghargaan kepada para penceramah.

Sunday, June 22, 2008

SMK LAJAU BERTEMU BPR LABUAN MALAM TADI

Pasukan badminton staf dan guru SMK Lajau bertemu staf dan pegawai Badan Pencegah Rasuah W.P Labuan malam tadi, 21 Jun 2008 di Dewan SK Pekan 1.

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron dan Pengarah BPR W.P Labuan Encik Zainuddin Hussin, turut bermain malam tadi. Kedua-duanya menunjukkan kemahiran lama masing-masing dan mereka sempat bermain dalam empat set, dengan kedudukan seri. Mereka sempat menyampaikan ucapan dan berharap perhubungan dua organisasi akan menjadi akrab.

SMK Lajau dan BPR Labuan merancang perlawanan persahabatan futsal selepas ini, dalam waktu terdekat.

HARI PENYAMPAIAN LAPORAN PRESTASI AKADEMIK MURID SMK LAJAU 2008

Majlis Penyampaian Laporan Kemajuan Prestasi Akademik SMK Lajau diadakan di dataran Gemilang sekolah ini pada 21 Jun 2008. Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron telah menyampaikan perkembangan terkini prestasi murid serta menyampaikan harapan beliau dan guru-guru sekolah ini agar ibu bapa dan penjaga murid melihat sama aktiviti pembelajaran anak-anak mereka semasa di rumah. Semoga apa yang dihasratkan oleh pihak sekola dan ibu bapa menjadi kenyataan, iaitu untuk menjadikan SMK Lajau terbaik Tahun 2010.

Ibu bapa dan penjaga murid juga berpeluang berbincang dengan guru tentang masalah anak-anak dalam pembelajaran dan masalah disiplin anak masing-masing. Bilangan ibu bapa dan penjaga yang hadir agak memberangsangkan pada awal pagi, kerana ibu bapa mengambil kesempatan sebelum mereka pergi bekerja.

Thursday, June 19, 2008

PERASMIAN PROGRAM RINTIS ANUGERAH REMAJA PERDANA

Satu Majlis Perasmian Anugerah Remaja Perdana (ARP) telah diadakan di dataran Gemilang SMK Lajau pada petang 18 Jun 2008 melibatkan seramai 60 murid sekolah ini. Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia W.P Labuan Puan Hajah Zawiyah bt Muhamad. Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron menyampaikan ucapan alu-aluan.

SMK Lajau bertuah terpilih antara tiga sekolah di wilayah ini bersama-sama SM Sains dan SMK Labuan. Program ini memberi nilai tambah kepada murid sekolah ini, yang akan dinilai dalam aktiviti yang dijalankan terutama hal kemasyarakatan, kemahiran dan melibatkan kokurikulum. Mereka berpeluang untuk ke peringkat antarabangsa. Program ini terbuka kepada mereka yang berusia 15 hingga 25 tahun.

Sunday, June 15, 2008

ALUMNI SMK LAJAU MENGADAKAN MAJLIS RAMAH MESRA DI POHON BATU

Hampir empat puluh Ahli ALUMNI SMK Lajau mengadakan Majlis ramah Mesra di Pantai Pohon batu, W.P Labuan jam 11.00 pagi ini.

Turut hdir Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron, Penolong Kanan 1 Puan Dona Undoh dan Puan Jubia Lamdin. Acara yang julung kali diadakan ini diserikan dengan sukaneka dan pertukaran idea dan pengalaman.

Saturday, June 14, 2008

GURU DAN STAF SOKONGAN SMK LAJAU BERMAIN BADMINTON DENGAN SM TEKNIK LABUAN

Guru dan staf sokongan lelaki SMK lajau akn mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan warga SMK Teknik di Dewan SM Teknik Labuan jam 8.00 malam ini
14 Jun 2008) Mereka begitu bersemangat walaupun sehingga jam 430 petang ini baru selesai dengan Perkongsian Pintar di UK.

Tujuan perlawanan persahabatan ini untuk mengeratkan silatur rahim dengan warga SM Teknik serta masyarakat sekitar serta agensi kerajaan/swasta. Beberapa perlawanan persahabatan selepas ini telah dirancang oleh Kelab Staf SMK Lajau.

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron dijangka turut hadir dan bermain pada malam ini. Kepada warga SMK Lajau datanglah beramai-ramai ke Dewan SM Teknik Labuan malam ini

WARGA GURU DAN STAF SOKONGAN SMK LAJAU SELESAI PERKONGSIAN PINTAR DI UK

Warga SMK Lajau selesai mengadakan "Perkongsian Pintar" di Bilik Bunga Raya, Ujana Kewangan,(UK) W.P Labuan sepanjang hari ini 14 Jun 2008. Perkongsian Pintar meliputi empat tajuk iaitu:
1. Pengurusan Rekod dan Sistem Fail oleh Encik Sahar bin Misron, Pengetua SMK Lajau
sendiri
2. Integriti Perkhidmatan Awam oleh Tuan Zainuddin Hussin, Pengarah Badan Pencegah
Rasuah (BPR) W.P labuan,
3. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) oleh Puan Felecia E. Jaino, Ketua Bidang
Bahasa SMK lajau dan,
4. Pengurusan Protokol, oleh Puan Stahril Hajar Ahmad Dairubi, Kaunselor sekolah

Warga SMK Lajau turut melafazkan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam diketuai Tuan Pengetua dengan disaksikan oleh Pengarah BPR Labuan

Warga SMK Lajau kelihatan gembira dengan perkongsian ini yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Walau bagaimanapun beberapa guru dan staf sokongan tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program Jabatan Pelajaran Labuan, seperti pertandingan memasak, motivasi murid dan program berkaitan.

Beberapa perkongsian pintar akan diteruskan dalam waktu terdekat untuk menambah pengalaman, pengetahuan, keyakinan dan ketrampilan warga seoalah ini, termasuk kursus PERASA yang akan melibatkan penceramah luar yang telah dikenal pasti, serta perkembangan staf yang lain

Thursday, June 12, 2008

SMK LAJAU PENGELOLA PERTANDINGAN TARIAN PERINGKAT W.P LABUAN

SMK Lajau menjadi Pengelola Pertandingan Tarian Peringkat W.P Labuan yang dijangka diadakan pada 12 Julai 2008 di Dewan SJKC Chi Wen, W.P Labuan.

Selamat menjalankan tugas sepenuh keikhlasan kepada seluruh warga SMK Lajau, bantu membantu sesama kita bagi memastikan pertandingan berjalan seperti dirancangkan.

Tuesday, June 10, 2008

MINGGU PENGHAYATAN VISI DAN MISI SMK LAJAU

Minggu ini 9 Jun hingga 14 Jun 2008 adalah minggu penghayatan Visi dan Misi SMK Lajau. Seluruh warga guru, staf, pekerja swasta, murid digalakkan sama-sama menghayati visi dan misi sekolah.

Sama-sama berjuang untuk menjadikan "SMK Lajau terbaik Tahun 2010" yang merupakan visi sekolah ini yang telah diubah suai, serta memahami dan menghayati enam misi sekolah untuk menjadikan sekolah ini sebuah sekolah cemerlang.

Sama-sama kita warga SMK Lajau menghayati visi dan misi sekolah kita!

KURSUS DALAMAN WARGA GURU SMK LAJAU 14 JUN 2008

Satu kursus Dalaman Warga Guru SMK Lajau dan Perhimpunan Bulan Jun 2008 akan diadakan di Tingkat 8 Ujana Kewangan, W.P Labuan pada hari Sabtu 14 Jun 2008, jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Penceramah Sistem Rekod dan Fail disampaikan oleh Pengetua SMK Lajau, Pengurusan Protokol oleh Kaunselor Puan Syahril Hajar Ahmad Dairubi dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan oleh Puan Felecia E. Jainol, Ketua Bidang sekolah ini.

Penceramah undangan ialah Pengarah Badan Pencegah Rasuah W.P Labuan yang akan menyampaikan ceramah Integriti.

Kepada semua warga guru SMK Lajau, selamat berkursus. Kita kongsikan ilmu dan maklumat yang kita ada. Semoga hubungan kita sesama warga bertambah akrab.

SMK Lajau terbaik Tahun 2010!.......

Friday, June 6, 2008

SELAMAT KEMBALI KE SMK LAJAU

Selamat kembali ke SMK Lajau kepada warga guru dan murid SMK Lajau yang telah bercuti selama dua minggu. Semoga percutian kalian penuh kenangan dan pengalaman kehidupan untuk dibawa menghadapi hari-hari seterusnya. Selepas ini tumpuan seluruh warga ialah untuk fokus kepada persediaan pembelajaran berkualiti dan berkesan pada penggal akan datang.

Beberapa aktiviti sekolah telah dirancang termasuk Majlis Penyampaian Rekod Kemajuan Murid, Majlis Hari Anugerah Cemerlang, Teknik Menjawap Soalan, menerima lawatan pelbagai pihak seperti Lawatan Jemaah Nazir Sekolah dan pegawai jabatan Pelajaran W.P Labuan dan banyak aktiviti lain.

Jangan lupa fokus kita tahun ini, peningkatan prestasi Bahasa Inggeris terutama untuk calon PMR. Manfaatkan program "English Every Where"......dan program pemantapan yang lain.

Thursday, May 29, 2008

PEGAWAI PERHUBUNGAN POLIS MELAWAT SMK LAJAU

Pegawai Perhubungan Polis SMK Lajau,dari IPD W.P Labuan, Puan Nurhidayah melawat SMK Lajau pagi ini 29 Mei 2008. Beliau bersama pegawai pengiringnya Puan Marfuzah sempat berbincang dan bertanyakan perkembangan SMK Lajau, bertanyakan khabar serta mengetahui aktiviti bulan Mei dan Jun selama hampir 20 minit dengan Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada beliau yang meluangkan masa walaupun dalam kesibukan tugas di pejabat. Semoga hubungan ini akan bertambah erat bagi memantapkan disiplin murid sekolah ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih.

SMK Lajau Jawatankuasa Cenderamata dan KompangTakraw MSSM

SMK Lajau telah melaksanakan tugas sebagai JK Cenderamata dan Kompang penyambut tamu Pertandingan Sepak Takraw MSSM yang melibatkan 16 negeri yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan petang ini, 29 Mei 2008. Perasmian disempurnakan oleh Wakil YB Ahli Parlimen Labuan iaitu Dato' Haji Yunos bin Haji Kurus, merangkap Pengerusi Penasihat Perbadanan labuan. Pengarah Pelajaran W.P Labuan Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof menyampaikan ucapan alu-aluan.

Pengetua SMK Lajau dan warga SEMELA merakamkan ucapan terima kasih,penghargaan dan tahniah kepada JK Cenderamata yang antaranya ialah Puan Norsiah Nasip, Puan Rohainah Baniamin, Puan Habibah bt Osman, Puan Nurfiah Awang Tangah, Puan KuIzanah, Puan Jumah bt Ismail, dan Puan Voon Ven Lie serta tak lupa kepada Pegawai jabatan Pelajaran Cik Nur Ain. Juga ucapan yang sama kepada 8 murid yang memalu paluan kompang semasa ketibaan Tetamu Kehormat dan semasa perasmian majlis.Malam tadi Majlis Jamuan Meraikan Ketua Kontijen Negeri-Negeri diadakan di Restoran Terumbu Warisan, Tanjung Aru, yang juga penyampaian cenderamata kepada semua kontijen. Jasa kalian amat dihargi.

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI

Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Menuai.

Wednesday, May 28, 2008

PENUTUPAN SEPAKTAKRAW MSSM

Majlis Penutupan Pertandingan Sepak Takraw MSSM akan diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan pada jam 2.00 petang 29 Mei 2008 dan akan dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen W.P Labuan YB Dato' Yussof Haji Mahal. Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof turut hadir.

SMK Lajau akan mengendalikan bahagian cenderahati. Beberapa guru terlibat, antaranya Puan Norsiah Nasip, Puan Rohainah Baniamin, Puan Nurfiah Awang Tangah, Puan Angeline, Puan Jumah Ismail. Malam tadi Majlis Jamuan meraikan Ketua Kontijen negeri-negeri telah diadakan di Restoran Terumbu Warisan, Tanjung Aru, W.P Labuan. Penyerahan cenderahati kepada ketua-ketua kontijen juga telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan.

Warga SMK Lajau juga berdoa agar adik Hafiz dari Pasukan Terengganu yang dimasukkan ke Wad Hospital Labuan kerana disyaki appendix SEGERA SEMBUH.

Monday, May 26, 2008

SELAMAT DATANG KONTIJEN SEPAK TAKRAW SELURUH NEGARA

Pengetua dan warga SMK Lajau mengucapkan selamat datang ke W.P Labuan kepada Kontijen Sepak takraw Bawah 12 Tahun dan 15 Tahun seluruh negara. Pertandingan berlangsung dari 24 hingga 29 Mei 2008. Selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

Kepada warga SMK Lajau dan warga sekolah lain berilah sokongan kepada pasukan W.P Labuan. Semoga berjaya meraih kejayaaan.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PESERTA KURSUS INDUKSI W.P LABUAN

Seramai 67 peserta Kursus Induksi W.P Labuan akan yang terdiri dari 14 guru sekolah rendah dan menengah serta pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan akan menghadapi peperiksaan pada hari Khamis ini, 30 Mei 2008.

Pengetua SMK Lajau,Encik Sahar bin Misron yang juga penceramah Kursus Induksi "Perintah AM" mendoakan kejayaan semua peserta. Kepada peserta kursus buatlah persediaan rapi dan manfaatkan bahan ceramah yang disampaikan oleh para penceramah.

Anda BOLEH!

WARGA SMK LAJAU MENDOAKAN ANAK CIKGU AISAH SEGERA SEMBUH

Seluruh warga SMK Lajau berdoa semoga anak Cikgu Aishah SK Bukit Kalam bernama Firdaus yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Labuan seminggu lepas SEGERA SEMBUH. Firdaus kini dirawat di Unit ICU Hospital Queen, Kota Kinabalu dan keadaannya stabil.

Pengetua SMK Lajau sempat menziarahi Firdaus pada petang Ahad semalam dan sempat berjumpa dengan Cikgu Aishah di Wad ICU Tingkat 1 Hospital Queen Kota KInabalu. Pengetua SMK Lajau ditemani oleh Puan Rosinah (Staf Jabatan Pelajaran Labuan) dan Cikgu Irwan dari SMK Mutiara. Pengetua SMK Lajau kebetulan berada di Kota Kinabalu memberikan ceramah Induksi kepada 67 orang guru W.P Labuan dan pensyarah Kolej Matrikulasi.

Semoga Firdaus segera kembali pulih seperti biasa dan meneruskan pengajiannya di IKM Kota Kinabalu.

Saturday, May 24, 2008

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT W.P LABUAN MERIAH

Sambutan Hari Guru Peringat W.P Labuan berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dari jam 1.00 hingga 5.00 petang. Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, menyampaikan ucapan sebagai wakil rasmi Y. Bhg. Dato KPPM yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi yang lain. Manakala Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron,merangkap Pengerusi Pengelola membacakan teks ucapan Pengarah Pelajaran W.P Labuan.

Sambutan yang begitu meriah dengan persembahan koir, ikrar hari guru, perarakan bendera hari guru, nyanyian Lagu Guru Malaysia dan lagu tema, di samping penyampaian pelbagai anugerah termasuk Anugerah Tokoh Guru yang dianugerahkan kepada Tuan Haji Harris (Beliau menerima iringan RM3000.00, anugerah anak guru cemerlang, anugerah guru inovatif, pusat sumber cemerlang(Pemenang: SK Tanjung Aru dan SM Teknik Labuan)

Lebih 800 orang warga guru di wilayah ini hadir menyerikan majlis, dengan jemputan ketua jabatan, ketua kampung, komponen barisan nasional, pesara guru, dan jemputan lain, termasuk pihak media. Jemputan dan warga guru menikmati jamuan yang disediakan penganjur.

Pengetua SMK Lajau selaku Pengerusi Pengelola merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan majlis gemilang-gemilang ini.

Wednesday, May 21, 2008

TIGA GURU SMK LAJAU MENGIKUTI KURSUS INDUKSI

Tiga guru SMK Lajau mengikuti Kursus Induksi di Hotel Ruby, Kota Kinabalu dari 17 Mei hingga 28 Mei 2008. Mereka ialah Puan Siti Sarini Yunos, Puan Norhayati Yusof dan Cik Nuraiza Muhd Azmi. Seluruh warga SMK Lajau mengucapkan selamat berkursus semoga cemerlang. Pengetua SMK lajau, yang merupakan penceramah bertauliah akan turut memberi ceramah bertajuk "Perintah AM" bersama-sama penceramah dari Jabatan Pelajaran W.P Labuan yang lain. Beliau akan memberikan ceramah selama enam jam pada 25 Mei 2008 (Ahad)

KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI JABATAN PELAJARAN SELANGOR MELAWAT SMK LAJAU

Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Puan Hajah Muning bt Yusof mengadakan lawatan "coaching and mentoring" ke SMK Lajau, W.P Labuan hari ini 21 Mei 2008. Beliau sempat berkongsi pengalaman dengan Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron selama hampir tiga jam. Beliau yang berpengalaman menjadi pengetua selama lapan tahun sebelum bertugas di Jabatan Pelajaran Selangor, berkongsi pengalaman ketika beliau menerajui sekolah di Selangor, menceritakan beberapa inovasi yang pernah dibuatnya di sekolah.
Perkongsian pengalaman beliau dengan pengetua SMK Lajau, merupakan satu "mentoring" yang amat berguna untuk membangunkan sekolah dengan tuju hala yang jelas, selaras dengan visi sekolah, "SMK Lajau terbaik Tahun 2010" Beliau optimis bahawa SMK Lajau berpotensi cerah untuk cemerlang dalam bidang pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Warga SMK Lajau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Hajah Muning atas kesudian melawat SMK Lajau.



Tuesday, May 20, 2008

PENGETUA SMK LAJAU KE UDARA DALAM LABUAN FM PETANG INI

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron ke udara dalam Radio Labuan FM dalam slot khas Hari Guru bersama DJ Salbiah Ajis. Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat W.P Labuan, yang juga mewakili Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof selaku Pengerusi JK Induk, mewar-warkan sambutan Hari Guru Peringkat W.P Labuan yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada 23 Mei 2008, jam 1.00 - 5.00 petang. Sambutan Hari Guru Peringkat W.P Labuan akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran W.P Labuan.
Beliau turut berkongsi dengan warga pendidik dan masyarakat Labuan tentang aktiviti yang telah dan akan diadakan sempena hari Guru pada tahun ini. Semua warga pendidik di wilayah ini dijemput hadir dalam semua aktiviti, khususnya aktiviti kemuncak pada 23 Mei 2008 serta Majlis Tahlil dan Yassin di Masjid AlMunawar, Pohon Batu.

PASUKAN KRS SMK LAJAU MEWAKILI W.P LABUAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Lajau, W.P Labuan akan mewakili wilayah ini ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 23 hingga 26 Mei ini. Pasukan KRS sekolah ini merupakan johan peringkat negeri, dan akan bertanding di peringkat kebangsaan bersama pasukan KRS SM Teknik Labuan. Seramai 35 ahli KRS sekolah ini akan berjuang menjulang nama W.P Labuan bersama-sama tiga guru pengiring sekolah ini iaitu Cikgu Hajah Jubia, Cikgu Khairunnisa dan Cikgu faridah Hanum. pasukan KRS sekolah ini sedang berlatih setiap petang di bawah bimbingan tiga guru ini.


Petang ini, pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron sempat memberikan kata-kata perangsang, dorongan dan motivasi kepada semua ahli KRS sekolah ini. Beliau mahu mereka berjuang bersungguh-sungguh dan menghadiahkan kemenangan kepada warga guru SMK Lajau, sempena sambutan hari Guru 2008.

SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAK SMK LAJAU TERCINTA. KAMI MENDOAKAN KEJAYAAN KALIAN.
" SMK Lajau terbaik 2010"

Monday, May 12, 2008

SMK LAJAU MENYAMBUT HARI GURU 16 MEI 2008

Warga guru, staf dan murid SMK Lajau menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah pada

16 Mei 2008
7.00 - 11.30 pagi
Dataran Gemilang SMK Lajau

Pengisian atur cara:

Nyanyian Lagu Negaraku,
Lagu Wilayah Persekutuan,
Lagu Guru Malaysia,
Lagu Sekolah

Pembacaan Perutusan Hari Guru
Ucapan Guru
Ucapan Terima Kasih Guru
Deklamasi Sajak Guru
Permainan Sukaneka
Penyampaian Cenderahati

Terima kasih kepada warga guru SMK Lajau
Jasamu dikenang jua.

MAJLIS PERMUAFKAAN IBU BAPA DENGAN PENGETUA DAN GURU SMK LAJAU

Majlis Permuafakatan antara Ibu Bapa Pelajar Calon STPM dengan Pengetua dan Guru-guru SMK Lajau diadakan di Bilik Semarak sekolah ini petang ini, 12 Mei 2008. Seramai 10 pelajar Tingkatan 6 Atas terlibat dengan perjumpaan fasa pertama ini. Majlis ini berbentuk taklimat dan paparan prestasi pelajar yang akan mengambil STPM hujung tahun ini.
Pihak sekolah mensasarkan kualiti STPM 2008 dipertingkakan lagi, dan memastikan terdapat sebilangan pelajar mendapat semua A dalam STPM tahun ini. Luahan guru, ibu bapa menyemarakkan semangat pelajar untuk terus cemerlang dan menjadikan sekolah ini terbaik di wilayah ini atau di Malaysia.
Pelajar calon STPM juga menandatangani Aku Janji untuk memperoleh keputusan terbaik STPM tahun 2008, dengan disaksikan ibu bapa, Pengetua dan guru-guru.
Pengetua SMK Lajau yakin pelajar SMK Lajau mampu menyerlah sekiranya usaha pelajar diiringi dengan "membaca", "smart study", "bertanya", pengisian kerohanian, "study group" dan "akrab dengan guru", "mendapat restu guru dan ibu bapa", serta "ikhlas belajar"

Saturday, May 10, 2008

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BERHAD

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Berhad sempurna diadakan di Dewan SJKC Chi Wen, W.P Labuan 10 Mei 2008, jam 8.00 hingga 12.30 tengah hari. Sebelum mesyuarat, satu taklimat kesedaran koperasi disampaikan oleh Encik Mohd Said Mamat, Pegawai Koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kota Kinabalu, turut hadir Encik Awang Sofri dari SKM Cawangan W.P Labuan.

Seramai 268 warga pendidik seluruh wulayah ini hadir dalam Mesyuarat. Mesyuarat telah memilih 15 Ahli Lembaga Koperasi (ALK). Pengarah Pelajaran dilantik sebagai Pengerusi, Setiausaha Encik Sahar bin Misron (Pengetua SMK Lajau), dan Bendahari Encik Yusup bin Mohamad (Pengetua SMK Pantai) ALK yang lain ialah Encik Omar Baki Matusin, Encik Ismail Abdullah, Puan Maimoon Matnoh, Puan Nor Syamsida Ismail, Encik Ali Deros, Encik Sappar Awang Damit, Encik Mohd. Nizam Yassim, Puan Dayang Sarifah, Encik Mohd. Mazri, Encik Mishad, Puan Rohana Khalid, Encik Muliyono. Tiga orang Juruaudit Dalam turut dilantik dalam Mesyuarat ALK iaitu Encik Ammar Che Soh, Encik Jirim Toysim, dan Encik SHim Cheng Teo.
Semoga koperasi kita meniti cabaran dan terus cemerlang demi martabat dan kebajikan warga pendidikan di wilayah ini.
Setiausaha
Koperasi Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Berhad.
10 Mei 2008

PROGRAM SEPAGI ALA-ALA MAWI MERIAH

Program Sepagi Ala-Ala Mawi, satu program bersama SMK Lajau dan SMK Pantai iaitu memotong rambut murid lelaki no. 3 berlangsung dengan meriah di Dataran Gemilang SMK Lajau 9 Mei 2008. Jawatankusa Pelaksana merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd Yusof yang merasmikan majlis tersebut. 100 murid lelaki kedua-dua sekolah terlibat dengan program ini. Mereka kini kelihatan kemas, ceria dan bergaya, menggambarkan watak murid berdisiplin SMK Lajau dan SMK Pantai.
Saranan Pengarah Pelajaran W.P Labuan untuk mengadakan susulan aktiviti seperti menubuhkan Kelab Peminat MAWI W.P Labuan, mengaturkan perjumpaan susulan, dan mengekalkan budaya berambut pendek mendapat reaksi positif daripada pelajar dan guru.

Thursday, May 8, 2008

MURID SMK LAJAU MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Semua murid SMK Lajau dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 mulai 8 Mei hingga 23 Mei 2008. Seluruh warga SMK Lajau, guru, kakitangan dan ibu bapa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan kalian.
Buat persediaan cukup, jaga kesihatan, jawablah soalan dengan teliti mengikut arahan soalan. Semoga cemerlang anak-anak SMK Lajau tercinta.

PROGRAM SEPAGI ALA-ALA MAWI SMK LAJAU DAN SMK PANTAI

Majlis Sepagi Ala-Ala Mawi, pelancaran potongan rambut murid lelaki no.3 Program Bersama SMK Lajau dan SMK Pantai akan diadakan seperti ketetapan yang berikut;
Tarikh: 09 Mei 2008 (JUMAAT)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dataran Gemilang SMK Lajau, W,P Labuan
Sasaran: 100 murid lelaki
Tujuan: Murid lelaki kemas, ceria, bergaya serta peningkatan sahsiah dan disiplin diri

Perasmi: Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan
Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof

Program ini mendapat restu PIBG kedua-dua sekolah. YDP PIBG SMK Lajau, Tuan Haji Alias bin Husein dan YDP PIBG Encik Moin Setimin serta Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron dan Pengetua SMK Pantai, Encik Yusup bin Mohamad akan hadir dalam majlis ini.

"Murid tersayang: kemas, ceria, bergaya"


Tuesday, May 6, 2008

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI PELAJARAN W.P LABUAN BHD.(KOPELL)

Mesyuarat Agung Permulaan KOPELL Bhd. akan diadakan seperti ketetapan yang berikut;

Tarikh: 10 Mei 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SJKC Chi Wen,
Pengerusi: Pengarah Pelajaran W.P Labuan
Hadiah: Hamper Bertuah (100 hadiah)

Semua warga pendidikan di wilayah ini iaitu, pegawai, guru, pensyarah, kakitangan, bekas guru, pegawai, kakitangan, pensyarah yang bekhidmat di sini dijemput hadir. Mereka bolehlah membayar pendaftaran RM10.00, serta syer sekurang-kurangnya RM100.00 melalui ketua jabatan, ketua sektor, pengetua, guru besar masing-masing lebih awal. Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran pada 10 Mei nanti.
Kaunter pendaftaran awal juga akan dibuka di Jabatan Pelajaran W.P Labuan mulai jam 11 pagi hari ini, 7 Mei 2008 di Aras 10 Ujana Kewangan. Cepat cepat siapa cepat untung cepat.
Rebutlah peluang menjadi ahli, sambil memenangi hamper bertuah. Siapa lagi yang akan memartabatkan profesion kalau bukan kita.
SAHAR MISRON
Setiausaha Penaja
b.p Pengerusi Penaja
KOPELL Bhd.
Tel:087-462995

Monday, May 5, 2008

PROGRAM BUDAYA SALAM SMK LAJAU

Budaya salam di SMK Lajau menjadi amalan seluruh warganya, murid, guru, kakitangan, pelawat. Amalan ini adalah asas kepada pemupukan nilai-nilai murni, selain mengelakkan ketegangan atau konflik dalam kalangan warga sekolah ini. Sebagai simbolik amalannya, setiap hari Isnin, selepas perhimpunan rasmi mingguan guru lelaki akan bersalaman dengan murid lelaki dan sesama guru lelaki, sementara guru perempuan dengan murid perempuan dan sesama mereka. Seluruh warga juga digalakkan bersalaman apabila berjumpa di kawasan sekolah atau di luar sekolah.

PENOLONG KANAN TADBIRAN DAN KURIKULUM SMK LAJAU MENGIKUTI PROGRAM KEMBARA PENGURUSAN

Penolong Kanan tadbiran dan Kurikulum SMK Lajau, W.P Labuan, Puan Dona Undoh mengikuti Program Kembara Pengurusan di Kota Kinabalu, Sabah dari 5 hingga 8 Mei 2008 bersama-sama semua Penolong Kanan 1 dari seluruh W.P Labuan.
Selamat kembara Puan Dona dan rakan-rakan penolong kanan lain, semoga ilmu yang diperoleh nanti dapat dikongsi seluruh warga sekolah ini.

PENGETUA SMK LAJAU MENYAMBUT HARIJADI KE-49 PADA 3 MEI 2008

Pengetua SMK Lajau, W.P Labuan, Encik Sahar bin Misron menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-49 pada 3 Mei 2008. Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran daripada seluruh warga SMK Lajau. Dua hari sebelumnya, seorang guru sekolah ini iaitu Encik Mohd. Firlii Firzuan Abdullah juga menyambut hari ulang tahun kelahirannya iaitu pada 1 Mei 2008. Semoga panjang umur, dan murah rezeki kepada mereka.

MAJLIS PERMUAFAKATAN SMK LAJAU DENGAN IBU BAPA/PENJAGA PELAJAR CALON STPM 2008

Satu Majlis Permuafakatan Pengurusan SMK Lajau dengan Ibu bapa/Penjaga Pelajar serta Pelajar calon STPM 2008 akan diadakan di Bilik Semarak, SMK Lajau, W.P Labuan pada 12 Mei 2008, jam 2.15 petang. Majlis ini bertujuan untuk memastikan pencapaian berkualiti pelajar sekolah ini dalam STPM Tahun 2008, yang mana sepuluh pelajar terpilih akan terlibat hadir bersama-sama dengan ibu bapa/penjaga masing-masing bagi sesi pertama ini. Majlis permuafakatan ini akan diadakan berterusan bagi pelajar-pelajar lain untuk memastikan ibu bapa/penjaga pelajar sentiasa perihatin dengan pembelajaran dan persediaan anak masing-masing. Luahan hati ibu bapa/penjaga, pelajar, guru dan pengetua akan memberi impak demi kejayaan pelajar sekolah ini. Pencapaian semasa pelajar calon STPM sekolah ini akan dipaparkan secara telus untuk melihat di manakah kedudukan semasa mereka dalam pembelajaran. Semoga hasrat kelulusan 100% kelulusan STPM tahun ini tercapai, dan bilangan yang mendapat pointer 3.00 ke atas, dan lima principal akan bertambah.

PROGRAM SEPAGI ALA-ALA MAWI SMK LAJAU DAN SMK PANTAI

Satu Program Sepagi Ala-Ala Mawi, program memotong rambut murid SMK Lajau dan SMK Pantai akan diadakan di Dataran Gemilang, SMK Lajau pada 9 Mei 2008, jam 8.00 pagi. Majlis pelancaran ini adalah hasil persetujuan ibu bapa murid dalam Mesyuarat Agung PIBG baru-baru ini, yang mana murid lelaki kedua-dua sekolah akan sentiasa berambut nombor 3, bagi memastikan tahap disiplin yang tinggi dan kekemasan berambut pendek dalam kalangan murid lelaki.

Majlis pelancarannya akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, jam 8.30 pagi pada tarikh tersebut. Seramai 100 murid dari kedua-dua sekolah akan terlibat dalam majlis tersebut. Pengetua kedua-dua sekolah iaitu Encik Sahar bin Misron (Pengetua SMK Lajau) dan EncikYusup bin Mohamad (Pengetua SMK Pantai) dan Penolong Kanan HEM kedua-dua sekolah akan turut hadir.

Sunday, May 4, 2008

SMK Lajau Johan KRS Negeri

SMK Lajau menjadi johan pertandinga kawad formasi peringkat negeri yang dilangsungkan di dataran SMK Pantai semalam, 3 Mei 2008. Pasukan ini dijangka akan mewakili W.P Labuan ke peringkat kebangsaan nanti.
SMK Lajau juga menjadi johan dalam pertandingan bagi Kadet Polis yang dilangsungkan di SMK Mutiara hari ini, bagi kategori lasak lelaki, di samping tempat ke-3 bagi kategori lain.
Dalam pertandingan kadet bomba pula SMK Lajau juga mendapat naib johan, dan dua tempat ke-3 peringkat negeri yang berlangsung di SM Sains Labuan.
Pengetua SMK Lajau hadir dalam ketiga-tiga majlis tersebut yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan dan Ketua Sektor SPPK Jabatan Pelajaran Negeri.
Tahniah SMK LAJAU!

Saturday, May 3, 2008

Perhimpunan Bulan April SMK Lajau 29 April Ditangguh

Perhimpunan Bulan April SMK Lajau ditangguh kerana penceramah khas dari BPR Labuan tidak dapat hadir, beliau ialah Encik Ramzi, yang kehilangan ibunya yang meninggal dunia sehari sebelumnya, AlFatihah kepada ibu beliau, moga dicucuri Rahmat-Nya, Perhimpunan bulan Mei akan diaturkan kemudian.

Thursday, April 24, 2008

Majlis Perhimpunan Bulan April SMK Lajau

Satu majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April SMK Lajau akan diadakan pada 29 April 2008 di Bilik Semarak SMK Lajau. Majlis akan diisi dengan ikrar integriti, turut akan dihadiri oleh Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) W.P Labuan.

Majlis Permaufakatan Ibu bapa/Penjaga Murid dengan Pengetua SMK Lajau dan guru-guru

Majlis Permuafakatan Ibu bapa/Penjaga murid dengan Pengetua dan guru SMK Lajau telah diadakan di Bilik Semarak sekolah ini pada jam 2.30 petang 25 April 2008. Majlis bertujuan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan ibu bapa/penjaga murid serta guru dan ibu bapa untuk mensasarkan 10 murid terbaik PMR dan 10 terbaik SPM, dengan sasaran semuanya mendapat semua A dalam PMR dan SPM 2008. Murid calon PMR dan SPM turut hadir dan berinteraksi sama.

Perbincangan yang amat bermakna temasuk luahan hati guru, ibu bapa, murid dan pengetua berjalan dengan harmoni dan mesra, dan berakhir jam 4.45 petang dalam suasana muhibah. Program Aku Janji murid untuk mendapat semua A dalam semua mata pelajaran juga diadakan.

Juga dipaparkan keputusan peperiksaan yang terkini bagi setiap calon PMR dan SPM sebagai titik mula perjuangan mereka memastikan keputusan berkualiti dalam SPM dan PMR. Majlis bagi STPM akan diadakan dalam waktu terdekat.

Pengetua SMK Lajau Menghadiri Kursus PERASA di Miri, Sarawak

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron akan menghadiri Kursus PERASA di Eastwood Golf Valley, Miri, Sarawak dari 27 hingga 30 April 2008. Kursus akan dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar di Wilayah Persekutuan Labuan. Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengaah Pelajaran W.P Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof.

Wednesday, April 16, 2008

Pasukan Bola Sepak SMK Lajau mengalahkan SMK Taman Perumahan Bedaun

Pasukan Bola Sepak SMK Lajau, W.P Labuan berjaya mengalahkan pasukan SMK Taman Perumahan Bedaun, W.P Labuan 3 - 1 dalam pertandingan bola sepak peringkat W.P Labuan bawah 15 tahun di padang SM Teknik Labuan. Walau bagaimanapun sebelum ini pasukan bola sepak sekolah ini tewas 0 -1 kepada SM St. Anthony dalam perlawanan pertama.

Pengetua SMK Lajau Encik Sahar bin Misron sempat meluangkan masa hadir untuk memberi sokongan moral kepada pasukan bola sepak sekolah ini. Beliau sempat berpesan agar pasukan bola sepak sekolah ini berlatih berterusan sepanjang tahun serta mengadakan perlawanan persahabatan agar pasukan ini berupaya menjadi pasukan yang disegani di wilayah ini pada masa akan datang. Beliau sangat yakin dengan kebolehan para pemain yang mempunyai kemahiran yang baik, dan boleh dimantapkan melalui latihan yang tersusun dan berterusan. Tahniah dan teruskan usaha berkat bimbingan penasihatnya Encik Hamka Mat Daud dan Encik Zamri Palen.

PENGETUA SMK LAJAU MEGHADIRI KONVENSYEN MUNSYI DEWAN IV

Pengetua SMK Lajau, W.P Labuan mewakili Pengarah Pelajaran W.P Labuan hadir dalam Konvensyen Munsyi Dewan IV di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur mulai 18 hingga 21 April 2008, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Seorang guru yang turut menjadi peserta ialah Puan Zaharah dari SMK Mutiara, W.P Labuan.

Semoga konvensyen tersebut akan memberi manfaat kepada mereka yang hadir. Sehubungan itu, sesi perkongsian akan dirancangkan selepas Pengetua SMK Lajau, kembali daripada menghadiri konvensyen ini.

Wednesday, April 9, 2008

PENGETUA SMK LAJAU MENGHADIRI KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN DI JB

Pengetua SMK Lajau, W.P Labuan menghadiri Kolokium Kajian Tindakan di Crystal Crown, Johor Bahru dari 9 hingga 11 April 2008 bersama-sama Pengetua SMK Labuan serta Guru Besar SK Bukit Kalam dan SK Patau-Patau. Majlis penutupannya akan disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) pada 11 April 2008.

Saturday, March 29, 2008

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau, W.P Labuan

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau, W.P Labuan telah diadakan hari ini, Ahad 30 Mac 2008 di dataran Gemilang SMK Lajau dan dirasmikan oleh yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof jam 9.30 pagi. Turut hadir Tuan DSP Razak Haji Arshad, Timbalan Ketua Polis W.P labuan, juga Ketua Cawangan Khas Labuan yang menyampaikan ceramah keselamatan, beliau menerima respons menggalakkan daripada ahli PIBG yang hadir. Bilangan yang hadir berjumlah 15o orang.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 ini berakhir jam 1230 tengah hari dengan jamuan makan tengah hari.

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau, W.P Labuan

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau, W.P Labuan akan diadakan esok Ahad 30 Mac 2008 di dataran Gemilang SMK Lajau dan akan dirasmikan oleh yang Berbahagia Pengarah Pelajaran W.P Labuan Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof jam 9.30 pagi.

Datanglah beramai-ramai, sokongan anda akan menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan mengakrabkan lagi hubungan warga sekolah dengan para ibu bapa murid sekolah ini.

Hamper cabutan bertuah akan dibawa pulang oleh ahli PIBG yang hadir. datang ya, jangan tak datang.

Friday, March 28, 2008

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWP LABUAN KALI KE-8, HARI TERAKHIR

Pasukan Olahraga SMK Lajau telah menambah dua pingat perak dan satu pingat gangsa pada hari terakhir kejohanan ini, menjadikan jumlah kutipan; satu emas, 8 perak, dan satu gangsa. Pingat perak terakhir diraih oleh pasukan lari berganti-ganti 4 x 100 meter 18 tahun, yang merupakan acara terakhir sebelum upacara penutupan rasmi.

Perasmian penutupan petang ini oleh YB Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal, pada jam 3.00 petang.

Tahniah para atlet SMK Lajau, W.P Labuan. Semoga tahun 2009 akan lebih menyerlah dengan latihan sepanjang tahun.

Pengetua SMK Lajau Encik Sahar bin Misron mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada warga SEMELA yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pengurusan atlet sekolah ini dalam kejohanan tahunan ini. Mereka antaranya, Puan Rayni bt Yusof, PK Kokurikulum, pengurus Pn. Norsiah Nasip, dan Puan Fazidah Ahmad, guru-guru lain, Puan Nor Asiah Abd. Ghani, Puan Hajah Jubia bt Lamdin, Puan Faridah Hanum Abu Bakar, Puan Ku Izanah bt Ku Hussin, Puan Kartini, Encik Matsani, Encik Mohd. Firlii Firzuan, Encik Polorin Jueh, Ustaz Zahari Awang, Encik Zamri Palen, Encik Isa dan ramai lagi, juga kepada semua murid SMK Lajau, komitmen anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, March 27, 2008

SMK Lajau Pengerusi JK Pengelola Hari Guru Labuan

SMK Lajau ialah Pengerusi JK Pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat W.P Labuan tahun 2008, dibantu SM Teknik Labuan dan SK Bukit Kalam selaku Timbalan Pengerusi JK.. Mesyuarat Pertama JK Pengelola yang dipengerusikan oleh Encik Sahar bin Misron, Pengetua SMK Lajau telah diadakan di SMK Teknik pada 27 Mac 2008, jam 2.30 petang, yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran W. P Labuan Encik Omar Baki bin Matusin.

ALUMNI SMK LAJAU TELAH WUJUD

Persatuan Bekas Pelajar SMK Lajau, W.P Labuan telah ditubuhkan secara rasmi dalam Mesyuarat Agung Permulaan pada 21 Mac yang lalu.

Ahli baru boleh mendaftar dengan menghubungi Pengetua SMK lajau, W.P Labuan di talian 087-462995 pada waktu pejabat.

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau, W.P Labuan

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau, W.P Labuan akan diadakan di Dataran Gemilang sekolah ini pada 30 Mac 2008. Semua ibu bapa/penjaga murid serta guru-guru dijemput hadir. Hamper-hamper cabutan bertuah disediakan kepada mereka yang bertuah,

Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, Pengarah Pelajaran W.P Labuan. Sebelum perasmian, satu ceramah keselamatan akan disampaikan oleh Tuan DSP Abdul Razak dari Balai Polis IPD Labuan.

Sila datang beramai-ramai demi anak-anak SMK Lajau tercinta.

Hari Kedua MSSWP Labuan

Hari kedua MSSWP Labuan pada hari ini, kedudukan terkini pingat SMK Lajau ialah satu (1) emas dan 6 pingat perak. Para atlet sekolah ini berusaha keras untuk menambahkan kutipan pingat emas melalui acara-acara balapan.

Wednesday, March 26, 2008

Hari Pertama MSSWP Labuan Kali ke-8

Perasmian Kejohanan Olahraga MSSWP Labuan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, Pengarah Pelajaran W.P Labuan. Majlis dihadiri pegawai Jabatan Pelajaran Labuan, para pengetua, guru-guru besar, guru-guru dan murid sekolah rendah dan menengah seluruh Labuan.

Pasukan Olahraga SMK Lajau, W.P Labuan berjaya mengutip satu(1) pingat emas dan enam(6) pingat perak pada hari pertama Kejohanan Olahraga MSSWP Labuan yang berlangsung di SM Teknik Labuan dan di Kolej Matrikulasi Labuan.

Pingat emas dimenangi dalam acara Lontar Lembing perempuan.

Esok kejohanan ini disambung lagi di Kolej Matrikulasi labuan.

Saturday, March 15, 2008

SELAMAT DATANG KE SMK LAJAU LABUAN

Salam,

Warga SMK Lajau, W.P Labuan mengucapkan selamat datang kepada pelawat ke blog kami. Kami akan memberikan maklumat terkini kepada pelawat untuk berkongsi pengalaman dengan kami ke arah memartabatkan profesion pendidikan di negara ini.

SMK Lajau, terletak 11 kilometer dari bandar Labuan. Sekolah ini mula beroperasi sejak tahun 1997. Pada masa ini Pengetua SMK Lajau ialah Encik Sahar bin Misron, dibantu oleh Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum, Puan Dona Undoh, Penolong Kanan HEM ialah Puan Siti Zubaidah Salleh, dan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rayini Yusof.

Encik Sahar bin Misron, menerajui SMK Lajau sejak 16 Jun 2006. Pengetua sebelumnya ialah Tuan Haji Mohammad bin Abu Bakar yang bersara pada 16 Mei 2006, manakala Pengetua pertama ialah Encik Abidin bin Marjan yang telah bertukar ke Sabah.

Bilangan murid sekolah ini ialah 501 orang, dengan 52 guru dan kakitangan sokongan. Bilangan kelas ialah 20 buah kelas dari Tingkatan satu hingga Tingkatan enam. Sebuah bangunan tambahan makmal dan bengkel sedang dalam pembinaan untuk menampung lebih ramai murid pada masa akan datang.

Berita terkini, SMK Lajau telah mencapai prestasi 100% dalam peperiksaan SPM 2007, semua pelajar layak mendapat sijil SPM, iaitu mengekalkan prestasi Tahun 2006; manakala dalam peperiksaan STPM 2007 prestasinya 88.89%, dengan kualiti prestasi 7 pelajar mendapat 5 principal, 16 pelajar mendapat 4 principal, dan 11 mendapat 3 principal. Sembilan (9) pelajar mendapat pointer 3 ke atas. Seorang mendapat 3.59 cgpa dan merupakan pelajar cemerlang peringkat W.P Labuan bersama seorang pelajar dari SMK Labuan.