Sunday, August 17, 2008

PASUKAN KOMPANG FORMASI SMK LAJAU NAIB JOHAN PERTANDINGAN DI UMS KAL

Pasukan Kompang SMK Lajau petang semalam meneruskan langkah cemerlang apabila muncul Naib Juara dalam Pertandingan Kompang Sempena KONVO UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan meraih wang tunai RM600.00 serta sijil...Johan Pasukan Kompang Tunas Budaya SK Sg. Bedaun yang menggondol RM800.00. Pasukan Kompang SMK Lajau dalam latihan pesat ke pertandingan kebangsaan di Negeri Sembilan pada 23 Ogos 2008 nanti bersama pasukan SK Sg Bedaun.

Tahniah kepada 16 hero SEMELA serta pembimbingnya semalam Ustaz Ramizu Osman dan Puan Jumah Ismail. Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron sekeluarga turut memberi sokongan moral di UMS KAL petang semalam. Pertandingan semalam adalah untuk memanaskan badan sebelum ke Negeri Sembilan.

Tahniah daripada seluruh warga SMK Lajau.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada 16 orang pelajar SMK Lajau yang telah berlatih bersungguh-sungguh sehingga ke hari pertandingan..semoga berjaya dalam mewakili kebangsaan dalam Pertandingan Kompang dan Formasi pada 23 Ogos 2008 ini sekaligus dapat mengharumkan nama W.P Labuan..

SMK LAJAU said...

Terima kasih kepada pnulis tanpa nama, ucapan tahniah anda akan menyemarakkan semangat juang anak-anak murid SMK Lajau. Thanks.