Saturday, July 26, 2008

PENGETUA SMK LAJAU BERSIDANG DI JOHOR BAHRU

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron akan menghadiri persidangan Pengetua Kebangsaan di Hotel Zon Regency Johor Bahru dari 28 Julai hingga 31 Julai 2008, bersama-sama tiga lagi pengetua dari W.P Labuan iaitu Tuan Haji Ali Deros, En. Jirim Toysim dan En. Ammar Che Soh. Semoga hasil persidangan itu nanti akan dapat digunakan untuk memantapkan lagi pengurusan sekolah ini demi anak-anak SMK Lajau.

Kepada warga SMK Lajau yang ditinggalkan sementara oleh Pengetua, teruskan minggu ujian kalian sepanjang minggu hadapan. Patuhi segala arahan Puan Dona Undoh, Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum yang menjalankan sementara tugas pengetua SEMELA. Kepada semua warga guru dan staf, kewajipan dan tanggungjawab yang dilaksanakan amat dihargai dan mohon direstui Ilahi.

6 comments:

nakal dulu said...

Teruskan kejayaan cemerlang SEMELA, kami anak murid awal tumpang bangga. Wah ada pengetua baru ya, ke mana sudah Encik Abidin dan Tuan Haji Mohammad.

dpd.
murid lajau dulu nakal,
sekarang sudah insaf

SMK LAJAU said...

Pengetua baru kami Encik Sahar Misron berasal dari Johor. Encik Abidin telah bertukar ke Sabah dan Tuan Haji Mohammad Abu Bakar telah bersara tahun 2006 lagi

SMK LAJAU said...

Oh ya terima kasih kerana masih sayangkan SEMELA, datang-datanglah ke sini, jumpa guru-guru lama seperti Puan Dona, Puan Siti Zubaidah, Cikgu Yaakub, Cikgu Isa, Cikgu Matsani, Cikgu Norita, Puan Nurfiah....

amiechomel said...

boleh tau ke nama murid nakal ni saper? hehe... kot2 kenal...

nakal dulu said...

malulah cikgu, memang cikgu kenal saya tu....

amiechomel said...

ala apa lak nak malu, kan dah insaf... hehe...