Monday, June 15, 2009

TIGA TAHUN SAHAR MISRON PENGETUA SMK LAJAU

Hari ini 16 Jun 2009, genap tiga tahun Sahar Misron, menerajui SMK Lajau, Labuan. Pastinya pelbagai kenangan pahit manis, suka duka, masam manis, dan seumpamanya bagi menjadikan SMK Lajau sebuah sekolah terbaik di W.P Labuan. Begitu cepat masa berlalu. Kepada semua warga SMK Lajau, hasrat yang satu telah, sedang dan akan terus digembleng ke arah menjadikan murid sekolah ini berdaya saing, berdaya maju, tahan menghadapi cabaran dan rintangan, tidak jemu belajar, tidak jemu mendisiplinkan diri, tidak mudah berputus-asa dengan semangat kerjasama penuh ikhlas dan kejujuran tanpa jemu warga guru/staf mendidik murid hanya Allah sahaja yang membalasnya. Terima kasih semua.......

Mulai hari ini juga satu pendekatan baru mendisiplinkan murid mula dilaksanakan iaitu pelaksanaan "kupon saman" kesalahan disiplin murid dilancarkan dengan rasminya. Semoga pelaksanaannya akan lebih memantapkan disiplin dan sahsiah serta ketrampilan murid sekolah ini, perlu dilaksanakan dengan ikhlas bukan bertujuan mencari kesalahan murid tetapi dengan niat menjadikan murid sekolah ini mempunyai sahsiah dan disiplin yang tinggi dan sedia berubah!

7 comments:

amiechomel said...

sebagai guru majalah sekolah SEMELA pada tarikh 16 jun 3 tahun lalu, masih tersimpan gambar hari pertama cikgu sahar di lebest, kalau tak silap saya, hari tu hari jumaat kan, cikgu sahar begitu handsome dgn baju melayu bersamping... semua warga semela mcm nervous je, takut dpt pengetua garang... hehehe... garang memang garang, tapi garang bawa kebaikan...

but really, i salute u!

SAHAR MISRON said...

Ya betul tu, baju Melayu warna hijau pucuk pisang..... Jumaat yang membawa berkat kepada seluruh warga SEMELA dan kami sekeluarga...Moga terus cemerlang semua, ampun maaf segala kesilapan...SEMELA organisasi kedua paling lama berkhidmat selain PPK, KPM.... yang lain antara lima bulan hingga kurang 3 tahun sahaja, syukur....saya masih di sini...Terima kasih seluruh warga masih menerima kehadiran...

Al-Rashid Zulkefli said...

ingat lg time tu, kami(students) dibayangi yang pegetua baru betul2 garang!

heh!

sebenarnya, rapat ngan student
;p

selamat berjaya untuk cg!
;p

AdRidz1 said...

btl 2!!!
smenjak khadiran cg d semela bnyk pembharuan y cg bw.
sye bangga krna sempat jd student lajau d bwah pentadbiran cg..

salute u!!

selamat maju jaya cikgu:-)

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Kepada bekas pelajar sila beri idea majukan sekolah tersayang kita...

Anonymous said...

assalmualaikum dan salam sejahtera kpd semua warga semela dan ckgu2 disana.. saya bekas pelajar smk lajau spm tahun 2008(pendeta berjanggut). rindu rasanya pd sekolah yang kududuki selama 5 tahun, menempuh pelbagai suka dan duka demi mencapai kejayaan untuk mengharumkan nama sekolah yang kucintai ini. Akhirnya, tercapai juga impian dan harapan yang selama ini kupendam dan kulepaskan melalui kejayaan dan berkat doa ibu dan bapa yang tidak putus2 mendoakan. Tak lupa juga kepada sahabat2ku dari 5 Amanah,safwan,huzaisys,adeline,hairom, hamirul, fizzie, dan yang lain2nya, semoga berjaya dalam perjuangan anda.aiseh... jiwang pla ayat nih. Pda ckgu sahar,teruskan perjuanganmu mendidik anak2 semela yang tercinta. Semoga SPM tahun 2009 mencapai peratus kelulusan yang tinggi. alangkah gembira dapat menuju kemenara gading.harap pelajar semela semuanya berjaya insyaallah. Untuk mencapai kejayaan bukanlah mudah tapi tidak mustahil jika kita berusaha. Saya sendiri pun bukanlah pelajar yang excel yang pintar sangat pun.. tapi rajinlah..hehe. Tapi saya nak konsi skit pd pelajar semela yg baca comment ni tips mcm mn nak jadi pelajar yg cemerlang. First sekali, "study!", "study!" and "study!!". Itu perkara asas sebagai seorang pelajar... saya masih ingat lagi nenek kata "you reap what you sow" ceh.. speaking pla..kita mestilah berkorban untuk berjaya. Pernah tu satu hari Ku tengok kwn pegi enjoy ke ujana hepy2,shopping2,cuci mata ish3..rasa dengki jga mau ikut tapi rileks.. baek baca buku,lps SPM baru enjoy puas2 hehe.. then sya amalkan "prep-concentrate-review". 'prep' is preparation before the class. To concentrate adalah ambil perhatian 100% dlam kelas. Jgn pkir benda len.. atau tengok awek!. And review means to go trough what you have learnt after class. klu tak faham tu apa cikgu ajar tanyalah,jgn malu2 even cgku tu cun lawa..tips seterusnya pla adlh klu ble ikutlah, eksploitasikan library tuh..sya pun kat kampus ni brapa jam kat library, bkan dating la tpi study..cehh..rajin konon.bkan apa,library kan tak bising..blh blajar dgn tenang.then kna bykkn buat latihan.ini lg penting.practise make perfect!.ha lpas tu jgn buang masa.itu penting tau.jgn bergayut sja dlm telepon mlm2..marah liau karang.lpstu jgn tengok tv sja. Ada kajian saintifik mengatakn org yang tengok tv berjam2 akan mgurangkan peluang utk menjadi seorang tang berjaya. ia akn mmbuatkan otak jadi kurg aktif.dgr tu..then jaga pmakanan.pnting jga ni.. "air!".pastikan ckup mnum air, tapi jgnla air paip.mineral waterlah bgus.mkn sayur,buah2han,mknan tinggi kndungan serat,tempe pn bgs jga utk otak,vitamin C bgus utk kurgkn stress dan mgelakkan dr hypertension,diabetes,cancer dn mslh jntung. then,kna ckup tidur. tdurlah sebelum pkul 11 atau pling2 pn pkul 12.tau tak, 1 jam tidur sebelum tgh mlm adlh bersmaan dgn 2 jam tdur lps tgh mlm. jdi, lps bgun gerenti segar pnya.. pegi sek pun cergas tak lambat sampai kna tulis nama diluar pagar..he.Dan jgn lupa yg muslim tu,sembahyanglah.jgn tggl sembahyang..bdosa..sedekah dan buat solat hajat.berdoa kpd allah...berdoa spaya faham apa kita pelajari. pastu tawakal. then hormat jga ibu bpa... haa,tu jalah yang sya bleh kongsikan..cadangan untuk sek, rasanya setiap pelajar mesti ada satu tutorial book atau buku latihan merangkumi semua bab yang dipelajari dlm tahun tu.dlmnya soalan2 mirip SPM klu blh. moga2 blh mmbantu. moga2 plajar spm thn ni dpt straight'A'..amin..assalamualaikum.
"tuntutlah ilmu kerana jika kamu tak berharta, maka ilmu itulah mnjadi hartamu dan jika kamu berharta ilmu itu akan menjadi perhiasanmu"

Anonymous said...

assalamualaikum.. saya bekas pelajar smk lajau. sudah lama kami mnunggu sijil spm. 2008 bilakh sijil itu akan keluar? kami rindukan SMK LAJAU. har har harrrr.........!!