Saturday, September 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA WARGA SMK LAJAU, W.P LABUAN. MAAF ZAHIR BATIN, SEMOGA CEMERLANG DUNIA AKHIRAT....

Tuesday, September 15, 2009

LAWATAN KETUA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI W.P LABUAN KE SMK LAJAU

Warga SMK Lajau mengucapkan terima kasih atas kesudian Ketua Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) W.P Labuan, Tuan Hj. Jumali serta pegawai-pegawainya Puan Norliza dan Puan Lee melawat SMK Lajau pagi ini, 14 September 2009. Lawatan selama hampir 3 jam memberi manfaat kepada warga sekolah untuk meneruskan tugas sebagai pendidik dan pelajar tulen bagi memastikan kecemerlangan sekolah ini serta membuat penambahbaikan yang mana perlu. Kami sentiasa menerima kehadiran para pelawat dengan hati terbuka.

Warga sekolah merakamkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Haji Jumali, Ketua JNJK Labuan serta para pegawainya. Semoga hubungan ini berterusan dalam suasana harmoni, kami menerima segala nasihat dan pandangan tuan/puan demi anak-anak SMK Lajau tercinta.

Sunday, September 13, 2009

TAKLIMAT PERMUAFAKATAN KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK LAJAU 12 SEPTEMBER 2009

Satu Majlis Taklimat Permuafakatan Pelajar serta Ibu bapa dan guru SMK Lajau bersama Pengetua diadakan di Bilik Semarak, sekolah ini pada 12 September 2009 dalam suasana mesra. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)di SMK Lajau bermula pada 15 Jun 2009 dengan Program Masalah Pembelajaran dan Masalah Pendengaran.....Turut hadir Ketua Kampung Lajau, Tn. Haji Sudin Omar, juga YDP PIBG. Sdr Azri Onn, wartawan Utusan Borneo juga hadir membuat liputan.

Saturday, September 5, 2009

MAJLIS TAKLIMAT LALUAN GURU DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TKSU

Majlis Taklimat Laluan Guru oleh TKSU (Pengurusan) KPM, Y.BHG Datuk Kamaruzaman kepada guru-guru kanan, pengetua, guru besar, pegawai JPN Labuan diadakan di Bilik Kuliah Kolej Matrikulasi Labuan petang semalam. Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh para pendidik. Sebelah petang beliau bersama warga pendidikan Labuan diketuai pengarah Pelajaran Labuan, Encik Mohammad Zaki bin Mohd Yusof diadakan di Pusat Kokurikulum Ganggarak, diikuti solat sunat Terawih dan moreh, juga penyampaian sumbangan kepada murid yatim dari setiap sekolah. Majlis berakhir 9.30 malam 05 Spt. 2009.

Friday, September 4, 2009

SAF SEMAKIN PENDEK

Ramadhan sudah hampir ke pertengahan perjalanan, di masjid solat Terawih masih seperti biasa, cuma bilangan jemaah semakin berkurangan, saf semakin pendek, tidak seperti malam-malam awal Ramadhan...Kita sama-sama hidupkan malam Ramadhan penuh barakah ini, sepatah kata Ustaz Ramizu pagi tadi selepas bacaan Yassin di Dataran Gemilang, kalau sepuluh hari pertama Ramadhan diselubungi kerahmatan, kini fasa kedua hari-hari pengampunan....Kita mentafsir diri segala kesilapan lalu, untuk memohon keampunan-Nya, mudah-mudahan diterima.

Para pejuang kecil perang PMR, SPM dan STPM teruskan ketabahan kalian, kami warga SEMELA mendoakan kejayaan dan kecemerlanganmu, InsyaAllah!

TAKLIMAT PENGETUA KEPADA CALON PMR SMK LAJAU DAN RESTU RAMADHAN

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron memberi taklimat motivasi kepada semua 95 calon PMR SMK Lajau hampir satu jam di dataran Gemilang. Selepas itu semua calon berikrar untuk memenuhi sasaran masing-masing, diikuti mohon restu awal(Ramadhan) kepada pengetua, guru penolong kanan dan guru-guru.... semoga doa kami dimakbulkan Allah.....Cemerlanglah SMK Lajau itulah harapan seluruh warga, ingatlah semua A, semua B, semua C, semua D pun dapat ganjaran khas.

Wednesday, September 2, 2009

CALON CEMERLANG PMR SMK LAJAU, BUATLAH KEJUTAN PMR 2009

Pagi ini seramai 12 calon cemerlang PMR SMK Lajau diberi kata semangat dan motivasi agar sentiasa mempunyai azam kental dan kukuh untuk membuat kejutan pada tahunh ini dan berusaha gigih, meneruskan langkah menjadi harapan ibu bapa, guru, pengetua, warga Labuan mencapai kecemerlangan dengan mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Motivasi disampaikan sendiri oleh Pengetua, Sahar Misron di bilik pengetua selama hampir dua jam dalam dua kumpulan. Setiap pelajar berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk mencipta kejutan! Tiada yang mustahil asalkan berusaha dengan penuh keyakinan, ikhlas serta mendapat restu ibu bapa, guru kerana mereka berpotensi melakukan yang terbaik kali ini. Kita doakan kejayaan mereka! Yakin BOLEH! Memang BOLEH!BOLEH!!!!! Sesungguhnya BOLEH! Gunakan kekuatan minda untuk PMR 2009. Catatan tangan kalian dengan ayat-ayat meyakinkan akan menjadi "azimat" dan kenangan manis, InsyaAllah.....Salam pengetua kepada ibu bapa kalian.

Kepada semua calon PMR yang lain anda juga boleh membuat kejutan tersendiri.....ganjarannya RM300.00 seorang kepada pelajar yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran!