Wednesday, July 1, 2009

HARI INI TERCATAT SEJARAH TERSENDIRI DI SMK LAJAU

Hari ini, Rabu 1 Julai 2009 tercatat sejarah tersendiri bagi SMK Lajau sejak beroperasi pada Tahun 1996, seorang pelajar SPM Tahun 2008 Sdr. Huzaisys Abd Rani disahkan mendapat straight A setelah semakan semula mata pelajaran EST diterima Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), dengan gred 2A melalui surat yang diterima pihak sekolah petang ini berserta slip terbaru. Sehubungan itu beliau mencatat sejarah menjadi pelajar pertama yang mendapat 11 A dalam Peperiksaan SPM.

Berita gembira ini dikongsikan untuk seluruh warga guru, staf dan murid SMK Lajau. Pengetua sempat menghantar SMS kepada Pengarah Pelajaran, Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof memaklumkan berita ini serta Ketua Sektor SPA, Puan Maimoon bt Matnoh siang tadi. Semoga kejayaan pelajar ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan kepada pelajar lain dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM Tahun 2009.

Tahniah kepada Sdr Huzai dan keluarganya serta seluruh warga SMK Lajau dan semua pihak yang memberi sokongan.

4 comments:

amiechomel said...

congratulations! asalnya EST dia dapat berapa?

SAHAR MISRON said...

EST dia asalnya 3B.... Syukurlah, tak sia-sia RM50.00 kami bayarkan untuk semak semula..

Jajaa ! said...

syukur alhamdulillah .
jeles nyaa !

SAHAR MISRON said...

Jajaa, usaha bersungguh-sungguh pasti cemerlang....