Friday, October 2, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT PMR/SPM/STPM SMK LAJAU dan JUADAH MAKAN MALAM AYAM KAMPUNG FRANCE

Majlis Solat Hajat PMR/SPM/STPM diadakan di Galeri Warisan SMK Lajau malam tadi dengan dihadiri lebih 250 ibu bapa, murid. guru dan staf serta ketua-ketua kampung jiran. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti bacaan yassin, amanat pengetua, amanat Pengarah Pelajaran Labuan En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof, seterusnya solat Isyak serta solat Hajat. Selepas itu para jemputan dan murid menikmati jamuan makan malam, yang mana mereka menikmati hidangan ayam kari dan ayam goreng yang dipelihara oleh sekolah, juga sebelah pagi semalam ayam disembelih sendiri oleh guru-guru, serta dimasak sendiri oleh "pakar-pakar masak" SMK Lajau yang diketuai oleh Cikgu Kartini Awi. Terima kasih kepada Pengarah dan pegawai/kakitangan Jabatan Haiwan yang memberikan anak-anak ayam itu dan memantau projek ini, kalau ada ruang bolehlah disambung lagi kan....tinggal 7 ekor untuk baka, sudah bertelur pun...Tak tahu ayam ni pandai mengeram atau tidak. Kita cuba minta tolong Cikgu Rayini campurkan dengan ayam kampungnya, lepas itu hantar anak-anak ayam tu untuk kesinambungan. Sayangnya Pengarah Jabatan Haiwan tidak dapaat hadir malam ini kerana kesibukan beliau. Terima kasih tuan daripada warga SMK Lajau...

Hujan lebat yang turun di pertengahan majlis merupakan "hujan rahmat" yang menjadikan majlis malam tadi, sepatah kata Pengarah Pelajaran " meriah" kerana semua yang hadir berhimpun di kantin sekolah sambil menikmati juadah makan malam, dan hanya beredar apabila hujan mulai reda.(mana boleh balik cepat hujan bah). Terima kasih Allah yang menurunkan "hujan rahmat" malam tadi. Semoga keberkatannya turun pula kepada calon PMR/SPM/STPM SEMELA, target kuantiti 100% moga tercapai, juga kualiti "semua A" 10,5, 5, mudah-mudahan.

Setinggi penghargaan kepada tuan Pengarah Pelajaran yang hadir, juga kepada Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Labuan, Cik Kaziyati Osman, ibu bapa, ketua-ketua kampung, ALUMNI sekolah, calon PMR/SPm/STPM serta warga guru dan staf SMK Lajau yang mengendalikan majlis dengan sempurna. Semoga "teamwork" seumpama ini kita teruskan demi anak-anak SEMELA tercinta.

Sama-sama kita doakan anak-anak didik kita beroleh kejayaan cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM, mudah-mudahan doa kita diterima Ilahi. Kepada anak-anak SEMELA teruskan perjuangan bagi meletakkan sekolah kita sebaris dengan sekolah-sekolah lain di wilayah ini.

3 comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN BEBULOH said...

smk lajau pasti BOLEH.. sedap tu ayam kampung

SEKOLAH KEBANGSAAN BEBULOH said...

cikgu masukkan chat room boleh la berinteraksi ngan murid

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Ayam kampung baka "France" lain sikit, kuat makan,,nasib baik dia makan kelapa, bolehlah tampung kos...

Terima kasih atas pandangan, saya ni berblogging "trial and error" sahaja, taklah pandai sangat... kena ajarkan nak buat "chat room"...Kita sama-sama berdoa SMK Lajau "BOLEH" SK Bebuloh pun "BOLEH" kan?...Mudah-mudahan sama-sama cemerlang!