Sunday, December 27, 2009

AL-FATIHAH KEPADA ANAK CG NURUL NAZIHA YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH MALAM TADI

Seluruh warga SMK Lajau mengucapkan takziah kepada cg Nurul dan keluarga yang kehilangan anaknya tersayang yang meninggal dunia malam tadi di Kuala Lumpur. Jenazahnya selamat disemadikan di Perkuburan Islam Kg Sg Labu tengah hari tadi. Beberapa rakan guru/staf serta Pengetua SMK Lajau sempat menziarahi tengah hari/petang ini. Kepada cg Nurul, banyakkan bersabar menghadapi dugaan ini, semoga roh arwah dicucuri Rahmat-Nya. Al-Fatihah daripada warga SMK Lajau.

6 comments:

amiechomel said...

Takziah... Anak Nurul yg mana ni? Sakit apa?

SAHAR MISRON said...

Anak cg Nurul Naziha yang kecil sekali, yang dalam rawatan selepas pembedahan di KL.

sonata anak kancil said...

takziah kepada keluarga cikgu Nurul.
Al-Fatihah.

Meet Uncle Shah said...

al fatihah

Anonymous said...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Pelajaran,Pengetua SMK Lajau,guru-guru, staf dan bekas pelajar S.M.K. Lajau yang menyampaikan salam takziah, datang menziarah dan bersama-sama mendoakan arwah ketika jenazah disemadikan di Perkuburan Islam Kg. Sg. Labu pada 27 Disember 2009.Tidak ketinggalan mereka yang datang membaca Yaasin serta bertahlil pada 3 malam berturut-turut.Untuk pengetahuan, arwah menghembuskan nafas terakhir pada 12.35 tengah malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya, K.L. pada 10 Muharam 1431.Sebalik kehilangan arwah, cikgu sekeluarga berasa reda(redha)kerana arwah kembali ke Rahmatullah pada hari yang bersejarah, iaitu 10 Asyura(10 Muharam). Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan berada dalam golongan beriman dan soleh.Amin.Ikhlas daripada Cikgu Nurul dan sekeluarga.

SAHAR MISRON said...

Semoga Cikgu Nurul terus tabah menghadapi dugaan ini, kami warga SEMELA sentiasa bersama. Anak-anak murid juga menunggu-nunggu kehadiran cikgu kembali mengajar mereka....