Wednesday, January 13, 2010

KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SMK LAJAU KE SK LUBOK TEMIANG, LABUAN

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron membuat Kunjungan Hormat Awal Tahun 2010 ke SK Lubok Temiang pada 13 Januari 2010, jam 930 pagi. Beliau sempat berbincang hal-hal profesional tentang prestasi akademik dan pemantapan sahsiah murid, memikirkan strategi terbaik dalam semangat "kejiranan" sekolah.

Pengetua SMK Lajau mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menerima kunjungan ini serta mee kari yang sungguh enak dan lazat. Pengetua sempat menjemput beliau untuk bersama-sama warga murid SMK Lajau semasa Larian SEMELA esok 15 Januari 2010 yang turut melalui hadapan SK Lubok Temiang...

Semoga hubungan kedua-dua sekolah bertambah akrab, InsyaAllah demi kepentingan warga murid dan guru SMK Lajau dan SK Lubok Temiang.

No comments: