Thursday, June 19, 2008

PERASMIAN PROGRAM RINTIS ANUGERAH REMAJA PERDANA

Satu Majlis Perasmian Anugerah Remaja Perdana (ARP) telah diadakan di dataran Gemilang SMK Lajau pada petang 18 Jun 2008 melibatkan seramai 60 murid sekolah ini. Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia W.P Labuan Puan Hajah Zawiyah bt Muhamad. Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin Misron menyampaikan ucapan alu-aluan.

SMK Lajau bertuah terpilih antara tiga sekolah di wilayah ini bersama-sama SM Sains dan SMK Labuan. Program ini memberi nilai tambah kepada murid sekolah ini, yang akan dinilai dalam aktiviti yang dijalankan terutama hal kemasyarakatan, kemahiran dan melibatkan kokurikulum. Mereka berpeluang untuk ke peringkat antarabangsa. Program ini terbuka kepada mereka yang berusia 15 hingga 25 tahun.

2 comments:

ARP Daerah Jempol said...

Tahniah pada sekolah, kerana sudah ada ARP di sekolah tersebut. Jangan lupa selalu klik pada www.anugerahremajaperdana.blogspot.com . Sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah rujuk pada kami ok. Kami sedia membantu..

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Warga SNK Lajau W.P Labuan merakamkan ucapan terima kasih kepada arp daerah jempol atas ucapan tahniah. Ucapan tuan memberi semangat kepada kami untuk meneruskan program ini. Terima kasih sekalung budi