Friday, March 13, 2009

BACAAN YASSIN DAN JAMUAN KESYUKURAN

Majlis Bacaan Yassin dan Jamuan Kesyukuran SMK Lajau diadakan di Dataran Gemilang SMK Lajau dan kantin sekolah pagi ini atas kejayaan cemerlang pelajar SMK Lajau dalam SPM dan STPM Tahun 2008. Bacaan Yassin dipimpin oleh Ustaz Zahari. Selepas itu ucapan daripada Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron, diikuti oleh penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM oleh guru-guru, selepas itu perkongsian pelajar cemerlang Sdr. Huzaisys Md. Rani yang memperoleh 10A dalam SPM serta Safwan Matnor, Hamizan, serta perkongsian oleh Md. Rani, ayah Huzaisys, memberi motivasi kepada pelajar sekolah ini. Kepada semua guru, kita ucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha bersungguh-sungguh begi membolehkan kejayaan dicapai pelajar SEMELA.

Selepas itu, semua pelajar dan guru serta warga sekolah menikmati jamuan yang disediakan....Sungguh berselera mereka menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah.

Lepas ini kita gemblengkan tenaga bersama guru,warga sekolah dengan pelajar serta ibu bapa, masyarakat untuk memastikan kecemerlangan diteruskan...

3 comments:

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam,

Satu kombinasi yang melengkapi aspek-aspek kehidupan. Dunia dan akhirat!!!

Bersyukur cara ini, amat dituntut dalam Islam. Tahniah, kepada warga penggerak SEMELA kerana mengetengahkan elemen keagamaan dalam kehidupan pelajar!!!

Teruskan usaha!!
;p

Jajaa♥ said...

yea !
sya suka time khuzai ckp.
lucu. =)

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Kami teruskan supaya anak SMK Lajau cemerlang hasilnya.... lepas ini ada pendidikan khas pula, dengar khabar nak dihantar yang masalah pendengaran.....Kami sedia menerima dengan tulus ikhlas