Sunday, March 22, 2009

GEOPARK LANGKAWI YANG MEMUKAU

Mesyuarat Pengetua dengan Pengarah dan pegawai JPN Labuan pada 18-21 Mac, mencipta kelainan dengan kesempatan cuti dengan menyusuri Taman Geopark KILIM yang sungguh memukau kami....dengan permulaan hujan lebat, hingga kami sempat membeli baju hujan 3 RM10.00, lucu juga melihat rakan-rakan yang tidak biasa memakainya, seperti menebar roti jala, yang akhirnya koyak-rabak.... basah lecun juga, kemudian cuaca kembali cerah. Perhentian pertama melihat pelbagai jenis ikan sangkar, yang paling menarik "ikan sumpit" yang pandai menyumpit macam orang asli apabila diberi roti makanannya.

Keliling kami hutan bakau yang beribu tahun usianya, sungguh mengagumkan, sesuai untuk aku yang "major Geografi" mungkin juga pengarah yang sama major di u, juga Puan Rosni... mungkin juga kawan-kawan lain pun tumpang seronok jua... Hutan bakau yang memukau, habitat hidupan tepi pantai yang unik, tidak hairanlah kalau kami lihat banyak sekali kapal "Mat Salleh" di sepanjang sungai berlabuh..mungkin juga sewa "parking:nya murah...

Selepas itu menyusur lagi menikmati batuan kapur yang pelbagai bentuk di keliling sungai/muara. Melihat ular kapak yang kekenyangan di atas dahan, boleh berada di situ berbulan-bulan lamanya. Menusuri lohong ombak yang membentuk gua batu kapur yang boleh dilalui ketika air pasang saja.

Memberi makan helang "Langkawi" dengan perut ayam, kumpulan helang yang banyak menyambar, sungguh menghiburkan....

Selepas itu kami melihat "Pulau Kasut" sebelum sejenak ke laut langkawi sempadan Siam, rasa nak berenang menyeberangi sempadan, aku lepaslah kerana bawa pasport, rakan lain apa hal.... tak jadilah "berenang" ke Siam.

Perjalanan akhir menyusur Gua Kelawar dengan lampu suluh sewa RM1.00, aku sudah bersedia dengan lampu suluh kecil dan "lighter" jika perlu digunakan.... bau tahi kelawar memualkan.... cepat saja jalan kami...bau hancing saja..."siapa makan cili terasa pedasnya"....

Pulang ke Jeti Mula dengan kepuasan kerana inilah antara hobi aku selain meredah hutan dan memanjat gunung. Di gerai makan Pengarah yang mulia hatinya dan pemurah belanja kami laksa langkawi, ok juga rasanya, kawan kami Ammar pesan mee udang, mak datuk besarnya udang.... mahal tu Pengarah! Lain kali kami belanja tuan pengarah pula, asyik tuan saja belanja malu kami....

Tiga jam menyusur "Geopark Langkawi" sungguh bermakna kepada kami. Gambar menyusul dalam post akan datang....

2 comments:

amiechomel said...

wah ruginya saya tak pegi ke tempat tu masa gi langkawi hari tu... tak sempat!

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Best tempat tu cikgu, orang yang minat keindahan alam semula jadilah...kat SMK Lajau rasa nak buat talian air menyusur keliling sekolah, mungkin pakai tali macam tarzan supaya budak-budak tak lagi ponteng kelas, senang nak cari, semua atas pokok, he he he