Thursday, July 9, 2009

PEMANTAUAN BERKELOMPOK KE SMK MUTIARA

Pagi ini 09 Julai 2009 Pegawai Angkat SMK Lajau, Subari Dwar, Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron, PK1 SMK Lajau, Dona Undoh, KB Sains dan Matematik SMK Lajau, Ang Bee Uan, membuat pemantauan berkelompok ke SMK Mutiara, Labuan. Pemantauan ini bertujuan untuk penambahbaikan sekolah-sekolah di Labuan dalam akademik.

Kumpulan dari Zon 3 ini membuat pemantauan pengurusan kurikulum, dan sempat membuat pencerapan di dalam kelas. Terima kasih kepada pengetua SMK Mutiara, Hjh Zam Zam Hj. A. Rashid, PK 1 En. Jamatin serta suru-gurunya termasuk Cikgu Masri, Cikgu Hjh Rokiah, Cikgu Shamsiah dll, minum pagi dan makan tengah hari yang enak lazat... Gambar pengetua, PK1, KB Sains dan Matematik SMK Lajau di Bilik Dokumentasi SMK Mutiara.

3 comments:

amiechomel said...

err pentadbir sekolah lain pegi memantau sekolah lain? hmm, interesting... boleh ceritakan lebih lanjut?

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

PROGRAM jpn UNTUK PENAMBAHBAIKAN SEKTOR AKADEMIK.....MENCERAP DAN MELIHAT PENGURUSAN KURIKULUM, TENGOK FAIL ORANG, HE HE HE

N Athirah Al-Labuani said...

patutlah hari Khamis minggu lepas kelihatan guru2 dari SMK Lajau di SMK Mutiara keluar masuk bilik dokumentasi...