Monday, October 12, 2009

PROGRAM RIMUP(RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN) DAN SAMBUTAN RAMAH MESRA AIDIL FITRI

SMK Lajau akan mengadakan Program RIMUP dan Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri 2009 di dataran Gemilang SMK Lajau pada 16 Oktober 2009. Selain warga SMK Lajau yang akan hadir, pihak kami juga menjemput 20 murid SMK Pantai dan 20 murid SMK Teknik bersama-sama hadir selain JK PIBG,pengetua-pengetua, guru-guru besar serta ketua-ketua kampung jiran sekolah, juga ketua-ketua Jabatan dan agensi lain. Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan, En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof, AMN jam 9.00 pagi

Datanglah beramai-ramai ke Dataran Gemilang, SMK Lajau JUMAAT ini. Kehadiran anda memeriahkan lagi majlis kami....

2 comments:

Anonymous said...

hye cikgu, saya dr tingkatan 5 ingin memberi cadangan agar pihak sekolah dpt membuat laluan zebra road di hdpn smpg sekolah. Ini adalah demi keselamatan pelajar2 yg terpaksa menyeberang jalan. walaupun kg lajau ni bukannya kwsn yg trlalu sibuk ttp terutama sekali pd hari jumaat bnyk kenderaan yg lalu.Ini mengundang bnyk bahaya...saya harap pihak sekolah akan mempertimbangkan hal ini dengan segera.

SAHAR MISRON said...

Terima kasih atas cadangan, telah saya jawab dalam blog saya