Monday, January 11, 2010

KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SMK LAJAU KE SK TANJUNG ARU

Petang ini selepas Majlis di JPN Labuan Pengetua sempat membuat kunjungan hormat ke SK Tanjung Aru, Labuan, bertemu Guru Besarnya En. Sulaiman bin Madin. Kinjungan hormat ini untuk mengucapkan tahniah kepada sekolah berkenaan atas pencapaian cemerlang dalam UPSR 2009 dengan peratus kelulusan melebihi 80%. Kami sempat bertukar-tukar fikiran untuk memajukan murid sekitar sini, kerana SK Tanjung Aru adalah "feeder school" kepada SMK Lajau....Pengetua kagum dengan pencapaian SK Tanjung Aru dengan guru besarnya yang baru di sekolah itu, fizikalnya juga sudah berubah sejak Pengetua kali terakhir semasa berkhidmat di JPN Labuan dahulu. Esok Pengetua akan ke SK Lubok Temiang pula untuk kunjungan kali kedua pula....

2 comments:

Worih said...

Salam bahagia tuan. Tahniah dari saya. Sesungguhnya maklumat ini yang sering ditunggu-tunggu. Bukan ke tuan sendiri dulu pernah menyatakan, jika tidak dimulakan langkah yang pertama, manakan dapat genggaman kejayaan tuu nak capai... kan tuan?. Tahniah sekali lagi. Semoga Contoh yanjg ditunjukkan ini akan jadi perangsang dan boleh memotivasikan ratusan kepimpinan di 'luar pesisir'.

Zainal Abidin Yaacob said...

saya harap hubungan baik antara guru besar sk Tanjung Aru & Pengetua SMK Lanjau sentiasa baik demi utk kejayaan anak2 bangsa kita tercinta.