Tuesday, February 24, 2009

GAMBAR SUKAN SMK LAJAU WARNA SATU HALAMAN UTUSAN HARI INI

Sila semak wajah-wajah SEMELA dalam Sukan Olahraga dalam Akhbar Utusan Borneo hari ini, 24 Februari 2009, terima kasih pemberita Azri Onn....Wajah Pengetua, Wajah wajah guru-guru dan wajah pelajar ceria sekali.

Monday, February 23, 2009

BERITA DAN GAMBAR PENGETUA DALAM UTUSAN BORNEO 18 FEBRUARI

Sila rujuk berita dan gambar-gambar Pengetua SMK Lajau dalam UB 18 Februari 2009, apa berita? Sila rujuk akhbar berkenaan atau layari internet akhbar berkenaan.

SUKAN OLAHRAGA SMK LAJAU KE-12 MERIAH

Sukan Olahraga SMK Lajau ke-12 yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Labuan berlangsung meriah dalam suasana redup nyaman mendebarkan 22 Februari 2009. Acara awal juga di KML berlangsung pagi dan petang sebelumnya. Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Pelajaran Labuan, Mohammad Zaki Mohd. Yusof dengan ucapan perasmian dan dua das tembakan pistol tanda perasmian, diikuti paluan kompang. Pengetua SMK Lajau, Sahar Misrron, mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa, YDP PIBG, ketua kampung Pohon Batu dan Ketua Kampung Batu Manikar.

Temasya kali ini lebih meriah dan gamat dengan dengan acara tarik tali pelajar tingkatan satu yang mencuit penonton dengan pelbagai gelagat pesertanya, terutama peserta "terkecil" Farizul yang "bergayut" di tali! Terima kasih juga kepada Pasukan Pancaragam SMK Labuan yang menyerikan majlis petang ini, diundang khas dengan restu pengetuanya Ammar Che Soh, serta gurunya Cikgu Chua. Terima kasih daun keladi, makan pizza, tahun depan datang lagi! Kepada Pengarah KML Labuan warga SMK Lajau mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan balapan, padang dan astaka serta kemudahannya.

Tahniah seluruh warga SMK Lajau!

Monday, February 16, 2009

PENGETUA, GURU BESAR DAN PK SABAH, SARAWAK DAN LABUAN MENGIKUTI TAKLIMAT EMIS DI KOTA SAMARAHAN

Pengetua, GB, dan Pk Sabah, Sarawak dan Labuan menghadiri Taklimat EMIS di BTPN Kota Samarahan, Sarawak yang dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,(EPRD), KPM dari 16-18 Februari 2009. Peserta menginap di Asrama BTPN, Kota Samarahan.

Penceramah ialah Dr. Azuan, Dr Markhaini Wati bt Sarwani, KS Puan Normah menyampaikan ucapan perasmian, Penyelaras Taklimat A. Rahim Osman, urus setia Cik Roslina.

Saturday, February 14, 2009

PENGETUA SMK LAJAU MENGIKUTI BENGKEL PENULISAN BUKU DI MTPL

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron mengikuti Bengkel Penulisan Asas dan Penerbitan Buku di Bilik Mesyuarat di Majlis Tindakan Pelancongan Labuan (MTPL), turut mengikuti bengkel ini Pengurus Besar MTPL, Siti Maznah Awang Damit serta ahli Persatuan Penulis W.P Labuan (PERWILA)serta pegawai MTPL dan wakil Jabatan-Jabatan Kerajaan. Bengkel berlangsung dari 14 hingga 15 Februari 2009. Pihak MTPL menyumbangkan RM10,000.00 kepada PERWILA untuk mengendalikan bengkel penulisan bagi memantapkan kegiatan penulisan seperti ini. Penyelaras Program Othman Mahali yang juga Bendahari PERWILA melaporkan 30 peserta menghadiri bengkel ini.

Bengkel dibimbing oleh Prof. Madya Dr.Hamedi Mohd Adnan dari Universiti Malaya dan Rusdi Awang dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Penutupan rasmi disempurnakan oleh Siti Maznah, dan alu-aluan oleh Sahar Misron, yang juga Ketua 2 PERWILA pagi ini, jam 11.30 pagi. Pada sebelah malamnya, para pembimbing serta Ketua 2 dan JK PERWILA menikmati makan malam di Anjung Ketam, Tanjung Aru, Labuan. Berselera benar mereka makan.....

Terima kasih semua.

SMK LAJAU JOHAN PING PONG PEREMPUAN 18 TAHUN MSSWPL

Akhirnya pagi ini SMK Lajau berjaya melakar kejayaan paling bermakna apabila INDIVIDU Perempuan 18 Tahun menjadi JOHAN. Manakala pasukan bergu perempuan 18 Tahun berjaya menjadi Naib Johan......Demikian SMS Puan Norsiah kepada Pengetua pagi ini. Hadiah paling bermakna kepada seluruh warga SMK Lajau.....

TAHNIAH! TAHNIAH!.....SMK LAJAU TERUS CEMERLANG.....Barulah kata SMK Lajau "TERBAIK" kan?..............

Friday, February 13, 2009

KEPUTUSAN TERKINI RENANG (AKUATIK) DAN PING PONG SERTA SEPAK TAKRAW MSSWPL

Tahniah kepada Adam Azlan, pelajar SMK Lajau yang meraih pingat Gangsa dalam acara Kuak Dada 50 Meter Lelaki 18 Tahun. Tahniah jurulatihnya, yang juga ibunya Puan Jubia Lamdin. Dalam individu renang Kuak Dada L15, Daniel no. 4, Ayub no.5, Zaidi no. 7, ada potensi mereka ni, gilap lagi bakat mereka untuk jangka panjang...L18 pula Adam no.6

Dalam acara Ping Pong, Pk Kokurikulum Puan Rayini Yusof melaporkan pingpong perempuan SMK lajau meraih tempat kedua dan ketiga, tahniah kepada penasihatnya. Semoga SMK lajau terus menyerlah di peringkat Labuan dan Kebangsaan.

Manakala Pasukan Sepak Takraw Lelaki 15 Tahun juga mendapat Naib Johan, kurang bernasib baik tewas kepada SMK Labuan. Tahun depan Johan tau!!....

SMK Lajau BOLEH! BOLEH! BOLEH! MENANG!.....

Thursday, February 12, 2009

MARI KITA BELAJAR BAHASA INGGERIS

EXTEND- to give: He extended help to the poor and needy

to stretch out; to lengthen: He extended his holiday to sixt months

to hold out: After a pretty quarrel, he extended his hand in friendship




EXTRA - an additional amount: The union has asked for extra payments this month in view of the festive season.

a special addition that goes with newspaper:
The newspaper is rather bulky today because there is an extra share issue prospectus

KEPUTUSAN BADMINTON MSSWPL TERKINI

Pasukan Badminton SMK Lajau Perempuan Beregu 15 Tahun ke perlawanan akhir, begitu juga perseorangan Perempuan Bawah 15 dan 18 Perempuan juga ke perlawanan akhir.... hebat tu.... tapi lelaki kurang menyerlah. Tahniah kepada semua guru penasihat dan warga sekolah yang memberi sokongan dan mendoakan kejayaan ini.

Wednesday, February 11, 2009

KEPUTUSAN TERKINI SEPAK TAKRAW DAN TERJUN PAPAN ANJAL MSSWPL

Smk Lajau mendapat Naib Johan Terjun Papan Anjal dalam dua acara Terjun Papan Anjal MSSWPL, L18 Tahun menerusi Adam, anak kepada Cikgu SMK Lajau, Puan Jubia Lamdin. Tahniah, Adam, tahniah Puan Jubia!

Manakala dalam pertandingan Sepak Takraw MSSWPL L18 Tahun Pasukan SMK Lajau mendapat tempat ke-3, tahniah juga! Semoga esok L15 boleh menjadi Johan kerana sudah melangkah ke Akhir, di Kompleks Sukan Labuan, datanglah beramai-ramai esok petang memberi sokongan.

Tuesday, February 10, 2009

KEPUTUSAN BADMINTON DAN POLO AIR MSSWPL SMK LAJAU

Pasukan Badminton SMK Lajau bertanding dalam pertandingan Badminton MSSWPL pada 10 Februari 2009. Pemain yang melangkah ke Suku Akhir, Mohd. Aidil Awang L15,Norazrinah Ramon P15, dan dalam beregu Hidayah dan Fazrina P15 berjaya ke pertandingan akhir.

Pasukan Polo Air SMK Lajau pula tewas kepada pasukan SMK Pantai.

PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK LAJAU KE AKHIR

Pasukan Sepak Takraw SMK Lajau Bawah 15 tahun, berjaya melangkah ke akhir Pertandingan Peringkat Negeri semalam 10 Februari 2009, dengan membenamkan pasukan Sepak Takraw SM St. Anthony, menang tanpa bertanding serta melenyapkan impian Pasukan Sepak Takraw SMK Mutiara, yang juga merupakan Sekolah Pusat Sukan Labuan 21 - 13, 21 - 18, Hebat! Hebat!.... Mesti menang dalam akhir bertemu SMK Labuan pada 12 Februari. Pertandingan bawah 18 Tahun akan berlangsung hari ini, moga menang.

Tahniah kepada Cikgunya Cikgu Isa Sidin, Puan Anizah Ahmad, Ustaz Zahari Awang,Encik Polorin Jueh.

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA CALON PELAJAR CEMERLANG DENGAN PENGETUA

Majlis Permuafakatan Ibu bapa Pelajar Cemerlang PMR, SPM< STPM dengan Pengetua SMK Lajau diadakan di Bilik Semarak, SMK Lajau jam 2.15 petag hingga 3-15 petang, 10 Februari, dalam suasana muhibah dan kemesraan. Pihak sekolah berharap ibu bapa sama-sama memantau perkembangan pelajaran anak-anak semasa di rumah. Perjumpaan seperti ini akan dibuat berterusan bagi memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam. Pengetua akan memberi imbuhan RM200.00 seorang yang mendapat straight A's dan Band 6 MUET, serta belanja pizza bagi MUET Band 5, tidak termasuk hadiah lain daripada sekolah.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, para guru dan murid SMK Lajau yang hadir dalam majlis ini.

Monday, February 9, 2009

DUNIA INI KECIL RUPANYA...

Memang benarlah kata orang dunia ini kecil rupanya. Hampir enam tahun aku di Labuan, petang ini seperti biasa aku membeli nasi bungkus di gerai Kerupang, nasi bungkus kata orang Labuan "tapau"... sedang tapau makanan, aku terdengar penjual itu seorang perempuan dalam lingkungan 30 an, bercerita bapanya meninggal dunia baru-baru ini akibat jatuh dan terus koma. Apabila pelanggan yang berbual itu berlalu pergi aku bertanya, "Johor di mana?" Dia menjawab, "Batu Pahat", aku bertanya lagi "Batu Pahat di mana?", katanya di "Senggarang!" Terkejut aku, lalu tercetus "Sungai Lurus?" Dia mengiakan... Sungai Lurus Laut, katanya.

"La, sekampung kita, anak siapa? "Anak Misran"... dah dekat dengan "Misron, bapaku. "La, anak Wak Misran?" Terlopong aku, rupanya Wak Misran baru sahaja meninggal dunia, orang tua yang begitu lama tidak aku temui. Rupanya penjual di gerai itu anak Wak Misran, gelaran namanya As, aku ingat-ingat lupa.... kerana usianya jauh lebih muda, masa aku dewasa dia masih budak-budak lagi, lagipun aku awal-awal lagi sudah keluar merantau, sama ada semasa belajar di Tingkatan 6, maktab perguruan , universiti, hingga ke London...

lepas tu balik ke Kuala Lumpur lagi, memang aku bertuah berjumpa dengan orang kampungku di Labuan, yang juga masih ada pertalian keluarga yang agak jauh, malah semasa Kampung Sungai Lurus Laut yang asal belum dimakan laut, kami tinggal sebelah rumah, berjiran dan bersaudara. Mungkin dia pun tidak menyangka akan berjumpa dengan orang kampungnya. Aku pula di kampung dikenali sebagai "Harris", mana orang kenal "Sahar" hanya kenalan rapatku dan keluargaku sahaja yang tahu kalau di kampung.Pelik juga aku bila dia panggil, "ini abang Harris ya".... dalam keluargaku orang kampung lebih mengenali kakakku, Sanah (Kak Non), abang Salleh, dan Kak Ros, serta adik bongsuku Idah (Zuraidah), aku dan adikku Azmi orang tak berapa kenal... mungkin kerana kami di tengah keluarga...itulah akibat merantau awal-awal masa sekolah... Macam Kak Non, kakakku seorang Ustazah ramai kenal sebab anak sulung,guru As juga, begitu juga Idah anak bongsu kerana umurnya tidak jauh beza dengan As....AS, nama penuhnya pun aku tak tahu, esok-esoklah aku tanya....

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Wak Misran, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman (umurnya 78 Tahun masa meninggal). As juga menyampaikan khabar, Madi abang sulungnya yang pada mata kasarku , se3orang nelayan pantai yang tabah dan gigih kerana keberaniannya meredah Selat Melaka, mencari rezekinya di laut, juga Al-Fatihah kepada arwah abang Madi.....

Dunia ini kecil rupanya, Pulau Labuan menemukan jiran/saudara sekampung....Walaupun sudah bertahun aku membeli makanan, tak pernah pula kami bercerita asal-usul, nasib baik telingaku menangkap perbualannya dengan pelanggannya tadi....Pulau Labuan Indah tempat kami mencari rezeki, siapa sangka dari Kampung Sungai Lurus ke Labuan, ada kenangan yang menjaluri diari hidup kami.

Sunday, February 8, 2009

KEPUTUSAN BOLA JARING

Khabarnya, pasukan Bola Jaring SMK Lajau, bawah 18 dan bawah 15 semuanya hanyut... hanya pasukan bawah 15 menang sekali dengan SMK Pantai...kena post mortem ni.... kot hanya berlatih seminggu tak?..... yang pelik bin ajaib ada yang kalah 8 berbalas 9, tetapi ada yang kalah 0-- 19, apa dah jadi? Kena berlatih berterusan sepanjang tahun, kan pengetua dah pesan....takkan "badi", lagipun pengetua tak turun, kan dah kena "warning" tahun 2007, pengetua turun naib johan saja...atau kali ini pengetua kena tengok kerana hilang "badi?"....Tetapi kalau berlatih berterusan kita yakin tentu boleh menang kan?.... Pelajar Tingkatan 1,2 dan 4, berlatih lagi selepas ini, supaya tidak lagi "kilar"...Anyway tahniah kepada penerajunya Cg Maimon, Cg Fazidah, Cg Hasnor dan yang lainnya......

Keputusan P15 SMK Lajau kalah kepada SMK Taman Perumahan Bedaun 2-7, kalah kepada SM Sains 0-18, dan menang dengan SMK Pantai 5-3. Dalam pertandingan Perempuan 18 Tahun, kalah semua iaitu kepada, SM St. Anthony 1-9, dengan SM Sains 8-9, dan SMK Pantai 3-5. Tahun depan tak boleh kalah lagai tau.

Kita doakan pasukan badminton dan sepak takraw menang ya, balas balik, juga pasukan catur yang akan terus berjuang mulai esok... Khabarnya Sameon belum pernah kalah selepas 4 pusingan, teruskan kecemerlangan, ada peluang johan individu... Doa banyak-banyak, solat jangan lupa!

Pasukan kompang kena berlatih dari sekarang(sudah tiga tahun berturut johan), pasukan pidato LHDN(dua tahun berturut johan) juga kena berlatih dari sekarang......yang lainnya pasukan kuiz PNB, drama, mulakan latihan ya.......Latihan sukan pun kena juga kan, pandai-pandai atur masa dan strategi......SMK Lajau BOLEH MENANG! BOLEH MENANG! MENANG!...slogan baru ke?

Saturday, February 7, 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK LAJAU

Kem Kepimpinan Pengawas SMK Lajau diadakan dari 6-8 Februari 2009 di Dataran Gemilang dan Dewan Mini sekolah ini. 35 peserta menghadiri kursus ini. Kursus ini diharapkan akan memantapkan pengurusan pengawas sekolah ini.

Kem Komandan ialah Ustaz Ramizu Osman, semua guru pengawas terlibat, dengan dibantu oleh unit UBK, guru disiplin dan guru-guru lain. Antaranya Cikgu Anizah, cikgu Jubia, Cikgu Norsiah, Cikgu Mohd Firlii, Ustaz Zahari, Cikgu Isa, Cikgu Matsani, Cikgu Ratna, Cikgu Norhayati, Cikgu Kartini, Cikgu Hasnor, Cikgu Habibah, Cikgu Roziani, Cikgu Khairunnisak, Cikgu Al-Ghaffar,. Malah Pengetua, Cikgu Sahar Misron, Pk 1 Puan Dona Undoh dan PK Hem, Puan Siti Zubaidah Salleh turut hadir.

Tuan Pengetua menyampaikan Ceramah "Minda Pemimpin" pada jam 8.30 hingga jam 11.00 malam semalam dalam suasana santai. Aktiviti lain seperti "Tressure Hunt", Qiamulail, Muhasabah Diri, Solat Berjemaah, Kawad kaki, Latihan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah, Lagu Sekolah, juga persembahan kumpulan, dan malam tadi Barbeque dan banyak aktiviti lain.

Majlis Penutupan Rasmi akan disempurnakan oleh Tuan Pengetua jam 10.30 pagi ini. Semua warga SMK Lajau, khususnya guru dan staf dijemput untuk memeriahkan majlis penutupan.

Gambar akan menyusul nanti.

Thursday, February 5, 2009

GAMBAR BENGKEL ABM DI KOTA KINABALU






Habis Bengkel ABM di Imperial International Hotel Kota Kinabalu dari 2-5 Februari 2009,kami pulang ke Labuan, menyambung tugas.. Gambar di Kota Kinabalu