Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron mengikuti Bengkel Penulisan Asas dan Penerbitan Buku di Bilik Mesyuarat di Majlis Tindakan Pelancongan Labuan (MTPL), turut mengikuti bengkel ini Pengurus Besar MTPL, Siti Maznah Awang Damit serta ahli Persatuan Penulis W.P Labuan (PERWILA)serta pegawai MTPL dan wakil Jabatan-Jabatan Kerajaan. Bengkel berlangsung dari 14 hingga 15 Februari 2009. Pihak MTPL menyumbangkan RM10,000.00 kepada PERWILA untuk mengendalikan bengkel penulisan bagi memantapkan kegiatan penulisan seperti ini. Penyelaras Program Othman Mahali yang juga Bendahari PERWILA melaporkan 30 peserta menghadiri bengkel ini.
Bengkel dibimbing oleh Prof. Madya Dr.Hamedi Mohd Adnan dari Universiti Malaya dan Rusdi Awang dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Penutupan rasmi disempurnakan oleh Siti Maznah, dan alu-aluan oleh Sahar Misron, yang juga Ketua 2 PERWILA pagi ini, jam 11.30 pagi. Pada sebelah malamnya, para pembimbing serta Ketua 2 dan JK PERWILA menikmati makan malam di Anjung Ketam, Tanjung Aru, Labuan. Berselera benar mereka makan.....
Terima kasih semua.
Day 1 - Guilin, China - Percutian Musim Sejuk
11 years ago
2 comments:
Memang sangat salute and tabik spring pada cikgu Sahar, pengetua yg tak jemu-jemu belajar walaupun dah otai dlm bidang penulisan.
Murid-murid semua, sila contohi yer...
Terima kasih cg, kan belajar tu sepanjang hayat, dalam FPK tu yang saya turut terlibat menggubalnya tahun 1987 dulu...bersama rakan-rakan PPK spt mantan my boss Hj Ahmad Said, Puan Shamsiah Shahar, Saidatul Azwa, Cik Rosma dan banyak lagi..
Post a Comment