Saturday, February 7, 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK LAJAU

Kem Kepimpinan Pengawas SMK Lajau diadakan dari 6-8 Februari 2009 di Dataran Gemilang dan Dewan Mini sekolah ini. 35 peserta menghadiri kursus ini. Kursus ini diharapkan akan memantapkan pengurusan pengawas sekolah ini.

Kem Komandan ialah Ustaz Ramizu Osman, semua guru pengawas terlibat, dengan dibantu oleh unit UBK, guru disiplin dan guru-guru lain. Antaranya Cikgu Anizah, cikgu Jubia, Cikgu Norsiah, Cikgu Mohd Firlii, Ustaz Zahari, Cikgu Isa, Cikgu Matsani, Cikgu Ratna, Cikgu Norhayati, Cikgu Kartini, Cikgu Hasnor, Cikgu Habibah, Cikgu Roziani, Cikgu Khairunnisak, Cikgu Al-Ghaffar,. Malah Pengetua, Cikgu Sahar Misron, Pk 1 Puan Dona Undoh dan PK Hem, Puan Siti Zubaidah Salleh turut hadir.

Tuan Pengetua menyampaikan Ceramah "Minda Pemimpin" pada jam 8.30 hingga jam 11.00 malam semalam dalam suasana santai. Aktiviti lain seperti "Tressure Hunt", Qiamulail, Muhasabah Diri, Solat Berjemaah, Kawad kaki, Latihan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah, Lagu Sekolah, juga persembahan kumpulan, dan malam tadi Barbeque dan banyak aktiviti lain.

Majlis Penutupan Rasmi akan disempurnakan oleh Tuan Pengetua jam 10.30 pagi ini. Semua warga SMK Lajau, khususnya guru dan staf dijemput untuk memeriahkan majlis penutupan.

Gambar akan menyusul nanti.

5 comments:

amiechomel said...

ramainya cikgu baru semela, separuh dari nama yg disebutkan tu i tak kenal... wah.... dah lama ke kutinggalkan semela...?

Raidah@CRASH 4ever said...

Walaupun penat semasa mengikuti kem nie,tapi sya rasa seronok gak..huhu..And sya harap agar kem ini dapat menjadikan para pengawas di SMK Lajau lebih berkualiti dan cekap dalam menjalankan tugas..hehe

Jajaa♥ said...

cikgu !
pembetulan nama cikgu khairunnisa.
cikgu tulis Khairunnisak.
hee :D
thank u !

dan sya sgt gembira bila mendpt kenangan bersama kwn2 yg lucu dan pelbagai emosi lagi :D

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Yang penting kesan kem ini, jadilah pengawas yang tabah, amanah, jujur, berani,ikhlas, kuat semangat, kuat minda....dll, macam perkongsian pengetua tu le....

Jajaa♥ said...

ouh ! ok !
insya-Allah..
amin..