Thursday, March 12, 2009

KEPUTUSAN SPM SMK LAJAU, KEPUASAN SELURUH WARGA SEMELA

Keputusan SPM diumumkan siang tadi. Keputusan diambil oleh Pengetua, Sahar Misron, sebelum dipanjangkan kepada Penolong Kanan 1, Dona Undoh dan PK HEM, Siti Zubaidah Salleh untuk terus dibawa balik ke sekolah untuk disampaikan kepada calon SPM yang menunggu sejak awal pagi lagi.. Syukur dalam Sidang Akhbar Pengumuman Keputusan SPM Pengarah dengan Media tadi, SMK Lajau mencatat kejayaan tersendiri walaupun keputusan keseluruhan mencatat sedikit penurunan daripada 100% (2006 dan 2007) kepada 94.81% tetapi seluruh warga bangga dengan kejayaan melonjakkan kecemerlangan dari segi kualiti.

Bagi pencapaian lulus semua mata pelajaran, SMK Lajau di kedudukan keempat di belakang SM Sains, SM St. Anne, dan SMK Labuan, mengatasi lima(5) sekolah menengah harian yang lain. Manakala dalam kedudukan GPK, berlaku peningkatan memberangsangkan daripada 6.9 kepada 5.42, SMK Lajau di kedudukan kelima (5)mengatasi 4 sekolah lain.

PALING MEMBANGGAKAN, seorang pelajar mendapat 10A, yang merupakan pencapaian terbaik sejak sekolah ini beroperasi pada Tahun 1997. Tahniah kepada pelajar ini.... namanya, tunggulah esok untuk "suspens" kan? Namanya akan tercatat dalam Galeri Warisan SMK Lajau....

Kepada semua guru yang melonjakkan pencapaian, kita ucapkan sekalung TAHNIAH, kepada yang kurang menyengat, Tahun 2009 Tahun Bertindak Kita meningkatkan pencapaian peratus kualiti pelajar SMK Lajau yang disayangi.

Tahniah kepada setiap guru, staf, ibu bapa, ketua-ketua kampung jiran, Jabatan Pelajaran Labuan, pegawai perhubungan polis sekolah, para ibu bapa, masyarakat serta semua pihak yang bersama-sama menaikkan imej SMK Lajau.

Sehubungan itu, selepas bacaan Yassin pagi esok (Jumaat), yang menjadi tradisi sejak Tahun 2006 lalu, SATU JAMUAN KESYUKURAN nasi bariani akan diadakan di DATARAN GEMILANG. Semua dijemput hadir.

2 comments:

Carol W said...

wahh !
tahniah !
pagi itu juga, pelajar 10A tu mengambil gambar kelas nya.
huhu !
:)

Norbaizura Harris said...

tahniah utk stpm 2008 ya..nampaknya makin meltup result ni..start 2007 smk lajau sdh semakin menunjukkan taring mereka...chaiyoooo smk lajau!!! saya juga antara pelajar cemerlang 2007 tu stpm..kenal g tak?? Norbaizura harris? heheheh