Wednesday, June 17, 2009

PASUKAN ROBOTIK SMK LAJAU NAIB JOHAN PERINGKAT LABUAN

Pasukan Robotik SMK Lajau menang Naib Johan "National Robotics Competition" Pertandingan Peingkat W.P Labuan bagi kategori menengah atas "Robot Energizing" serta tempat ke-4, ke-5,ke-6, dan ke-8 kategori "Robot Planting" menengah rendah... Banyak dapat hadiah kan, asyik sebut SMK Lajau, SMK Lajau... sahaja, walaupun kecil tapi banyak kali disebut kan.?.... Tahniah kepada murid yang mewakili sekolah ini. Tahniah juga kepada dua guru pembimbing Cikgu dan Cikgu Ang Bee Uan dan Cikgu Chieng Mee King. Kami juga bangga anak Cikgu Ang menang Johan walaupun mewakili SM St Anthony. Tahniah kepada mereka......

Kemenangan ini juga hadiah kepada pengetua SMK Lajau, Sahar Misron yang menyambut ulang tahun ketiga bertugas di sekolah ini semalam, 16 Jun 2009. Beliau hadir memberi sokongan moral kepada murid dan guru pembimbing.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Labuan, Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof. Turut hadir pengetua serta guru besar seluruh Labuan. Pertandingan diadakan di Dewan Mutiara SM Sains, Labuan anjuran Syarikat SASBADI dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga lebih menyerlah pada masa akan datang....SEMELA TERBAIK!

2 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam SMK LAJAU,

tahniah!
sy tau brita ni dari my cousin peserta robotik ni.
satu peningkatan terbaik. dan, nuramannina ucapkan berbyk terima kasih kepada SEMELA krn bg peluang spt ini. d mn, sewaktu di sek lama beliau tidak pernah/tidak akan merasai peluang diberi amanah mewakili sekolah.

trima kasih semela kerana pernah jg bg peluang kpd kami bekas pelajar untuk mewakili sekolah satu masa dulu.

semoga semela akan terus cemerlang di masa-masa akan datang!

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Sama-sama kita berdoa semoga SEMELA terus cemerlang