Monday, February 23, 2009

SUKAN OLAHRAGA SMK LAJAU KE-12 MERIAH

Sukan Olahraga SMK Lajau ke-12 yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Labuan berlangsung meriah dalam suasana redup nyaman mendebarkan 22 Februari 2009. Acara awal juga di KML berlangsung pagi dan petang sebelumnya. Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Pelajaran Labuan, Mohammad Zaki Mohd. Yusof dengan ucapan perasmian dan dua das tembakan pistol tanda perasmian, diikuti paluan kompang. Pengetua SMK Lajau, Sahar Misrron, mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa, YDP PIBG, ketua kampung Pohon Batu dan Ketua Kampung Batu Manikar.

Temasya kali ini lebih meriah dan gamat dengan dengan acara tarik tali pelajar tingkatan satu yang mencuit penonton dengan pelbagai gelagat pesertanya, terutama peserta "terkecil" Farizul yang "bergayut" di tali! Terima kasih juga kepada Pasukan Pancaragam SMK Labuan yang menyerikan majlis petang ini, diundang khas dengan restu pengetuanya Ammar Che Soh, serta gurunya Cikgu Chua. Terima kasih daun keladi, makan pizza, tahun depan datang lagi! Kepada Pengarah KML Labuan warga SMK Lajau mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan balapan, padang dan astaka serta kemudahannya.

Tahniah seluruh warga SMK Lajau!

7 comments:

Nur Sallyanti Harianto said...

Mmg seronok time sukan tu ,JUJUR..
hebat,mantap dan mmg sronok hbis laa..
tahniah pda yg dapat pingat tuu..
Tahniah gak pada ahli dan guru2 rumah sukan SATRIA krana menjadi juara ..
walaupun sya bukan ahli rumah sukan SATRIA ...
hehehehehhehe...
SMK LAJAU HEBAT!!!!!!

Sofinah Lamudin said...

Sukan Olahraga SEMELA mmg best!
Paling best acara TARIK TALI..unique sungguh sebab skolah lain x ada...hihi...

Sofinah Lamudin said...

Sukan olahraga akan datang, guru2 join la lumba lari sekali..mesti best ;] ..

amiechomel said...

Err, Perdana tak menang ke tahun ni? Hehehe... Sofie nak tgk cikgu mana yang lari tu.? Nasib baik I dah tinggalkan SEMELA, if not, kena paksa lari dgn budak2 ni...

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Terima kasih semua, tahun depan lebih hebat, nanti ketua-ketua kampung pula lawan cikgu-cikgu lari ke tarik tali ke.... baru ngam kan?

Iyda Raidah said...

Hehe..sukan smk lajau best sangat2 tahun nie..N then,Tahniah gak wat Satria yang jadik johan tahun nie..hehe..

Marianah1891 said...

wah abot... semangat sekolah kau...apapun smk lajau POWER !!!