Sambutan Hari Guru SMK Lajau 2009, yang dirasmikan oleh Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron berlangsung meriah pada 29 Mei 2009 di Dataran Gemilang SMK Lajau. Pelbagai acara menarik seperti pertandingan Futsal dan Bola Jaring diadakan. Terdapat persembahan pancaragam oleh murid-murid sekolah ini. Paling menarik ialah cabutan bertuah untuk guru-guru sekolah ini, hampir semua guru mendapat hadiah cabutan, kepada yang kurang bernasib baik juga disediakan "token" khas. Para guru juga mengadakan jamuan secara "pot luck" di Bilik Guru, dan murid-murid dengan "pocket luck" masing-masing.
Kepada seluruh warga guru dan murid SMK Lajau, selamat bercuti dua minggu, jangan lupa study dan jangan lupa siram sayur Program Bumi Hijau, moga sayur subur dan ayam kampung terus membesar, raya nanti boleh kita korbankan sama-sama menikmati lauk kari ayam kampung.....
Day 1 - Guilin, China - Percutian Musim Sejuk
11 years ago
9 comments:
Salam,
"pocket Luck" cikgu ??? [?] hahahaha :D
wah, best tu makan lauk ayam kampung... banyak ke ayam2 tu, nak gi tumpang semangkuk!
adalah 48 ekor anak ayam dah kian membesar...nak buat lauk gi ke US tak cukup umur....
tahun depan.... sama-sama "pot luck"...tak lagi "pocket luck" masing-masing, he he he
alahai...tahun depan sy dah tak ada kat semela...
Tak apa Sofinah, datang saja takkan kami nak halau pula....
cikgu sahar,
cuti ni tlg siram pokok cili dan tembikai persatuan kami..hehehe
Cg Humaida, maaf ya minggu pertama sahaja dapat siram, minggu kedua cuti baru balik dari Sabah, kejap saya jenguk ke sekolah....
Tahniah Cikgu Humaida dapat anak perempuan, maaf wish...Semoga terus sihat....
Post a Comment