Monday, May 11, 2009

PENGETUA SMK LAJAU DAN GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK HADIRI KURSUS KAJIAN TINDAKAN DI UK

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron dan Guru Kanan Sains dan Matematik Ang Bee Uan, menghadiri Kursus Kajian Tindakan di Tingkat 8, Ujana Kewangan (UK), Labuan dari 11 - 13 Mei 2009 bersama-sama pengetua/guru besar serta guru kanan mata pelajaran seluruh Labuan. Ceramah disampaikan oleh Ketua Sektor Penilaian EPRD, KPM, Dr. Soon Seng Thah yang merupakan pakar Kajian Tindakan KPM.

Pada hari Khamis, pengetua SMK Lajau akan ke Kota Kinabalu, menyampaikan Ceramah Induksi kepada peserta dari Labuan, Sabah dan Sarawak pada sebelah petang dan malam, sebelum kembali ke Labuan pada keesokan harinya. Sebelum berkongsi dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Labuan untuk berkongsi pengalaman tentang penubuhan koperasi pada 16 Mei 2009.

No comments: