Sunday, May 31, 2009

PENGETUA SMK LAJAU DI PERSIDANGAN PKPSM KEBANGSAAN DI PULAU PINANG


Sahar Misron,di PKPSM Pulau Pinang 25-28 Mei 2009

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron bersama-sama tiga pengetua dari Labuan iaitu pengetua SM Sains Labuian, Pengetua SMK Labuan dan Pengetua SM St. Anthony, menghadiri Persidangan PKPSM Kebangsaan di Hotel Bayview Resort, Pulau Pinang dari 25-28 Mei 2009. Persidangan dirasmikan oleh TPM, yang juga Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Mei, jam 8.30 malam. Beliau mempertimbangkan elaun pengetua dari RM150.00 sebulan kepada RM600.00 sebulan, moga-moga menjadi kenyataan. Penutupan disempurnakan oleh TYT Pulau Pinang, pada 28 Mei 2009. Semasa persidangan, antara penceramah ialah Dato' Norizan Bapoo Hashim, TKKPM , juga ahli perniagaan seperti Datuk Syed Aidid yang berkongsi pengalamannya lahir sebagai ahli perniagaan berjaya hasil dedikasi dan kesungguhan "guru-gurunya" di sekolah, gayanya tersendiri mencuit khalayak, pengetua daripada seluruh negara.Terus maju Datuk Syed Aidid....

No comments: