Wednesday, May 20, 2009

ZON 3 MENANG BERGAYA

Pasukan Bola Sepak Zon 3 yang terdiri daripada guru dan staf SM Teknik, SMK Lajau dan SK Lubok Temiang menang bergaya mengalahkan pasukan Pusat Kokurikulum Labuan 3-1 di Padang SM Teknik sebentar tadi, sempena Perayaan Hari Guru W.P Labuan. Pengetua SM Lajau, Sahar Misron turut bermain dalam perlawanan ini. Walaupun kemenagan ini tidak membawa pasukan Zon 3 ke perlawanan separuh akhir,kerana memerlukan kelebihan 4 jaringan, setidak-tidaknya demi maruah harus dipelihara nama. Dua hari sebelumnya pasukan ini dibelasah 4-0 oleh pasukan Zon 4 di padang yang sama. Tidak mengapa tahun hadapan cuba lagi, kena berlatih ya.....

No comments: