Saturday, January 31, 2009

MINGGU TAHUN BARU DI SMK LAJAU

Sunyi sepi SMK Lajau semasa cuti Tahun Baru Cina. Semua murid dan guru cuti ganti dan cuti peristiwa, yang ada Pengetua dan staf sokongan, juga murid-murid berlatih bola jaring, bola sepak dan sepak takraw. Malam semalam ada Mesyuarat JK PERWILA yang dipengerusikan oleh Ketua 2, Sahar Misron dengan kehadiran AJK PERWILA, membincangkan tentang Bengkel Penulisan dan penetapan Mesyuarat Agung PERWILA ke-24. Tahun hadapan Jublee Perak PERWILA, persiapan dari tahun ini.

Minggu depan SMK Lajau riuh kembali, selamat mengajar dan selamat belajar dengan prinsip KEIKHLASAN!

Thursday, January 29, 2009

LATIHAN BOLA KERANJANG PULA

Pagi-pagi semalam Puan Fazidah pula sudah ada di Dataran Gemilang melatih pemain bola keranjang sekolah yang akan bertanding selepas Hari Wilayah Persekutuan nanti Semoga berjaya juga Pasukan Bola Keranjang Sekolah. Cuma pemain yang berseluar pendek tu nanti tukar tukar kepada seluar panjang ya, dah besar dah tu....Terima kasih Cikgu Fazidah dan pasukannya berlatih walaupun Cuti Ganti Hari Raya Cina. Pasukan lain juga meneruskan latihan mereka.

Semoga cemerlang.

Updated 30 Januari:

Maaf bukan bola keranjang, bola jaring da....Cikgu Norsiah pun ada sekali...

Wednesday, January 28, 2009

LATIHAN SEPAK TAKRAW, BOLA JARING BERTERUSAN, CATUR DAN BOLA SEPAK PULA

Terima kasih cikgu semua, bola jaring, sepak takraw, lepas tu nampak pula latihan catur sebelah pagi. Sebelah pengawal maklumkan bola sepak pun buat latihan, bila ditanya siapa guru yang melatih, tak tahu nama, nampaknya cikgu-cikgu kena promosi diri dan bercakap-cakap dengan pengawal, kan kerja satu kawasan kan? Bila ditanya nama guru, pengawal kata yang kereta putih (mana satu cikgu ni? kereta putih banyak)...Maklumlah petang tak sempat keluar dari pejabat. Yang bagusnya budak-budak bola kata pengawal (HJ Salleh) waktu azan mereka berhenti sekejap lepas tu sambung lagi, bagus tu, dengan cikgunya bagus!

Pagi tadi sempat jenguk Cikgu Kartini latih budak-budak catur, sambil bawa anak lelakinya, kira ok masa cuti ni... nanti anak pun pandai main catur kan?

Teruskan latihan kalian, semoga menang.... hadiah menanti....

Sunday, January 25, 2009

SAHAR MISRON: SECEBIS CATATAN

SAHAR MISRON: SECEBIS CATATAN

TERUSKAN LATIHAN PASUKAN SEPAK TAKRAW DAN BOLA JARING

Teruskan latihan kepada pasukan Bola Jaring dan Pasukan Sepak Takraw SMK Lajau. Mereka berlatih pagi ini walaupun cuti Tahun Baru Cina. Tahniah dan terima kasih kepada pembimbing Cikgu Maimon A. Rahman dan serta Cikgu Farah Nabilah serta Cikgu Isa Sidin. Pastikan pasukan SMK Lajau menang dalam pertandingan peringkat Negeri.Pengetua juga sempat menjenguk latihan mereka dan memberi perangsang kepada pemain-pemain yang begitu bersemangat. Tahun lalu Pasukan Sepak Takraw Bawah 18 Tahun adalah Johan peringkat Negeri, tahun ini bakal mempertahankan gelaran. Pasukan Bola Jaring kurang menyerlah tahun lalu, bakal mengeggar tahun ini. Semoga Tahun Lembu membawa tuah.

Doa kemenangan seluruh warga SEMELA.


Nota:
Terima kasih juga kepada Ketua Pembantu Tadbir, Encik Azahari A. Rahman yang menyelesaikan paip bocor ketika cuti Tahun Baru Cina tahun ini.

PENGETUA SMK LAJAU HADIR BENGKEL PENULISAN SKRIP DRAMA RADIO

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron, yang juga Ketua 2 PERWILA, bersama sembilan lagi Ahli PERWILA(Persatuan Penulis W.P Labuan serta DJ Labuan FM menghadiri Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio yang dibimbing oleh Encik Mohamed Haji Salleh atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Konggo selama dua hari iaitu dari 24 hingga 25 Januari 2009, bertempat di Studio Labuan FM.

Semoga selepas ini Labuan FM tidak lagi ketandusan skrip bermutu untuk siaran yang berterusan sama ada skrip drama radio, cerpen atau puisi. Dalam ucapan perasmian penutupan Encik Sahar Misron, berharap selepas ini peserta bengkel akan menghasilkan skrip yang boleh diguna pakai oleh Labuan FM dan berharap Pak Mat Konggo sudi membimbing ahli PERWILA dan DJ Labuan FM dalam aspek lakonan drama radio pula.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Seluruh warga SMK Lajau mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga guru dan murid sekolah ini. Kepada yang balik kampung, jangan lupa kembali semula ke sekolah 2 Februari 2009, jangan lupa bawa limau Mandarin ya...

Thursday, January 22, 2009

LARIAN MERENTAS DESA MSSWPL DI POHON BATU

TAHNIAH kepada pelari-pelari SMK Lajau yang membawa cabaran petang ini, hampir semuanya menamatkan larian. Lebih membanggakan Nur Azianah Ramon mendapat tempat kedua (Pingat Perak) dalam Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun, di belakang pelari ternama Teo Su Chin,dari SMK Labuan, yang juga pemegang Emas Larian Emas di Putrajaya tahun lalu, manakala Nurazrina Rafi dari SMK Lajau pula mendapat tempat kelapan, bawah 15 Tahun perempuan, semuanya menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kepada pelari lelaki Bawah 15 Tahun dan Perempuan Bawah 15 Tahun menunjukkan semangat membanggakan dan perlu terus berlatih untuk kejohanan akan datang. Juga persediaan Rancangan Melahirkan Atlet Emas untuk tempoh lima tahun seperti yang disebutkan Pengarah Pelajaran dalam Ucapan Perasmian Penutupan tadi.

Kepada semua guru AJK Statistik serta Jawatankuasa Hadiah/Cenderamata yang diterajui oleh SMK Lajau, anda melaksanakan tugas membanggakan, cepat, lancar, teratur, dan juga sistematik. Tahniah daripada Pengetua dan warga SMK Lajau atas usaha murni ini.

Wednesday, January 21, 2009

SIMPATI WARGA SEMELA KEPADA CIKGU MARZUKI SEKELUARGA (SK LUBOK TEMIANG) serta CIKGU KUIZANAH

Warga SEMELA merakamkan salam simpati kepada cikgu Marzuki dan keluarga yang terbakar rumah beliau pagi semalam. Pengetua SMK Lajau serta beberapa orang guru dan staf sempat ke tempat kejadian pagi semalam bersama warga pendidikan daripada JPN Labuan serta sekolah-sekolah di Labuan. Kutipan sumbangan akan kami sampaikan terus kepada Cikgu Marzuki. Kami mendoakan ketabahan cikgu menghadapi dugaan ini.

Warga SMK Lajau juga mendoakan kesihatan Cikgu kami Puan Kuizanah yang masih bercuti sakit pada masa ini. Kami mendoakan keselamatan dan kesihatan seluruh warga SMK Lajau, sihat selalu demi tugas kepada anak Labuan tercinta!

SALAM UNTUK PARA PEJUANG

Ya Allah Ya Tuhanku
selamatkanlah saudara-saudara
seagama dari Bumi Gazza
yang berumah
di tanah lapang
di bumbung angkasa
dalam hentaman
dalam dentuman
guguran bom berantai
dan luncuran roket-roket
menghidu mangsa
yang membunuhmencederakan
saudara-saudara seagama
para pejuang gugur syahid
demi mempertahankan hak
kedaulatan sebuah negara
bernama PALESTIN
kami dahagakan kemenanganmu
para pejuang!


SAMSA HARRIS
SMKTPB
21 Januari 2009
340 pm

Nota:

Terima kasih sumbanganmu
Warga SEMELA RM700.30
tanpa mengira batas bangsa dan agama.
Untuk makluman sumbangan warga pendidikan W.P Labuan
melebihi RM15,000.00 diterima oleh Pengarah Pelajaran Labuan
untuk disalurkan kepada Tabung Gazza.

Tuesday, January 20, 2009

KEJAYAAN SMK LAJAU 2008, IMBASAN

KEJAYAAN SMK LAJAU TAHUN 2008

PENGURUSAN DAN KEWANGAN

Anugerah/Perkara Pencapaian Negeri/Kebangsaan Catatan
1. Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Sempena Hari Kualiti Kementerian Pelajaran (KPM) Tempat Kedua Peringkat Kebangsaan Hadiah RM15,000.00
Trophi (RM250.00)
Sijil

2. Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah Audit Tanpa Teguran Penilaian Audit Sekolah Kementerian Pelajaran Tahun ketiga berturut-turut

3. Dokumen Perancangan dan Pembangunan Sekolah serta Takwim Sekolah Disiapkan Sekolah

4. Blogspot SMKLajau Disediakan dan dikemaskini setiap hari/minggu Internet (”open networking”) Maklumat kepada warga sekolah dan pengunjung

5. e-Majalah Sekolah Disiapkan Sekolah Membudayakan ICT

6. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Guru Dilaksanakan Negeri













PENGURUSAN AKADEMIK

Anugerah/Perkara Pencapaian Negeri/Kebangsaan Catatan
1. SPM (kuantiti) 100% Kebangsaan (LPM) Tahun kedua berturut-turut

2. SPM (Kualiti) 7 Mata Pelajaran 100% lulus
3 Mata Pelajaran melebihi 90% lulus
3 Mata Pelajaran melebihi 80% lulus
4 Mata Pelajaran melebihi 70% lulus Kebangsaan (LPM) Tahun sebelum

3. STPM (Kuantiti) 88.89% Kebangsaan (MPM) Tahun sebelum

4. STPM (Kualiti) 9 Pelajar mendapat 3.0 pointer ke atas
1 orang mendapat 3.59 pointer
5 orang mendapat 5 prinsipal penuh Kebangsaan (MPM)

Pelajar Cemerlang Negeri
Kebangsaan Tahun sebelum

5. PMR (Kuantiti) 3 Mata Pelajaran melebihi 90% lulus
5 Mata Pelajaran melebihi 80% lulus Kebangsaan (LPM) Tahun 2008

5. PMR 2008 (Kualiti) 2 pelajar mendapat 6A, 2B
Kebangsaan (LPM) Tahun 2008

6. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Dilaksanakan Sekolah Galakan kepada pelajar untuk cemerlang




PENGURUSAN KOKURIKULUM

Anugerah/Perkara Pencapaian Negeri/Kebangsaan Catatan

1. Pertandingan Kompang Formasi Johan Negeri (Wakil ke Kebangsaan) Tahun ketiga berturut-turut

2. Pertandingan Kompang Formasi Terbuka UMS Kampus Antarabangsa Labuan Naib Johan Negeri Hadiah RM600.00

3. Pertandingan Pidato LHDN Johan
&
Tempat Ketiga Negeri (Wakil Ke Kebangsaan) Tahun kedua berturut-turut

4. Pertandingan Kuiz Pengguna KPHEP Johan Negeri (Wakil ke Kebangsaan)

5. Badminton MSSWPL Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun
Lelaki Beregu Bawah 18 tahun
Beregu Perempuan Bawah 15 Tahun Johan




Tempat Ke-3

Tempat Ke-3 Negeri




Negeri

Negeri

6. Sepak Takraw Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun Johan Negeri

7. Pertandingan Futsal Terbuka Labuan
Pertandingan Futsal Bulan Kecergasan Jabatan Belia Johan


Naib Johan Negeri


Negeri

8. Ping Pong
Lelaki Bawah 18 Tahun
Perempuan Beregu Tempat Ke-3


Tempat Ke-3 Negeri


Negeri

9. Pertandingan Paintball Bulan Kecergasan Jabatan Belia (Kategori Terbuka) Johan Negeri

10. Kadet Remaja Sekolah Kawad Kaki Johan Negeri (Wakil ke Kebangsaan)

11. ”Cooking with Nature” (Sains dan Matematik Naib Johan Negeri

12. Roket Kategori Sasaran Johan Negeri

13. Pidato PNB Johan Negeri (Wakil ke Kebangsaan)

14. Bola Tampar MSSWPL
Lelaki dan Perempuan Tempat Ke-3 Negeri

15. Pertandingan Olahraga MSSWPL 1 Pingat Emas
8 Perak
4 Gangsa Negeri

16. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Dilaksanakan Sekolah

17. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pertandingan Sepak Takraw Dilaksanakan Kebangsaan

18.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Dilaksanakan Kebangsaan



PENGURUSAN SAHSIAH

Anugerah/Perkara Pencapaian Negeri/Kebangsaan Catatan

1. Bacaan Yassin Setiap Minggu Berterusan setiap Hari Minggu (Jumaat) Sekolah Tahun kedua pelaksanaan

2. Program Mesra Muhibah – Bersalaman sesama warga guru/staf dan murid Selepas Perhimpunan Rasmi
Dalam Kawasan sekolah Sekolah Menghormati orang lebih tua dan Tetamu Sekolah

3. Program Berambut Pendek (Program Ala-Ala Mawi) Pelancaran Bersama SMK Lajau dan SMK Pantai Sekolah Murid lelaki potongan rambut no. 3

4. Program Basmi Ponteng Berterusan Sekolah

5. Anugerah Kecemerlangan Sahsiah Murid Dilaksanakan Sekolah Membentuk peribadi murid

6. Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana Dilaksanakan Sekolah Membentuk akhlak ke arah kecemerlangan





PENGURUSAN FIZIKAL DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH

Anugerah/Perkara Pencapaian Negeri/Kebangsaan Catatan

1. Naik Taraf dan Ubah suai Galeri Pembelajaran Siap dibina Sekolah Kemudahan pembelajaran murid

2. Penyelenggaraan Kantin Sekolah Siap diselenggara Sekolah Kebersihan, kesihatan, keceriaan dan keselamatan murid

3. Penyelenggaraan dan penggantian ”Partition” Kelas Tingkatan 3 Siap diselenggara Sekolah Kemudahan Pembelajaran

4. Naik Taraf Tandas Murid Lelaki dan Tandas Murid Perempuan Siap Naik Taraf Sekolah Keceriaan, Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan

5. Program Menanam Pokok Buah-Buahan Tempatan Dilaksanakan Sekolah Semangat Kekitaan dan Sayangi Sekolah




PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

Anugerah/Perkara Pencapaian Negeri/Kebangsaan Catatan

1. Memantapkan Perhubungan dengan Agensi Kerajaan dan Swasta Dilaksanakan Sekolah/Masyarakat Perhubungan dan Kerjasama dengan Perbadanan Labuan, Pihak Polis, Pihak Bomba, Badan Pencegah Rasuah,
Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam, Baitulmal, Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Belia, dll

2. Program Ziarah/Lawat Bencana dan Kematian Jiran Sekolah/Kampung Dilaksanakan secara berkala Sekolah/Masyarakat Merapatkan hubungan dengan masyarakat.
Wakil sekolah menziarah penduduk yang mendapat bencana atau kematian

3. Memantapkan PIBG Sekolah Dilaksanakan Sekolah/Masyarakat Perhubungan Ibu bapa/Penjaga dengan sekolah
Mesyuarat Agung sebelum 30 Mac
Sasaran Kehadiran lebih 20% ibu bapa tercapai (melebihi 100 orang hadir)

Monday, January 19, 2009

BANGUNAN TAMBAHAN MAKMAL DAN BENGKEL SMK LAJAU

Mesyuarat JKR pagi ini walaupun tanpa surat, pegawai JKR telefon, Pengetua sempat hadir mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JKR Labuan. Pembinaan setakat ini mengikut jadual walaupun sedikit kelewatan, dijangka akan siap menjelang Ogos 2009 nanti. Kita doakan bangunan itu cepat siap, so bolehlah tawarkan sains tulen sampai Tingkatan 6

Saturday, January 17, 2009

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG PMR DAN SUMBANGAN PIBG OLEH YB AHLI PARLIMEN LABUAN

Petang ini di Dewan Campin SM Teknik, berlangsung Sumbengan kepada Pelajar Cemerlang PMR 2008 dan Sumbangan kepada PIBG sekolah rendah dan Menengah Labuan. Sedikit terkilan kerana SMK Lajau "kempunan" anugerah pelajar cemerlang PMR Tahun 2008. Sama-sama berdoa seluru warga SEMELA agar prestasi PMR 2009 melonjak dan keputusan SPM dan STPM Tahun 2008 membuahkan hasil hasil jerit perih seluruh warga guru, murid dan ibu bapa. Usah kecewa, teruskan usaha membimbing murid agar cemerlang. Mari bergerak bersama membangunkan sekolah ini. Terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Labuan P166, YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal yang turut menyumbangkan RM1000.00 kepada setiap PIBG sekolah di wilayah ini yang diterima oleh YDP PIBG sekolah masing-masing berjumlah 26 buah. Terima kasih daun keladi, kalau ada baki beri lagi!

Wednesday, January 14, 2009

LARIAN SEMELA MERIAH

Larian SEMELA yang berlangsung pagi ini 14 Januari 2009, bermula dan berakhir di Dataran Gemilang sekolah ini berlangsung dalam suasana meriah. Pelepasan disempurnakan oleh Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin MIsron, YDP PIBG (juga Ketua Kampung Lajau, Tuan Haji Sudin bin Omar serta mantan YDP (juga Ketua Kampung Lubok Temiang). Sesungguhnya kehadiran mereka berdua amat dihargai dalam usaha menyokong anak-anak SEMELA berlari.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua dan YDP PIBG, hadiah berupa hamper dalam empat kategori dari nombor 1 hingga 10. Dalam ucapan penutupan Pengetua menyarankan agar larian ini dibuat dua atau tiga kali setahun bagi memastikan badan sihat otak cergas dalam kalangan warga SMK Lajau.

Terima kasih kepada semua guru bertugas di sekolah dan di Check Point, terima kasih kepada ibu-ibu murid di sepanjang jalan Lubok Temiang.

Selepas selesai upacara penyampaian hadiah, warga guru dan staf sekolah serta pengawal keselamatan dan pembersih kawasan dijamu dengan hidangan kongsi Krismas dan Tahun Baru Cina. Terima kasih Puan Dona, Puan Felecia, Puan Ang, Cikgu Cheng, Cikgu Vera. Masakan pula oleh Ustaz Rusalawati dan Cikgu Habibah... Berselera semua warga sekolah nampaknya, terima kasih ya kepada semua. Kalau tiap-tiap bulan ada jamuan, makin montel-montel warga SEMELA...

Lepas kenyang makan Pengetua, PK, Ketua Bidang serta Ketua Panitia bermesyuarat untuk pemulihan Tingkatan 1 2009, lanjutan Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah petang sebelumnya....Jam 4.00 selesai mesyuarat.. Terima kasih semua,jasa baktimu disanjung...

Tuesday, January 13, 2009

"LARIAN SEMELA"/"ROAD RUN" SMK LAJAU 14 JANUARI 2009

Larian SEMELA/"Road Run" SMK Lajau akan diadakan pada pagi 14 Januari 2009 bermula di Dataran Gemilang sekolah ini, melalui Kampung Tanjung Aru, Kampung Lubok Temiang, Merinding, Kampung Ganggarak dan Kampung Lajau. Larian ini mendapat bantuan dan kerjasama pihak polis, JPA3, Hospital Labuan, Labuan FM dan ketua-ketua kampung serta PIBG sekolah ini.

Murid-murid sekolah ini giat berlatih untuk persediaan larian esok, banyak hadiah menarik menanti para pemenang dalam kategori 15 dan 18 tahun lelaki dan perempuan. Semoga semua warga sekolah bersungguh-sungguh berlari esok untuk merebut tempat mewakili sekolah ke peringkat negeri yang dijangka pada 22 Januari 2009.

Kita doakan keselamatan setiap peserta yang mengambil bahagian serta para petugas yang terdiri daripada para guru dan ibu bapa. Kami yakin murid SMK Lajau BOLEH! BOLEH dan BOLEH!

Ibu bapa yang menyaksikan anak-anak mereka berlari digalakkan memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak dan memastikan tiada yang "melencong" balik ke rumah.

KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SMK LAJAU KE SK LUBOK TEMIANG

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron telah membuat kunjungan hormat ke SK Lubok Temiang bertemu dengan Guru Besar baru Encik Matlong Matusin yang memulakan tugasnya mulai hujung Disember 2008 lalu.Beliau bertukar dari SK Sungai Lada, W.P Labuan. Kunjungan itu amat besar maknanya kerana mereka berbincang dari hati ke hati untuk sama-sama memajukan kedua-dua sekolah, dengan konsep "win win situation" Untuk makluman, SK Lubok Temiang ialah "feeder school" kepada SMK Lajau sejak lebih 10 tahun lalu, yang mana majoriti muridnya akan meneruskan pelajaran ke SMK Lajau.

Kedua-duanya bertukar-tukar maklumat dan pandangan dalam usaha penambahbaikan kedua-dua sekolah menuju kecemerlangan bersama. Kita berdoa semoga kedua-dua sekolah sebaris dengan sekolah-sekolah lain di Wilayah Persekutuan Labuan dari segi kecemerlangan akademik, sukan dan kokurikulum. Antara program yang difikirkan ialah program ramah mesra antara warga dua buah sekolah ini yang yang akan direncanakan dalam waktu terdekat.

Selamat maju jaya.

Saturday, January 10, 2009

BARISAN KEPIMPINAN BARU PIBG SMK LAJAU, W.P LABUAN

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau yang berlangsung di Dataran Gemilang SMK Lajau menyaksikan berisan kepimpinan baru, yang mana Yang Dipertuanya bertukar tangan dalam suasana harmoni tanpa pertandingan yang dimenangi oleh Tuan Haji Sudin Haji Omar yang juga Ketua Kampung Lajau. Tuan Haji Alias Hussein yang awal-awal lagi meminta tidak lagi dipilih kerana sudah dua peggal menerajui PIBG walaupun anak beliau tidak lagi bersekolah di sekolah ini. Tahniah kepada Tuan Haji Sudin Hj Omar dan barisan kepimpinan barunya.

Sebelumnya Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Labuan Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof telah merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ini dengan ucapan perasmian yang bersahaja berjaya memukau ibu bapa yang jumlahnya mencecah 161 orang tidak termasuk kehadiran guru yang kehadirannya melebihi 30 orang. Dalam ucapannya beliau meminta ibu bapa memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak serta memberi motivasi kepada anak mereka serta memastikan disiplin anak-anak terkawal. Dalam ucapan Alu-aluan Tuan Haji Alias Hussein juga menyentuh kepentingan pelajaran anak-anak di sekolah ini dengan mengaitkannya dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron juga merayu ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak dalam pelajaran untuk kecemerlangan bersama serta mencapai visi sekolah "SMK Lajau terbaik Tahun 2010. Beliau percaya kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat ini menyuntik motivasi dalam kalangan murid sekolah ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan guru yang amat komited dalam menjalankan tugas demi anak-anak Labuan tercinta.

Sebelumnya Ustaz Tarmizi Yahya, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah menyampaikan ceramah tentang bantuan pendidikan anak-anak dalam memberi kefahaman bantuan baitulmal yang boleh dipohon oleh mereka yang berkelayakan. Respons ibu bapa sangat menggalakkan sekali.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga hampir 50 hamper dimenangi oleh mereka yang bernasib baik, dan dicabut secara berselang-seli.

Gambar Mesyuarat akan menyusul kemudian.....

Wednesday, January 7, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LAJAU KALI KE-8 PADA 10 JANUARI 2009

Wednesday, January 7, 2009
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LAJAU KALI KE-8 PADA 10 JANUARI 2009

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau akan diadakan pada 10 Januari 2009 mulai jam 7.30 pagi. Atur cara program ialah, Ceramah Insurans Takaful/Jabatan Agama Islam Labuan jam 7.30 pagi hingga 845 pagi, diikuti dengan Perasmian oleh Pengarah Pelajaran Labuan, Encik Mohammad Zaki bin MOhd. Yusof, dan selepas itu Mesyuarat Agung dijangka bermula jam 10.00 pagi. Mesyuarat kali ini akan ada Pemilihan AJK PIBG Sesi 2009/2010. Petang ini, 7 Januari, Mesyuarat AJK PIBG dipengerusikan oleh YDP Tuan Haji Alias Hussein membincangkan persediaan Mesyuarat Agung. Turut hadir ialah Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin MIsron.

Semua ibu abapa murid/penjaga serta semua guru dan staf SMK Lajau DIJEMPUT menghadiri mesyuarat ini. Datanglah beramai-ramai untuk kemajuan anak-anak SMK Lajau. Jamuan disediakan, dari minum pagi ke makan tengah hari

Friday, January 2, 2009

SELAMAT DATANG KE SMK LAJAU DAN SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH

Pendaftaran murid Tingkatan 1 SMK Lajau jam 8.00 pagi 3 Januari 2008. Selamat datang ke SMK Lajau kepada murid baru dan selamat bersekolah semula kepada murid lain. Selamat menjadi warga SMK Lajau kepada murid Tingkatan 1, yang jumlahnya 100 orang. Warga SMK Lajau mengalu-alukan kedatangan kalian. Sama-sama menaikkan imej SMK Lajau, semoga semuanyanya cemerlang.

Thursday, January 1, 2009

MESYUARAT PROFESIONAL GURU 1/2009 31 DISEMBER 2009

Mesyuarat ini diadakan pada 31 Disember 2009. Perbincangan hal profesional berlangsung dengan selesa dan tenang. Terima kasih kepada semua guru. Cuma pencapaian PMR agak kurang memberangsangkan, hanya dua subjek English dan Sejarah yang meniangkat, subjek lain menurun.Keseluruhannya pencapaian PMR hanya meningkat 0.06%. Harapan semua SPM bertahan 100% dan STPM meningkat kualiti dan kuantiti. Kita sama berdoa.