Wednesday, January 14, 2009

LARIAN SEMELA MERIAH

Larian SEMELA yang berlangsung pagi ini 14 Januari 2009, bermula dan berakhir di Dataran Gemilang sekolah ini berlangsung dalam suasana meriah. Pelepasan disempurnakan oleh Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar bin MIsron, YDP PIBG (juga Ketua Kampung Lajau, Tuan Haji Sudin bin Omar serta mantan YDP (juga Ketua Kampung Lubok Temiang). Sesungguhnya kehadiran mereka berdua amat dihargai dalam usaha menyokong anak-anak SEMELA berlari.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua dan YDP PIBG, hadiah berupa hamper dalam empat kategori dari nombor 1 hingga 10. Dalam ucapan penutupan Pengetua menyarankan agar larian ini dibuat dua atau tiga kali setahun bagi memastikan badan sihat otak cergas dalam kalangan warga SMK Lajau.

Terima kasih kepada semua guru bertugas di sekolah dan di Check Point, terima kasih kepada ibu-ibu murid di sepanjang jalan Lubok Temiang.

Selepas selesai upacara penyampaian hadiah, warga guru dan staf sekolah serta pengawal keselamatan dan pembersih kawasan dijamu dengan hidangan kongsi Krismas dan Tahun Baru Cina. Terima kasih Puan Dona, Puan Felecia, Puan Ang, Cikgu Cheng, Cikgu Vera. Masakan pula oleh Ustaz Rusalawati dan Cikgu Habibah... Berselera semua warga sekolah nampaknya, terima kasih ya kepada semua. Kalau tiap-tiap bulan ada jamuan, makin montel-montel warga SEMELA...

Lepas kenyang makan Pengetua, PK, Ketua Bidang serta Ketua Panitia bermesyuarat untuk pemulihan Tingkatan 1 2009, lanjutan Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah petang sebelumnya....Jam 4.00 selesai mesyuarat.. Terima kasih semua,jasa baktimu disanjung...

3 comments:

amiechomel said...

rumah apa menang tahun ni? Perdana lagi ke? Perdana memang hebat! Yezza!!! kami baru nak cross country esok and i penolong ketua rumah kuning (Lambda)... Teringat masa jadi ketua rumah Perdana dulu... Nasib baik kat sini cikgu lelaki masih ramai, so ketua cikgu lelaki yg kena... Lega...

SAHAR MISRON said...

Apa lagi Perdana menang mata....tapi banyak lagi mata boleh dikutip, sukan hujung bulan Februari, sukan tara pun ada.... Sekarang mereka kena berlatihlah....Tadi saya tambah spontan RM10.00 bagi Johan setiap kategori, tunai... Seorang murid Tingkatan 1 yang paling damit pun dapat RM10.00 walaupun nombor 8, nak cabar dia menang lain kali....Kalau tak silap nama dia Fazrul bukan Shazul...he he he...Kalau belajar kurang sikit tak apa, sukan ke kebangsaan ke negeri ke? Kalau dua-dua lagi baik, pandai belajar pandai sukan, pandai disiplin kan elok tu...

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam Semua,

hahahaha!!!
Cg Sahar, bab sukan saye mmg kurang ckit!!!
Tpy, bab aktiviti len boleh tolak kt sy..
hehehehe