Wednesday, January 28, 2009

LATIHAN SEPAK TAKRAW, BOLA JARING BERTERUSAN, CATUR DAN BOLA SEPAK PULA

Terima kasih cikgu semua, bola jaring, sepak takraw, lepas tu nampak pula latihan catur sebelah pagi. Sebelah pengawal maklumkan bola sepak pun buat latihan, bila ditanya siapa guru yang melatih, tak tahu nama, nampaknya cikgu-cikgu kena promosi diri dan bercakap-cakap dengan pengawal, kan kerja satu kawasan kan? Bila ditanya nama guru, pengawal kata yang kereta putih (mana satu cikgu ni? kereta putih banyak)...Maklumlah petang tak sempat keluar dari pejabat. Yang bagusnya budak-budak bola kata pengawal (HJ Salleh) waktu azan mereka berhenti sekejap lepas tu sambung lagi, bagus tu, dengan cikgunya bagus!

Pagi tadi sempat jenguk Cikgu Kartini latih budak-budak catur, sambil bawa anak lelakinya, kira ok masa cuti ni... nanti anak pun pandai main catur kan?

Teruskan latihan kalian, semoga menang.... hadiah menanti....

3 comments:

amiechomel said...

boleh berkenalan dgn cikgu kartini nampaknya. saya pun tgh "train" budak catur sekarang. tapi bukannya reti train pun. uruskan je sebenarnya, diorang yg train sendiri... ok lah tahun ni saya jadi guru kelab catur, daripada tahun lepas jadi guru kelab tenis yg tak tau apa2... hahaha...

SAHAR MISRON said...

Wah! pandai pula cikgu main catur ya...ada budak kami dia kata catur tak tahu main, chess taulah katanya... mana silapnya ya...nasib baik budak tg 1, bukan murid yang cikgu ajar english..Semoga pasukan catur kedua-dua sekolah menang ke peringkat negeri..

Jajaa♥ said...

sya taw bdak tue sape.. huhu xD
lawak gilak.x))