Saturday, January 17, 2009

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG PMR DAN SUMBANGAN PIBG OLEH YB AHLI PARLIMEN LABUAN

Petang ini di Dewan Campin SM Teknik, berlangsung Sumbengan kepada Pelajar Cemerlang PMR 2008 dan Sumbangan kepada PIBG sekolah rendah dan Menengah Labuan. Sedikit terkilan kerana SMK Lajau "kempunan" anugerah pelajar cemerlang PMR Tahun 2008. Sama-sama berdoa seluru warga SEMELA agar prestasi PMR 2009 melonjak dan keputusan SPM dan STPM Tahun 2008 membuahkan hasil hasil jerit perih seluruh warga guru, murid dan ibu bapa. Usah kecewa, teruskan usaha membimbing murid agar cemerlang. Mari bergerak bersama membangunkan sekolah ini. Terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Labuan P166, YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal yang turut menyumbangkan RM1000.00 kepada setiap PIBG sekolah di wilayah ini yang diterima oleh YDP PIBG sekolah masing-masing berjumlah 26 buah. Terima kasih daun keladi, kalau ada baki beri lagi!

6 comments:

Anonymous said...

waaa...memang frust gler smk lajau tak dpt.aku la salah satu nya penyebab kpd kempunan 2.ish..ish..sedih eh. :(

Anonymous said...

cAROLLYN w,
Ni pesanan dari seorang abang SEMELA. Jangan sesekali kecewa kerana usaha tidak mencapai matlamat.

Jadikan kegagalan sebagai sumber kekuatan menebus setiap kegagalan yang dihadapi.

Persiapkan diri dengan kekuatan, jadikan guru sebagai teman!!
Selamat Berjaya!!!

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Komen yang membina untuk kejayaan warga murd dan guru SEMELA, Tahun 2009 warga guru akan usaha untuk kejayaan PMR, SPM dan STPM... Ingat lagi janji Pengetua RM200.00 seorang yang dapat "straight "A's" untuk peperiksaan awam tahun ini, naik RM50.00 daripada tahun sebelumnya. Realisasikan visi SMK Lajau Terbaik 2010!

SAHAR MISRON said...

Carollyn pula jangan sedih lagi, kita kena teruskan hidup, cuba dalam SPM pula... anda bukan gagal! Keputusan PMR Carollyn cukup baik, cuma belum dapat "straight "A's"... teruskan belajar di Tingkatan 4, semoga tercapai impian dan cita-cita...

Anonymous said...

eeyy! gerigitan jua??
gigit nie krang!

[kes geram!]
haha!
=))

btw, im not as sad as u!
but im as loser tht i can be.
so sad..
hihi;))

Carol W said...

Ya, will do apa yg termampu...