Tuesday, January 13, 2009

KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SMK LAJAU KE SK LUBOK TEMIANG

Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron telah membuat kunjungan hormat ke SK Lubok Temiang bertemu dengan Guru Besar baru Encik Matlong Matusin yang memulakan tugasnya mulai hujung Disember 2008 lalu.Beliau bertukar dari SK Sungai Lada, W.P Labuan. Kunjungan itu amat besar maknanya kerana mereka berbincang dari hati ke hati untuk sama-sama memajukan kedua-dua sekolah, dengan konsep "win win situation" Untuk makluman, SK Lubok Temiang ialah "feeder school" kepada SMK Lajau sejak lebih 10 tahun lalu, yang mana majoriti muridnya akan meneruskan pelajaran ke SMK Lajau.

Kedua-duanya bertukar-tukar maklumat dan pandangan dalam usaha penambahbaikan kedua-dua sekolah menuju kecemerlangan bersama. Kita berdoa semoga kedua-dua sekolah sebaris dengan sekolah-sekolah lain di Wilayah Persekutuan Labuan dari segi kecemerlangan akademik, sukan dan kokurikulum. Antara program yang difikirkan ialah program ramah mesra antara warga dua buah sekolah ini yang yang akan direncanakan dalam waktu terdekat.

Selamat maju jaya.

2 comments:

amiechomel said...

tahniah dan teruskan usaha murni cikgu. teringat rancangan nak buat english in camp untuk budak2 lubuk temiang, nak bawak diorang merasa belajar di semela.... impian yg tak kesampaian. mungkin boleh diusahakan oleh panitia BI yg baru...

SMK Lajau, W.P Labuan said...

Terima kasih kerana cikgu sentiasa memberi komen membina kepada blog SMK Lajau. InsyaAllah niat murni cikgu akan kita teruskan, "don't worry" Tahun ini kami sasarkan Bahasa Inggeris melebihi 70%, doakan... mungkin boleh kongsikan pengalaman di sekolah cikgu yang "elite" tu, he he he