Wednesday, January 21, 2009

SALAM UNTUK PARA PEJUANG

Ya Allah Ya Tuhanku
selamatkanlah saudara-saudara
seagama dari Bumi Gazza
yang berumah
di tanah lapang
di bumbung angkasa
dalam hentaman
dalam dentuman
guguran bom berantai
dan luncuran roket-roket
menghidu mangsa
yang membunuhmencederakan
saudara-saudara seagama
para pejuang gugur syahid
demi mempertahankan hak
kedaulatan sebuah negara
bernama PALESTIN
kami dahagakan kemenanganmu
para pejuang!


SAMSA HARRIS
SMKTPB
21 Januari 2009
340 pm

Nota:

Terima kasih sumbanganmu
Warga SEMELA RM700.30
tanpa mengira batas bangsa dan agama.
Untuk makluman sumbangan warga pendidikan W.P Labuan
melebihi RM15,000.00 diterima oleh Pengarah Pelajaran Labuan
untuk disalurkan kepada Tabung Gazza.

1 comment:

MeeT uNcLe sHaH said...

"Ya ALLAH, Janganlah ENGKAU Jadikan Aku Sebagai Pemusnah Agama Mu; Janganlah ENGKAU Pesongkan Hati Ku Dengan Mengkhianati Saudara ISLAM Ku... Amin"

Semoga ALLAH memberi kemenangan buat umat Islam.