Tuesday, January 13, 2009

"LARIAN SEMELA"/"ROAD RUN" SMK LAJAU 14 JANUARI 2009

Larian SEMELA/"Road Run" SMK Lajau akan diadakan pada pagi 14 Januari 2009 bermula di Dataran Gemilang sekolah ini, melalui Kampung Tanjung Aru, Kampung Lubok Temiang, Merinding, Kampung Ganggarak dan Kampung Lajau. Larian ini mendapat bantuan dan kerjasama pihak polis, JPA3, Hospital Labuan, Labuan FM dan ketua-ketua kampung serta PIBG sekolah ini.

Murid-murid sekolah ini giat berlatih untuk persediaan larian esok, banyak hadiah menarik menanti para pemenang dalam kategori 15 dan 18 tahun lelaki dan perempuan. Semoga semua warga sekolah bersungguh-sungguh berlari esok untuk merebut tempat mewakili sekolah ke peringkat negeri yang dijangka pada 22 Januari 2009.

Kita doakan keselamatan setiap peserta yang mengambil bahagian serta para petugas yang terdiri daripada para guru dan ibu bapa. Kami yakin murid SMK Lajau BOLEH! BOLEH dan BOLEH!

Ibu bapa yang menyaksikan anak-anak mereka berlari digalakkan memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak dan memastikan tiada yang "melencong" balik ke rumah.

4 comments:

~HajaR~ said...

yeay!
perdana num 1!
well..
of course im not running..
but im AJK of winner!
also part of winner la..
:p

SMK Lajau, W.P Labuan said...

Tahniah rumah Perdana... Tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian semua menang dan hampir menang, tiada yang kalah kecuali yang ponteng sekolah. keputusan akan menyusul kelak

~HajaR~ said...

hihi ;))
thank u pengetua :)

Yoshioki said...

eleh menambir jua rmah perdana atu...mbari sasak...WAJA TETAP NO SATU!!!!!!!!