Saturday, January 10, 2009

BARISAN KEPIMPINAN BARU PIBG SMK LAJAU, W.P LABUAN

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lajau yang berlangsung di Dataran Gemilang SMK Lajau menyaksikan berisan kepimpinan baru, yang mana Yang Dipertuanya bertukar tangan dalam suasana harmoni tanpa pertandingan yang dimenangi oleh Tuan Haji Sudin Haji Omar yang juga Ketua Kampung Lajau. Tuan Haji Alias Hussein yang awal-awal lagi meminta tidak lagi dipilih kerana sudah dua peggal menerajui PIBG walaupun anak beliau tidak lagi bersekolah di sekolah ini. Tahniah kepada Tuan Haji Sudin Hj Omar dan barisan kepimpinan barunya.

Sebelumnya Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Labuan Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof telah merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ini dengan ucapan perasmian yang bersahaja berjaya memukau ibu bapa yang jumlahnya mencecah 161 orang tidak termasuk kehadiran guru yang kehadirannya melebihi 30 orang. Dalam ucapannya beliau meminta ibu bapa memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak serta memberi motivasi kepada anak mereka serta memastikan disiplin anak-anak terkawal. Dalam ucapan Alu-aluan Tuan Haji Alias Hussein juga menyentuh kepentingan pelajaran anak-anak di sekolah ini dengan mengaitkannya dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pengetua SMK Lajau, Encik Sahar Misron juga merayu ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak dalam pelajaran untuk kecemerlangan bersama serta mencapai visi sekolah "SMK Lajau terbaik Tahun 2010. Beliau percaya kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat ini menyuntik motivasi dalam kalangan murid sekolah ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan guru yang amat komited dalam menjalankan tugas demi anak-anak Labuan tercinta.

Sebelumnya Ustaz Tarmizi Yahya, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah menyampaikan ceramah tentang bantuan pendidikan anak-anak dalam memberi kefahaman bantuan baitulmal yang boleh dipohon oleh mereka yang berkelayakan. Respons ibu bapa sangat menggalakkan sekali.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga hampir 50 hamper dimenangi oleh mereka yang bernasib baik, dan dicabut secara berselang-seli.

Gambar Mesyuarat akan menyusul kemudian.....

1 comment:

Al-Rashid Zulkefli said...

Tahniah Tn. Haji Sudin
Semoga kepimpinan baru ini turut menyumbang tenaga ke arah pembangunan SEMELA!!
Selamat Berjaya!!